Permainan Solo Najib Tumpaskan Usaha Selamatkan Gaza
Parti Islam Se-Malaysia mengkritik Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana menyebabkan usul menyelamatkan Gaza di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal.Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata cubaan Najib membawa usul 'Selamatkan Gaza' secara solo menyebabkan ia ditolak sebulat-suara oleh negara anggota-anggota PBB, termasuk Amerika Syarikat.
"Mengapa kita tidak mengumpulkan suara kolektif sebelum membawa usul ini? Mengapa Najib tidak menjemput Turki dan negara-negara lain yang bersama dengan pendirian kita," soal Mahfuz, seperti yang dilapor portal Free Malaysia Today.
Mahfuz meragui kegagalan Najib melobi usul ini bersama negara-negara anggota lain yang turut mengecam keganasan rejim Tel Aviv sebelum ia dibahaskan di persidangan PBB.
"Najib sepatutnya mampu mempengaruhi PBB dengan menggunakan syarikat pelobi Apco yang rapat kepada Yahudi dan Amerika Syarikat. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, itu tidak berlaku," kata Mahfuz.
"Saya yakin Apco ada membisikkan sesuatu mengenai Gaza kepada Najib," tambah beliau sebelum mengulangi desakan memutuskan hubungan Kuala Lumpur dan syarikat berkaitan Zionis itu.
Anda mungkin juga meminati:
najib ni memang le orang yang paling bangang yang pernah aku tengok, camana le rakyat nak suka kat pm yang teramat bangang and yang tak de telor ni
BalasPadam