Rabu, 11 Ogos 2010

Tanah runtuh di China mengobankan 700 nyawa, Banjir Pakistan menyebabkan penduduk diarah pindah

AP- Seorang lelaki diselamatkan setelah bertarung nyawa selama 50 jam dalam trageri tanah runtuh berlumpur di Cina
AP – Lautan banjir, Pasukan Penyelamat Pakistan menyelamatkan orang kampung di daerah Pannu Aqil berdekatan Sukkar, Pakistan pada Selasa, Aug. 10,

ZHOUQU, China - Korban mangsa akibat tanah runtuh di China barat laut lebih dari dua kali ganda kepada 702 pada hari Selasa.

Pasukan penyelamat menggali dengan tangan melalui lumpur mencari seorang lelaki 52 tahun yang telah terperangkap selama lebih dari 50 jam di dalam bangunan apartemen diratakan di kota terpencil Zhouqu, di mana lebih daripada 1,000 orang lainnya masih dinyatakan hilang.

Pasukan penyelamat dengan bantuan anjing menghidu bagi mencari lelaki, Liu Ma Shindan, yang ditemui lemah tapi masih bernyawa.

Presiden Pakistan Asif Ali Zardari yang baru pulang selepas melawat Eropah dikatakan lari dari bencana banjir mendapat kritikan oleh rakyat negaranya yang digenggam oleh banjir terburuk dalam sejarah.

Kepulangannya pada hari Selasa disaat ribuan orang penduduk sebuah bandar besar di Pakistan pusat keluar menyelamatkan diri apabila sungai melimpah dan mengancam akan menenggelamkan daerah tersebut.

Setakat ini lebih 1500 mangsa korban banjir dahsyat di Pakistan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan