Jumaat, 27 Ogos 2010

Raya: Kakitangan Selangor RM500, guru Kafa RM250, Johor bila lagi?




SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

Nota: Kakitangan awam negeri Johor bila nak dapat duit raya?...dari bapa ana yang dulu kerja guru sekolah agama kerajaan Johor, pencen dan sekarang dah meninggal dunia pun, macam tak pernah dapat bonus raya.

Jangan bagi alasan tak cukup bajet pula, dah muak dengar.

Kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang memiskinkan rakyat, kalau mahu slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan direalisasikan, kerajaan Johor bagilah bonus raya menjelang syawal ini.

Penang dan Selangor dari Pakatan dah bagi, Kerajaan pusat pun dah bagi, JOHOR BILA LAGI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan