Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 11 Julai 2010
Mufti wilayah kata haram, Mufti Perak kata tak, mana satu yang betul?
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa mengharamkan program motivasi ESQ berkata, kandungan modul syarikat yang berpusat di Indonesia itu sarat dengan metode dan fikiran liberal, yang bertentangan dengan Islam.
“Lebih bahaya lagi apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama.
“Oleh itu, ia perlu disekat sebelum merebak menjadi ‘barah’, yang bakal merosakkan akidah dan syariah dan sukar dikawal lagi,” kata beliau dalam kertas kerja kajiannya bertajuk “Gerakan Islam Liberal Indonesia dan Kaitannya dengan ESQ”.
Program ESQ, yang wujud sejak satu dekad lalu, diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bulan lalu kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme dan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
ESQ TIDAK BERTENTANGAN AKIDAH , SYARIAT - utusan
Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan, modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd. tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.
Malah, menurut beliau, program tersebut juga tiada kena mengena dengan fahaman liberalisme atau pluralisme seperti didakwa.
"Dalam Persidangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan melibatkan mufti-mufti seluruh negara yang bersidang tiga kali sebelum ini, telah membincangkan secara terperinci tentang isu ESQ - Minsider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan