Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 10 Julai 2010

Walaupun kena sekatan tetapi Iran berjaya cipta robot

Fantasi sains saya dalam 1511H Kombat kian menjadi kenyataan. Saintis Iran telah berjaya mencipta robot-manusia bernama 'Sorena 2' yang berjalan dengan dua kaki, boleh menyebut patah-patah perkataan Parsi dan melakukan beberapa aksi lain.

Sorena 2 dinamai berdasarkan pahlawan Parsi tahun 84 sebelum masehi, pendekar yang berjaya mengalahkan Jeneral Rom, Crassus di medan pertempuran Carrhae. Sorena 2 adalah setinggi 1.45 meter dengan berat 45 kilogram.

Sekumpulan saintis Iran memperuntukkan 10,000 jam untuk mencipta dan membina robot ini yang muncul ketika perasmian 'Industry and Mine Day' di Iran pada 3 Julai lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Sorena 2 muncul setelah kejayaan 'abangnya' - robot bernama 'Sorena 1'.

Nampaknya, sekatan ekonomi terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas inisiatif Amerika Syarikat ke atas Iran tidak dan jauh dari mendatangkan apa-apa hasil

Juga, nampaknya bukan Malaysia yang akan menempa tempat sebagai negara maju dan super power tahun 2020 nanti, tetapi Republik Islam Iran.

Saya menyarankan supaya pelajar-pelajar kita dihantar beramai-ramai untuk belajar sains di Republik Islam tersebut. Apatah pula sekian ramai saintis Islam zaman silam memang orang Parsi . Produk peradaban (dalam hal ini robot) hanya dapat 'menjadi' apabila kita memahami epistemologi dan ontologi orang Iran. Bukan apa, graduan yang kita hantar ke negara-negara Barat dan Timur (Jepun/Korea) apabila pulang hanya dapat menjadi pengekor. Mereka gagal menjadi pencipta.

Iran telah mencipta bir halal (lihat foto ), vaksin, nuklear, bom sendiri dan kapal selam. Kita? Enjin jet pun kena curi, kapal selam pun tak boleh menyelam. Nak naik ke angkasa melancong pun tumpang roket orang.

Orang Iran adalah pendokong 'al-Quran dan itrah nabi'. Orang kita? Tak ada sumber rujukan. Mungkin itulah sebabnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch