BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU
TIMBALAN KETUA, NAIB PKR BAHAGIAN BATU SAPI KELUAR PARTI – melayauSANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.
Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.
Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.
Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.
Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).
Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.
TT kata
wout… INI BERITA YANG DITUNGGU TUNGGU…. kah kah kah
woit… KALAU TAK ADA BERITA INI PILIHANRAYA KECIL TAK SAH…. kah kah kah..
kah kah kah…. KALAU TAK ADA YANG KELUAR PARTI ERTINYA SPR TAK JALAN KAN TUGAS… kah kah kah…
nota:
cuba selidik betul betul
malaon ini menang atau tidak
dipemilihan cabang baru baru ini.
atau malaon ini semuanya bekas… kah kah kah
nota:
pelik pulak
pkr mana ada bahagian
pkr ada ranting dan cabang
laaa nak tipu buatlah betul betul kah kah kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan