Imam Haji Jani telah menunggu di halapan Masjid Jamek Kampung Tengah Renggam untuk menerima kehadiran kami. Pada asalnya program penyampaian sepatutnya dilaksanakan di masjid tetapi menurut imam, orang yang disenaraikan malu untuk datang dan ada masalah kenderaaan untuk hadir, berdasarkan pengalaman beliau, biasanya pada akhirnya, sumbangan akan berlonggok di masjid kerana ramai yang tidak hadir, jadi beban kepada beliau pula untuk menyampaikannya, maka keputusan dibuat untuk menyampaikan terus kepada sasaran pada petang itu juga.Program Bersama NGO IKRAM di Kampung Tengah Renggam sukses4 Sept 2010 : Pertubuhan IKRAM minta bantuan ke Kampung Tengah Renggam Kluang Johor, di sini memang tempat kelahiran ana dan masih ramai saudara mara yang tinggal di situ.
Juga tempat kelahiran Dr Selamat Aliman yang merupakan wira Gaza yang ditahan oleh komando marin regim Yahudi di atas kapal Mavi Marmara.
Tujuan program ialah menyampaikan sumbangan dari pertubuhan IKRAM kepada yang memerlukan sempena Ramadan 1431.
Program bermula selepas asar dengan mengagihkan sumbangan kepada fakir miskin dan ibu tunggal, berbuka puasa di masjid, solat maghrib, isyak dan terawih dan moreh bersama jemaah kampung tersebut. Risalah ramadan juga diedarkan kepada semua jemaah.
Foto tak sempat dimasukkan sebelum lebaran, jadi kali ini baru berkesempatan.
Turut serta wakil PKR Cabang Simpang Renggam dan wakil PAS Caw Bandar Renggam. Terimakasih kepada semua yang terlibat khususnya pihak masjid. Syabbas...
Bro Hashimy IKRAM Kluang mewakilkan kepada Wong Ayem (nama gelaran) untuk menyampaikan 3 set sumbangan kepada jiran sekitar rumah beliau dari kalangan ibu tunggal warga emas dihadapan Masjid Jamek Kampung Tengah Renggam. Ada perigi lama di belakang, tempat ana dulu mandi dan mak membasuh pakaian.Kak Manisem seorang ibu tunggal terharu menerima sumbangan, ibu bapa beliau berketurunan cina dan dipeliharaa oleh orang melayu islam sejak lahir rasa tidak diketepikan.Wak Mar tersangat uzur sudah tak boleh berjalan yang tinggal bersama Kak Manisem.Kak Rokiah Paido ibu tunggal bersama anak gadisnya yang turut menerima sumbangan, rumah ana berada depan SK Sri Kg Renggam dulu bersebelah rumah ni tapi sekarang dah dirobohkan dan dijadikan laluan jalan.Sdr Hadi, Bendahari IKRAM Kluang membawa minyak masak, sumbangan tunai serta risalah IKRAM kepada Wak Gimin yang uzur. Beliau yang dulunya saudagar lembu dan agen pekerja Indonesia kini dah tua dan tak sihat.Wak Hajjah Nasmi yang sopan bertudung labuh putih tak kami lupakan.
Pn Saiyah atau lebih mesra dengan panggilan Wak Bluweh turut mendapat sumbanganPn Lasmini binti Yatim terseyum menerima sumbangan Latih berpuasa, Imam Haji Jani berehat sekejap.Pn Marsinah binti Safiee (anak Wak Biru) gembira menerima nasi ambeng dari Ustazah MasturaPn Salmah (Balu Wak Syahid) menerima sumbangan antaranya ialah telur sepapan yang dibawa oleh adik ana Siti HajarPn Salimah tak payah masak berbuka petang ini kerana menerima sumbangan nasi ambeng dari kami, selain dari barang keperluan harian dan wang tunai.Rumah Pn Salimah ibu tunggal yang agak uzur tapi kemas, atap zing pun baru ditukar,
bersebalahan rumah ini ada rumah adik beliau bernama Pn Marlia yang turut sama menerima sumbangan.
Bro Hashimy ahli teras IKRAM menyampaikan sumbangan kepada anak Allahyarhamah Rumiseh yang tinggal bersendirian di rumah pusaka yang dikatagorikan juga sebagai orang kurang upaya dari segi mantelnya.Kak Sarinem Binti Safiee seorang ibu tunggal gembira menerima kunjungan kami, adik ana Siti Hajar menghulur tangan untuk bersalam merupakan kawan baik anak beliau yang bernama Mala di SMK Dato Haji Hassan Yunos Renggam. Wak Jamari menerima sumbangan yang disampaikan oleh En Faizul dari PKR Cabang Simpang Renggam, tubuh yang dahulunya sasa tinggal rangka dan kesan ular pada dahinya semakin menonjol.Imam Haji Jani yang banyak membantu menyenaraikan nama penerima sumbangan dan penunjuk jalan, malu juga kerana dah lupa jalan ke rumah penduduk di kawasan hujung ni, maklumlah ana dah tinggalkan kampung sejak 1984, kelihatan juga Ustazah Mastura dan Siti Sarah Hashimy
Ukhti Mahizan Ketua Wanita IKRAM Kluang menyampaikan sumbangan barangan keperluan aidilfitri dan wang tunai kepada Pn Congkring Anak yatim piatu, merenung masa depan, ibu dan bapanya meninggal disebabkan HIV, bukan salah beliau, sekarang menumpang kasih di rumah atuknya...Kak Manisah Seno ibu tunggal yang mempunyai anak istimewa menerima sumbangan, rumahnya berhampiran rumah Imam Haji Jani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan