Sapa kata sekarang lebih baik dari dulu.Ketika aku berusia lebih kurang 11-12 tahun, aku dah ada driver.
Dandot (Zaihan), kawan aku yang tinggal tak jauh dari rumah aku...akan tercacak depan rumah... Pagi2 buta.
Dia anak orang susah sementara aku ada basikal sendiri. Jadi disebabkan dia nak guna facility yang aku ada, dia kena kayuh basikal tu...dan aku duduk di belakang. Tiap2 hari begitu. Namun masa balik dari sekolah...aku bertukar jadi driver...
Banyak kenangan semasa zaman kecil aku di Kg. Parit Semo itu...
Aku biasa berlumba basikal dari Sekolah Keb. Kota Dalam sampai ke rumah (kira-kira 2 kilometer jaraknya) dalam keadaan jalan banjir. Bayangkan betapa penatnya kami semua. Aku tak fikir juara Le Tour De France seperti Lance Armstrong, Fabian Cancellera ataupun Miguel Indurain pernah melalui apa yang aku lalui.
Tetapi saat itu amatlah menyeronokkan.
Bermain gasing atau layang2 buatan sendiri adalah perkara biasa. Malah repair basikal atau menampal tiub basikal yang bocor adalah kerja rutin aku.
Halaman rumah aku penuh dengan aktiviti riadah anak-anak seusia aku. Seolah2 stadium multi-purpose dengan berbagai jenis sukan diadakan serentak. Ting ting, bola rounders, galah panjang... you name it.
Aku kecik2 tak pernah pergi tuisyen...tak ada kelas tambahan...tak ada tadika. Aku rasa kerja rumahpun tak ada. Kalau adapun agaknya tak pernah buat.
Aku masih ingat, masa masuk sekolah darjah 1 satu hurufpun aku tak kenal. Satu nomborpun aku tak tau...Bila cekgu tanya siapa nak jadi ketua darjah, aku cepat2 angkat tangan.
Kawan aku Fozi (orang Sabak Bernam) lagi teruk. Bila masuk darjah satu dia menghadapi masalah bahasa. Apa idaknya, di rumah dia cuma cakap jawa. Masuk sekolah semua orang cakap melayu. Panik dia. Rupanya ada makhluk lain lebih teruk dari aku. La ni dia seorang kontraktor yang berjaya.
Heran betullah....dengan tak tau apa benda tu....aku boleh kuasai semua tu dalam masa yang singkat betul. Apa sebabnya ya???
Aku ingat sebab masa tu tvpun tak ada. Entertaiment adalah hak cipta sendiri. Rezeki mak bapak berkat. Badan sihat tak ada chemical itu dan ini. Makan ayampun...ayam kampong. Tak ada injek sana sini. Kalau demampun paling kuat makan kortal. Aku ingat immunisasipun setakat injek bcg dengan ubat cacar saja. Abang2 aku rasanya tak ada tu semua. Kesian betul budak zaman sekarang.
Sebelum 1972 (darjah 2) aku biasa pikul air dari telaga (jarak lebih kurang 50 meter) dari rumah. Air tu tu lah buat mandi...air tu lah buat minum. OK jer...Sekarang ni nak minum air direct dari paip pun tak berani. Apa punya turrr lah.??
Aku setakat luka-luka di lutut, siku, bibir dan mana2 fizikal badan tu biasalah. Tak heran langsung. Mak bapak akupun tak kisah sangat. Main sapu minyak urat multi-usage tu ajelah. Mana ada antibiotik ke amende. Paling canggih masa tu pun...kalau tak ubat warna biru...warna kuning. Kalau kudis...tabur pil (yang ditumbuk)....Namanya apapun aku tak ingat.
Pergi sekolah bawak 5 sen. Kalau musim buah cempedak atau durian adalah tambah sikit. Tapi tu lah...mak aku memang betul2 misali...pagi2 dah bangun masak itu masak ini. Bukan ada dapur gas, oven ke amende...dapur kayu yang penuh abu tu. Hmmm... bukanlah main sedap masakan arwah mak.
Di sekolah aku biasa kongsi makan dengan rakan2. Ada group masing2. Aku selalu dengan group budak Parit Kangkar. Di kampung itu ada sawah dan ramai orang banjar. Uhhhh teringat wadik dan ikan haruan masak lemak...Meleleh ayor lior puasa2 ni yob...
Tak pernah pulak aku ponteng sekolah masa tu ya....Apa hal budak2 sekarang dok melepak tak tentu hala?
Those were the days lah bro...saja bila jengok facebook kawan2...terjumpa kawan2 masa sekolah rendah dulu....Bilalah boleh jumpa dia orang ni semula ya??? Baru2 ini ada seorang rakan lama menghantar message dalm fb aku...katanya ada kawan aku yang bakal menimang cucu tak lama lagi....Alamak...dah tua rasanya pula..he he!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan