Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 12 Ogos 2010

Terkena saman ekor mendorong saya insaf

Toyota Vios baru
Model lama (Sekadar gambar hiasan)

Rasa bersalah tidak sokong perjuangan PAS
Haslina Hassan

Sejak layak mengundi hinggalah kini saya berumur 40 tahun, langsung sekalipun tidak pernah mengundi mana-mana parti politik kerana pada pendapat saya politik tidak ada kaitan dengan diri saya. Sebagai seorang peniaga yang berusaha sendiri secara tidak langsung tidak memerlukan parti politik untuk mengembangkan perniagaan, di mana jika semakin kuat berusaha maka semakin maju dan banyaklah rezeki yang Allah berikan.

Hanya pada bulan Julai 2010, apabila tiba masa untuk memperbaharui cukai jalan, tidak berjaya kerana kereta saya dikatakan mempunyai saman ekor dan amat memeranjatkan kerana apabila dirujuk ke balai polis terdapat begitu banyak saman ekor sejak tahun 2000 hinggalah 2010.

senarai hitam

Pelbagai persoalan yang timbul kenapa baru sekarang disenarai hitamkan, kenapa tidak ada surat saman yang sampai ke alamat saya untuk semua saman tersebut, bagaimana jika plat no kenderaan saya dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Penat juga ke JPJ dan polis trafik untuk dapat penjelasan tetepi sungguh mengecewakan sebab tak ada penjelasan dan penyelesaian kepada masalah saman ekor ini (jawapan yang diberi ialah kena saman bayarlah).

Sejak hari itu saya begitu berminat mengikuti perkembangan saman ekor ini mungkin sebab saya terlibat dalam situasi itu. Parti PAS di mana melalui Datuk Mahfuz Omar begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan isu ini sehinggalah isu ini mendapat liputan semua akhbar dan menjadi topik utama jika bersembang dengan kawan-kawan, sehinggalah pada hari ini telah mendapat perhatian daripada timbalan perdana menteri untuk melihat isu saman ekor yang dikatakan membebankan rakyat.

Bila ada masa lapang saya melihat pula perbahasan ahli parlimen melalui talian youtube. Dari situ dapat dilihat apakah sebenarnya yang berlaku kepada politik Malaysia. Saya mula meminati YB Mahfuz, YB Salahuddin, YB Saifudin dan lain-lain di mana berbahas dengan fakta yang tepat dan jelas. Dari sini terbuka minda dan hati bahawa PAS ialah sebuah parti yang memperjuangkan kebenaran sejak dahulu sehingga hari ini.

Pelbagai kepincangan pentabiran kerajaan dan isu semasa yang menimpa rakyat cuba diperjuangkan dan diperbetulkan (seperti isu royalti minyak, ISA, rasuah dan terbaru saman ekor). Saya mula memahami sedikit demi sedikit apa yang diperjuangkan dan menjadi panduan PAS yang menyebabkan semakin hari semakin mendapat sokongan rakyat tak mengira kaum.

Rupanya PAS menjadikan Islam yang begitu sempurna sebagai panduan dan pentabiran Nabi Muhammad sebagai rujukan pentabirannya, sebab itulah pemimpin-pemimpin PAS walaupun telah lama menjadi ahli politik, tidak hidup mewah dan saya lebih paham situasi ini apabila merujuk kepada kesederhanaan cara hidup pemimpin hebat PAS Tuan Guru Menteri Besar Kelantan,di mana kuasa dan wang ringgit tidak menjadi matlamat hidupnya.

perpaduan

Kini saya juga lebih memahami kenapa PAS dan Umno tidak mungkin boleh duduk bersama untuk membincangkan isu perpaduan untuk Melayu dan Islam. Apabila matlamat dan panduan hidup berbeza, maka tidak mungkin boleh mencapai apa-apa persetujuan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Kenapa PAS boleh berkawan dengan DAP? Pada pendapat saya adalah lebih mudah menunjukkan kesempurnaan dan keadilan Islam kepada yang langsung tak tahu berkenaan kebaikan Islam daripada Umno yang memang sudah Islam tetapi tidak menjadikan Islam sebagai matlamat dan panduan pentabirannya dan sebagai manusia yang boleh mempertimbangkan sesuatu perkara dengan bijak. Saya berpendapat tidak mungkin pimpinan kerajaan sekarang mampu membela umat Islam dan Melayu jika dilihat dari perbahasan di parlimen melalui talian youtube.

Sebenarnya selama ini kita dipimpin oleh mereka yang tidak menjadikan kebaikan dunia dan akhirat sebagai panduan tetapi hanya pembangunan harta benda sahaja sebagai panduan hidup. Memang Malaysia sedang maju malangnya kemajuan yang hebat ini hanya mampu dinikmati oleh sedikit sahaja orang Melayu manakala ramai orang melayu lain hanya mampu melihat sahaja kemajuan hebat ini. Saya merasa sangat terkilan sebab tidak memahami perjuangan PAS selama ini. Syukur kepada Allah yang menjadikan SAMAN EKOR ini sebagai pembuka minda, buka hati dan buka mata untuk memahami politik Malaysia.

Memang saya akan merasa sangat berdosa jika tidak menyokong perjuangan PAS selepas ini dan pasti akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa tidak menyokong perjuangan Islam sedangkan di Malaysia PAS telah lama berjuang, sama ada berjaya atau tidak, Allahlah yang menentukan kerana perancangan dan ketentuan-Nya adalah yang terbaik.

Semoga kesedaran ini dapat dirasai oleh ramai lagi orang-orang Islam di Malaysia yang selama ini langsung tidak ambil peduli politik Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch