Nazri beri jawapan dangkalTidak boleh paksa daftar pemilih - NazriHazayani Zakaria - harakah
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa mendaftar sebagai pemilih itu merupakan hak individu dan tidak boleh dipaksa.
"Mendaftar untuk mengundi itu merupakan satu hak kepada rakyat dan tidak boleh dipaksa. Ada orang yang tidak mahu langsung mengundi. Jadi mana boleh paksa mereka. Kita bukan macam Pakatan Rakyat suka memaksa orang," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh), hari ini.
Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.
Dalam soalan asal, Ab Aziz meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan.
Nazri berkata, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan.
"Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya," katanya.
Ab Aziz dalam soalan tambahannya bagaimanapun menegaskan, kaedah berkenaan dapat menjimatkan kos kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan kerajaan memberikan RM3 kepada pembantu pendaftar pilihan raya.
jimat wang 12 juta"Kalau buat pendaftaran secara automatik kita boleh menyelamatkan banyak benda misalnya wang rakyat.
"Mengikut SPR, lebih daripada 4.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 21 tahun tidak mendaftar. Kalau kita ikut apa yang SPR cadangkan bagi RM3 kepada pembantu pendaftar, itu sudah melibatkan kos melebihi RM12 juta," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut mengemukakan soalan tambahan menyifatkan jawapan yang diberikan Nazri itu sebagai
tidak masuk akal.
"Kalau empat juta tak daftar (sebagai pemilih), adalah kes untuk dipertimbangkan. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki. Ini empat juta tak daftar, sebab salah alamat. Ini alasan karut.
"Sepatutnya menteri kalau bertanggungjawb akan cakap, kita akan cari jalan sekurang-kurangnya tiga per empat daripada empat juta ini boleh mengundi," tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mempersoal tugas Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (Mafrel) yang didakwa meihak kepada pembangkang.
"Apakah SPR perlu ada pemantau untuk memantau pilihan raya? Yang kita rasa ragu pihak pemantau ni kalau kita minta laporan hanya yang negatif. Bagi imej yang buruk kepada SPR dan negara.
"Pihak yang memantau bukan sahaja memberi imej yang buruk tetapi memihak kepada pembangkang. Ini Permatang Pauh tak boleh nafikan," katanya.
Nazri sekali lagi menuduh Pakatan Rakyat sebagai 'pengacau' dan sengaja mengganggu tugas SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan