Sabtu, 17 Julai 2010

Rembat kayu balak

Di Perak, bukan Penang dan bukan Kelantan

Foto : Pegawai Jabatan hutan memeluk kayu yang dirembat. UmnoBN memang pantang jumpa hutan dara mesti nak tebang kayu balaknya, tak boleh jumpa bukit pasti nak ditarahnya dan tak boleh nampak lombong pasir gerenti nak dikoreknya kununnya atas nama pembangunan.

Yang
depa rampas balak, jip, beras, petrol dan mata gaji. Orang tak dak. Pasai apa tak dak sedangkan ada tanda tanda pembalakan haram berlaku? Ada ketirisan maklumat dari orang dalam?

Jangan terkejut, SPRM, Jabatan Hutan rampas 800 balak di Perak. Ingat, benda alah ni berlaku di Perak, bukan pembalakan haram di Pulau Pinang, bukan pembalak haram di Kelantan. Tapi di Perak, negeri dibawah jajahan takluk BN (Barang Naik)

Jabatan Perhutanan Perak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas kira-kira 800 balak yang sudah ditebang dianggarkan bernilai lebih RM250,000 dalam serbuan di Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini, awal pagi tadi.

Balak itu ditemui di lapan tempat pembalakan di kawasan seluas 233 hektar dalam hutan simpan itu.

Walaupun tiada pembalak haram berada di lokasi serbuan, pihak berkuasa menemui beberapa bukti mengenai kes itu seperti sebuah jip, beras, petrol dan mata mesin pemotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan