Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Ahad, 11 Julai 2010

Pendaki dapat Datuk, Lim Guan Eng belum dapat lagi

P Pinang anugerah Datuk kepada pendaki Everest

Dua pendaki yang berjaya mengharumkan nama negara setelah menakluki puncak Gunung Everest mendapat penghormatan apabila menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Datuk N Mohanadas, 49, dan Datuk M Magendran, 47, antara 176 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-72 hari ini.

Mereka merupakan rakyat Malaysia pertama (pasukan pertama) yang berjaya mendaki Gunung Everest pada 23 Mei 1997.

Mohanadas yang ditemui selepas menerima Darjah Kebesaran DSPN, berkata perasaannya sebaik menerima anugerah berkenaan seperti ketika berjaya menakluki gunung Everest.

Katanya beliau tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan dan sangat berbangga serta berterima kasih kepada semua pihak.

"Apa yang saya rasa sekarang ini sama seperti ketika kami menjejak kaki ke Gunung Everest dan pulang ke Malaysia sebagai wira negara," katanya.

Mohandas yang kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Sukan di Majlis Sukan Negara ditemani isterinya R Manimegalai pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Magendran berkata beliau bersama Mohanadas sedia membantu kerajaan negeri atau mana-mana pihak dalam usaha meningkatkan sukan mendaki.

"Kami sedia mencurahkan ilmu dan pengalaman yang kami peroleh semasa ekspedisi mendaki Gunung Everest," katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Pengurus Akaun Shell Malaysia di Kuala Lumpur juga ditemani isterinya V Senthiamarai.

Terdahulu Penasihat Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Chet Singh Karam Singh menerima anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sebelum disusuli Pakar Perunding Kanan Gred Khas 'A' Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Lim Yu Hoe, turut menerima darjah yang sama.

Seramai 900 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dipilih pada tahun ini.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch