Sempat melambai tangan sebelum berbuka
Persiapan telah dibuat sejak tengahari lagi
Sepanjang 10Km meja di susun
Orang ramai miskin dan kaya meraikan Ramadan dengan meriah di Turki
40,000 ambil bahagian majlis iftar di Esenler
ISTANBUL: Sebuah daerah di Istanbul dilaporkan mencatat rekod dunia dengan menganjurkan satu majlis iftar atau berbuka puasa besar-besaran yang dihadiri sekurang-kurangnya 40,000 orang, kelmarin.
Majlis perbandaran Esenler di sini dilapor menyediakan tiga baris meja sepanjang 10 kilometer sepanjang Atisalani Aveneu untuk majlis berbuka puasa berkenaan.
Tahun lalu, majlis perbandaran yang sama mengadakan satu majlis iftar dihadiri 15,000 penduduk. Oleh itu, datuk bandar Esenler, Orhan Ogus Turk berharap tahun ini majlis terbabit akan tercatat dalam Guinness World Book of Records.
Orang ramai dilaporkan mula berhimpun di meja disediakan sejak awal tengah hari bagi menyediakan juadah berbuka puasa yang bermula kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.
Antara makanan yang dihidangkan termasuk nasi, ayam, manisan, jus buah-buahan, kurma dan juga roti selain minuman.
Majlis perbandaran berkenaan dilaporkan menggunakan 10 tan beras, lapan tan daging, 1,500 dulang kuih muih, 100,000 botol air dan 45,000 cawan ayran iaitu sejenis minuman tempatan berasaskan dadih selain jus buah-buahan.
Sementara itu, di RIYADH, Kementerian Kesihatan melancarkan program Hello Ramadan bagi membantu umat Islam menerima maklumat kesihatan dari rumah dan pejabat menerusi telefon atau faksimili.
Program itu dijalankan sejak enam tahun lalu dan kami meneruskan program ini kerana popularitinya di kalangan rakyat dan ekspatriat, kata pegawai Pusat Maklumat Kesedaran Kesihatan (HAIC) kepada Arab News.
Kementerian mempunyai sepasukan doktor khas untuk membalas pertanyaan dan kemusykilan penduduk berhubung isu kesihatan berkaitan Ramadan.
Panel itu terdiri daripada doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan dan kakitangan kesihatan terlatih yang boleh menjawab sebarang soalan berkaitan kesihatan. Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan