Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 10 Julai 2010

Pengkorporatan MIDA yang bakal membuang pekerja

Pengkorporatan MIDA dalam proses, tetapi...
Dzulfikar Mashoor nujumtimur@gmail.com

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Perkorporatan Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) menjadi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bukan sekadar cadangan kerajaan, tetapi dalam proses pelaksanaan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jalilah Baba.

Namun, beliau enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang langkah pengkorporatan itu walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed membuat pengumuman awam pada 28 Mei lalu.

"Dalam proseslah, langkah pengkorporatan itu bukan lagi cadangan, tetapi dalam proses," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Bagaimana pun, beliau mengaku bahawa Mida giat mengkaji beberapa akta berkaitan supaya langkah pengkorporatan tersebut berjalan lancar.

"Masih banyak lagi yang sedang dikaji dan dilihat, kita (MIDA) perlu mengkaji semua undang-undang dan akta," ujar beliau lagi.

Difahamkan status MIDA yang sedia ada masih sebagai badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berdasarkan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan, 1965.

Disebabkan itu, Harakahdaily difahamkan bahawa akta tersebut perlu segera digubal semula di Parlimen supaya MIDA boleh berdiri sendiri secara lebih bebas dalam menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara seperti yang diperjelas melalui kerangka Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Sebelum pada itu, MIDA ketika dihubungi, memberitahu bahawa Jalilah menghadiri mesyuarat penting di Putrajaya sejak awal pagi tadi.

Harakahdaily kemudiannya mendapatkan maklum balas Presiden Kakitangan MIDA (KKM), Tuan Azmi Baki berhubung langkah pengkorperatan tersebut dari sisi pandang kakitangan kerajaan dalam MIDA sendiri.

Dari kenyataan beliau, KKM yang disertai oleh lebih kurang 800 pekerja di peringkat domestik dan antarabangsa seakan tidak pernah menjelaskan pendirian rasmi berhubung langkah bijak kerajaan itu.

"Beginilah Dzul (Dzulfikar), kita (KKM) tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataanlah tentang status MIDA ini," jelas beliau ketika menghubungi balas Harakahdaily.

Pun begitu, beliau ketika disoal balas memberitahu bahawa KKM memandang positif niat Jalilah (gambar) mengetuai jawatankuasa pra pengkorporatan MIDA itu.

"Bagi kita (KKM), memandang positiflah," beliau menambah.

Sementara itu, beberapa kakitangan MIDA yang lain, semalam, memberitahu senario sebaliknya sehingga menarik perhatian Harakahdaily.

"KKM sendiri sebenarnya tidak berfungsi dengan baik, beberapa ahli jawatankuasanya memang 'orang Jamilah'," ujar salah seorang kakitangan MIDA terbabit di perkarangan Pejabat MIDA, Blok 10, Jalan Duta, di sini.

Menurut mereka, kewujudan MIDA sepatutnya kekal dengan strategi serampang dua pada kerajaan.

Pertama, kata mereka, menjadi firma perunding penuh kerajaan dalam menarik pelaburan luar serta domestik ke dalam negara.

Kedua, katanya lagi, memberdaya kepakaran dan plofesionalisme kakitangan MIDA yang sedia ada secara optima memandangkan MIDA turut beroperasi di kebanyakan negara membangun sejak era Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Di sebalik langkah pengkorperatan tersebut, mereka mendakwa 'pasukan Jalilah' mempunyai misi yang tersendiri.

Dakwa mereka lagi, posisi Jalilah sendiri sebenarnya mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hatta merentasi profesionalisme beliau dengan MITI.

"Sebelum makan malam 30 April lepas, bisik pada Najib, Najib terus setuju (korporat MIDA)," ujar mereka sambil tidak menolak kemungkinan bahawa Jamilah turut mempunyai hubungan yang erat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Hantar satu proposal, terus diterima (Najib, Menteri Kewangan), Datuk Mustafa (Menteri MITI) tak boleh buat apa-apa, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Timbalan Menteri) yang baik-baik pun tak boleh halang dia."

Dakwa mereka lagi, Jalilah bersungguh-sungguh mahu mengkorporatkan MIDA kerana badan berkanun tersebut mempunyai prospek cerah.

"Sejak 1967, MIDA tak pernah lulus bajet melebihi RM10 juta, Jamilah nak cepat-cepatkan pengkorporatan sebelum ini sebab MIDA nak bina bangunan 23 tingkat di KL Sentral yang bernilai RM80 juta."

"Kalau MIDA korporat, Jamilah bebas 'direct nego' nak lantik kontraktornya sendiri tanpa ikut prosedur MOF (Kementerian Kewangan), tak perlu pemantauan JKR (Jabatan Kerja Raya)," dakwa seorang ajk KKM yang lain sambil mengaku bahawa isu pengkorporatan MIDA pernah dibawa oleh mereka kepada Azmi.

Masing-masing turut tidak menolak kemungkinan bahawa lebih 500 kakitangan terbabit akan diberhentikan kerja disebabkan langkah penswastaan tersebut kelak.

"Jamilah pernah berucap kepada kami yang dia nak 300 pekerja saja, yang mempunyai 'banyak kepakaran yang pelbagai'."

"MIDA tak lama lagi seperti LLN (Lembaga Letrik Negara) bertukar menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad)," dakwa mereka mewakili lebih kurang 800 kakitangan kerajaan keseluruhannya yang kini bimbang dengan prokspek kerjaya masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch