Macam tak ada alasan lain, asyik-asyik guna alasan menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor. Gunalah hujah dari Quran yang mengharamkannya kalau ada atau hadis, atau pendapat ulama biar rakyat lebih percaya. Ataupun yang eloknya biar istana sendiri keluarkan kenyataan rasmi dan diwar-warkan kepada media. Satu lagi Datuk Azdib ni wakil rakyat mana? 'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau | ||
|
Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.
"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.
Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.
"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."
Ya ! Allah . Kau buka hati DYMM Sultan Selangor dari kegelapan. Takkan cuma amoi tak pakai tudung , DYMM Sultan Selangor murka.Ok lah itu hak DYMM Sultan Selangor untuk murka. Tapi DYMM Sultan Selangor ada banyak lagi yg sepatutnya Tuanku wajib murka seperti kehilangan wang FTKZ,TB Hock mati tak bersebab, tanah persendirian di jual tanpa dibayar royalti, RM 52 Billion saham bumiputra hilang berkesan tapi tak ada seorang raja atau sultan di malaysia murka?????????????????????
BalasPadambetul tu, banyak lagi yang nak dimurkakan sultan contoh kilang calsberg di shah Alam, kan sultan boleh halau kalau dia mahu, dari dulu siapa yang izinkan kilang ini beroperasi kalau bukan Umno dan baginda?
BalasPadam