Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 5 September 2010
Berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan tujuan Sumbangan Ramadan 1431
Makcik Leginah Ngalimon seorang ibu tunggal, terkejut dengan kehadiran kami kerana tidak menutup aurat lalu menutup kepala disebalik kain jemuran
Bandar T6, Kluang 2 Sep 2010 : Kali ini sumbangan ramadan diteruskan ke Felda Ulu Belitong, Felda Bukit Tongkat dan Ladang Sindora, seramai 10 keluarga menerima sumbangan kami.
Jazakallah Khairan Katira kepada Wak Man Ketua PAS Cawangan Ulu Belitong, Ketua Penerangannya Sdr Ridzuan dan En Abd Hamid wakil PAS di Ladang Sindora yang menunjuk jalan ke rumah penerima bantuan yang berkenaan.
Wak Kamis yang masih mengekalkan rumah asal felda akibat kemiskinan mengucapkan terima kasih atas sumbangan dari YDP Tuan Haji Saion
Pn Hamidah Johar dan anaknya dalam katagori ibu tunggal sedang menerima sumbangan kelihatan juga menghadap tepi ialah Wak Man Ketua PAS Cawangan Felda Ulu Belitong
Pn Mariah Md Zin salah seorang ibu tunggal yang memakai baju biru cap dacing tetap mendapat sumbangan ramadan kami, terbukti PAS, adil untuk semua tanpa mengira mazhab politik. Lihat keadaan dinding rumah asalnya warisan felda yang lapuk dan uzur sangat.
Pn Zaiton Sairi gembira menerima sumbangan kami sebagaimana tahun lepas
Kesyukuran tak terhingga seorang ibu tunggal bernama Pn Siti Hajar Daejah bila mendapat sumbangan ramadan
Pn Rahmah Rosdi juga ibu tunggal sayu menerima sumbangan kami, rumahnya masih dalam proses pembinaan
En Yahya Paniran menyambut kehadiran kami walaupun uzur akibat serangan jantung dan lumpuh sementara, kini alhamdulillah dah boleh berjalan dengan tongkat berkaki empat, kelihatan Ketua Pemuda Sdr Suhaiman di belakang dan Wak Man.
En Yusuf dulunya bekerja di ladang Tabung Haji kini tinggal menyewa di perumahan pekerja di Felda Bukit Tongkat yang menderita akibat buta matanya merenung masa depan yang suram dan gelap.
Anak perempuan Sdr Jaafar menerima sumbangan ramadan. Beliau yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya menyebabkan lumpuh anggota badan yang juga salah seorang ahli PAS yang komited di Estet Sindora ini
Sumbangan kepada En Hamid yang sabar walaupun isteri dan anak perempuan beliau menderita penyakit saraf. Kelihatan juga YDP Tuan Haji Saion (bercekak pinggang) dan Sdr Ridzuan (kiri sekali).
Dibawah ialah En Azman pekerja Estet Sindora yang turut menerima sumbangan ramadan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan