Spekulasi mengenai peletakan jawatan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Johor Corp (JCorp) berakhir hari ini apabila Tan Sri Muhammad Ali Hashim memaklumkan yang beliau sendiri yang membuat keputusan berkenaan.
"Persekitarannya tidak berapa kondusif untuk saya terus kekal, jadi biarlah saya letak jawatan. Saya yang buat keputusan itu," kata beliau ketika ditanya sama ada beliau didesak agar membuat keputusan berkenaan.
Muhammad Ali sepatutunya bersara pada November selepas mengemukakan notis enam bulan beliau.
Ditanya sama ada beliau akan masih memegang kesemua jawatan pada masa ini dalam syarikat-syarikat tersenarai di bawah JCorp, beliau berkata: "Pada masa ini, saya masih lagi pengerusi kesemua syarikat penyenaraian awam. Keputusan akhir terletak kepada pemegang saham."
Muhammad Ali, yang merupakan pengerusi KFC Holdings, turut memegang jawatan pengerusi dalam empat syarikat lain termasuk QSR Brands Bhd.
- Bernama
Kalau syarikat untung mungin dia terus pegang jawatan CEO, tapi terpakasa undur kerana syarikat terbeban dengan HUTANG...sebagaimana syarikat GLC melayu yang lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan