Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar mereformasikan segera Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ianya kerana PDRM kini dibelengu imej buruk di mata masyarakat terutamanya berhubung isu hak asasi manusia. Dalam satu kenyataan media, Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata Ismail perlu menerapkan kesemua cadangan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dilaksanakan dengan segera. "Bakal KPN Ismail Omar perlu memandang berat ketidakpatuhan kepada undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa di kalangan anggota polis seperti dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya DiRaja pada tahun 2005," katanya. Suaram berkata statistik rasmi kerajaan menunjukkan bahawa seramai 183 orang telah mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009. Antara kes yang paling serius adalah kejadian menembak mati remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah dan pemuda 18 tahun, Mohammad Afham Arin oleh polis. |
Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 5 September 2010
Ketua Polis perlu buat perubahan kepada PDRM
Perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, yang tamat pada 12 September ini dan bakal digantikan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuat kuasa selepas tarikh berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan