Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 7 September 2010
Moga dapat mengembirakan mereka menyambut Aidilfitri
Sama-sama mengangkut beg sumbangan ramadan dari markaz ke kereta untuk diagihkan
Bandar T6, Kluang : 3 Sept 2010 : Lokasi sumbangan ramadan seterusnya adalah kejiranan Taman Sri Lambak atau T6.
Sebanyak lebih 20 set sumbangan kepada penerima terpilih dan semoga ianya dapat meringankan beban kenaikan harga barang asasi baru-baru ini dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka menyambut Aidilfitri 1431 nanti.
Cikgu Habsah gembira menerima sumbangan
En Khalid mempunyai anak yang menghidap sakit jantung turut menerima sumbangan. Kelihatan ketua Pemuda Sdr Suhaiman sedang bertanya khabar dengan En Khalid.
En Sulaiman Long yang terpaksa dipotong kaki kanannya sehingga ke pangkal peha akibat kencing manis sebak menerima kunjungan kami. Sekarang bergerak dengan kerusi roda.
Anak En Rozali yang tinggal di jalan semangat 2 menerima bagi pihak bapanya sumbangan kami
Pn Munirah Sukiman seorang ibu tunggal menerima bungkusan makanan dan wang tunai disampaikan oleh YDP Tuan Haji Saion
Jiran Sdr Noor merupakan ibu tunggal tidak kami lupakan
Sdr Noor merupakan ketua Penerangan PAS Kawasan menerima sumbangan bagi pihak 2 anak kembarnya yang menjadi Ustazah di PASTI Seri Impian
Jiran depan Sdr Noor merupakan ibu tunggal tidak kami abaikan
Jiran sebelah kiri Sdr Noor merupakan ibu tunggal tidak kami sisihkan
Ketua Pemuda Sdr Suhaiman menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal di Jalan Yakin
Saya menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal di Jalan Yakin
Tn Haji Maarof yang mengidap gaut menerima sumbangan yang disampaikan oleh YDP Tuan haji Saion
Pn Zaharah Abd Rahman yang uzur bersama anak yang menjaganya, kedua-duanya ibu tunggal
Pn Rohana Talib meraikan kami dan mengucapkan terimakasih atas sumbangan yang diterima
Wajah sebak seorang balu
En Ahmad Saat yang lumpuh sempat kami ziarahi. Beliau dijaga oleh isterinya. Menurut isterinya kerusi roda amat diperlukan bagi memudahkannya bergerak. Ada juga mohon bantuan untuk mendapatkan kerusi roda tapi tada respon dari pihak berkenaan. Bantuna diperlukan segera.
Pn Juminah salah seorang ibu tunggal yang menerima sumbangan
Cikgu Sutinah, guru Pasti Al-Hikmah, Timbalan Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Johor yang juga isteri mangsa ISA yang kini sabit kesalahan dipenjara turut menerima sumbangan ramadan
Jiran saya di Jalan Lingkaran tidak dilupakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan