Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Jumaat, 3 September 2010
Halang masuk masjid dan surau tidak menjadi pasal untuk henti aktiviti
MINAH INI WAKIL KEPADA ORANG RAMAI DISINI
MAIS : LARANGAN BUKAN ISLAM MASUK RUANG SOLAT LIPUTI SEMUA - minsider
Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.
Setiausaha Mais Mohammed Khusrin Munawi (patutlah dia pegang setiuasaha Mais dalam masa yang sama dia jadi Pengarah Jais, macam tak ada orang lain...)berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.
LARANGAN MAIS : PRPGRAM DAP DI SURAU TAK TERJEJAS - mkini
Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.
Ahli parlimen Serdang itu berkata, ini kerana surat Mais yang diterimanya semalan hanya melarang orang bukan Islam memasuki dewan solat surau dan masjid sahaja.
"Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo.
TAK ADA AYAT KATA ISLAM INI MAIS YANG PUNYA
TAK ADA AYAT YANG KATA ISLAM INI GEROMBOLAN YANG PUNYA
SIAPA KHUSRIN ?....DIA NI IMAM BESAR MANA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan