Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 5 September 2010
Sumbangan Ramadan PAS Sembrong, berslogan " miskin kaya kita bersaudara"
Memunggah barang dari lori ke markaz Taman Sri Lambak untuk sumbangan seperti beras, gula, susu pekat manis, tepung dan minyak masak. Kelihatan sdr suhaiman memegang troli, mat rok pekerja kedai idham dan abang pemandu lori yang bercekak pinggang.
Sumbangan Ramadan 1431 berjaya
Bandar T6, Kluang 1 Sept 2010 : Program hari pertama yang bermula dengan memunggah barang sumbangan dari lori ke markaz Taman Sri Lambak, proses pembungkusan dan edaran ke Felda Kahang Barat.
Ucapan terimakasih kepada Sdr Ismail ketua PAS Caw Felda Kahang Barat atas kerjasama baik menyenaraikan ibu tunggal khususnya, dan dapat bertemu ahli veteran dan penyokong PAS yang sudah tua dan uzur untuk kami ziarahi.
Proses pembungkusan di markaz siap dengan risalah ramadan di dalam setiap set, pakar bungkus Sdr Suhaiman yang bertopi besbol
Ziarah Pak Sahiban yang menghidap parkinson (duduk) di Felda Kahang Barat, dalam gambar dari kiri YDP Tuan haji Saion, Sdr Ismail ketua PAS Cawangan Kahang Barat dan Ketua Pemuda Sdr Suhaiman
Veteran PAS Kahang Barat dah uzur penyakit parkinson, rumah beliau pernah diadakan majlis usrah masa itu nakibnya ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Johor Ust Abdullah Husin.
Pakcik Zakaria Hj Awam, ceria menerima kunjungan kami walaupun buta akibat kencing manis
Pakcik Rahman Yusof dulu kena stroke, lumpuh dan sekarang dah sihat dan boleh berjalan
Rintihan pakcik Zainal Abidin yang lumpuh, makan minum, tidur, qadial hajat pun di situ
Pn Siti Mariam ibu tunggal yang kematian suami sebanyak 2 kali
Pakcik Asem Abd Rahim lumpuh akibat angin ahmar
Sdr Jaafar Jalil yang lumpuh kesan kemalangan yang merosakkan saraf tunjang beliau, walaupun ada menerima pampasan tetapi tidak dapat menyembuhkan beliau seperti sedia kala, sekarang tidak boleh bekerja.
Pn Nor Ainon ibu tunggal yang turut menerima sumbangan kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan