Sabtu, 10 Julai 2010

Pemuda Singapura dizalimi akta ISA


Pihak berkuasa Singapura menahan pelatih tentera berusia 20 tahun yang berhasrat bergabung/berperang bersama kumpulan pejuang Islam di Timur Tengah, Afghanistan dan Iraq, lapor sumber kerajaan.

Warga Singapura, Muhammad Fadil bin Abdul Hamid ditahan April lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan dia dipenjara tanpa perbicaraan. Beliau yang menjalani dua tahun latihan khidmat negara didakwa terpengaruh dengan beberapa syarahan ketua kumpulan radikal seperti Anwar al-Awlaki dan sheikh Feiz Muhammad.

"Beliau percaya menjadi tanggungjawab agama untuk dia berjuang bersama anggota kumpulan pejuang atas tujuan jihad" kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri (MHA)

NB: Tribulasi/mehnah dalam perjuangan. Di saat insan lain mencari kesenangan dalam kehidupan, engkau memilih jalan yang 'asing' pada pandangan kebanyakkan orang. Salut untuk anak muda. Semoga hatimu terus cekal......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan