Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 20 September 2010
KM Melaka membazir lagi beli roda gergasi
Nampaknya kisah buaian roda bersaiz gergasi tak habis lagi di Melaka bersejarah
Kamarudin Sidek
Dua hari lepas Ketua menteri Melaka umumkan, Melaka akan beli buaian roda gergasi dari China yang bernilai RM7 juta.
Tingginya 8.5 meter lebih tinggi daripada buaian buatan Belgium sebelum ini. Ia dijangkakan dalam masa enam bulan akan sampai ke muara sungai Melaka.
Projek baru ini adalah sebagai ganti daripada Eye On Malaysia (EOM) yang dibatalkan operasinya sebelum ini dengan perintah mahkamah tinggi.
Dulu nak bawa EOM dari Tasik Titiwangsa ke Melaka menelan kos berjuta ringgit, akhirnya Kerajaan negeri tak mampu bayar, cuma beberapa bulan saja beroperasi. Bayangkan betapa mudahnya Ali Rustam buang duit rakyat Melaka?
Tak serik dengan itu, demi nak puaskan nafsu serakah KM, beli yang baru walau pun berjuta duit rakyat terkorban.
Ali Rustam tak dengar rintihan suara rakyat Melaka yang kelaparan dan kesempitan hidup..... Alangkah baiknya RM7 juta itu dibuat rumah kos rendah untuk rakyat yang merempat atau bina kilang untuk rakyat mencari rezeki.
Saya pun pelik rakan - rakan penasihat yang bertepuk-tampar dengan KM? Tak tolong ke beri nasihat ke atau dok yes men?
Apa yang saya tahu kepala KM ni kalau nak belanjakan untuk sektor agama terlalu berkira. Tak mampu le.... tak menguntungkan le........ nantilah saya akan dedahkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan