Harga Bawang Putih Naik Melambung
Peniaga tempatan dikatakan terpaksa menaikkan harga bawang putih kerana mereka telah mengimport bahan makanan itu dari China dengan harga yang tinggi.
Hari ini, harga runcit bagi satu kilogram bawang putih sekarang hampir RM10 disebabkan bekalan yang terhad berikutan banjir di China. Sesetengah bawang putih bergred tinggi dilaporkan berharga lebih daripada RM10 dan harga itu berbeza mengikut lokasi. Harga borong bagi bawang putih yang biasanya antara RM3 dan RM3.50 sekilogram melonjak kepada RM8.50 sekilogram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan