Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Rabu, 11 Ogos 2010
Janda Ust Akhil Hayy selamat diijabkabulkan
Yassin, Maiza sah suami isteri
Selepas lebih setahun bercerai dengan penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, akhirnya menamatkan zaman jandanya. Dengan sekali lafaz, Maizawati sah menjadi isteri pemuda yang berasal dari Sabah, Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, tepat pada pukul 12.30 tengah hari. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Zainal Jani, 55, dengan mas kahwin sebanyak RM101 di kediaman Maizawati.
Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran. Maizawati berkata, dia berkenalan dengan pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu kira-kira setahun lalu sebelum hubungan mereka menjadi semakin intim beberapa bulan kemudian. Kira-kira 100 tetamu hadir pada majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana dengan hanya saudara dan rakan-rakan rapat dijemput.
***ok dah selamat bergelar suami isteri. dan esok hari pertama umat Islam mengerjakan ibadah puasa. harap Yassin dan Maiza jangan lupa niat puasa. kepada Yassin kalau rasa lambat sangat waktu untuk berbuka bawa-bawalah untuk membaca surah Yassin, jangan diganggu Maiza menyediakan juadah. tarawih sunat sahaja, tak dapat 20 lapan pun jadilah. tidur kenalah awal sikit, nanti tak jaga sahur***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan