Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 18 Oktober 2010
Kelebihan Kidal
Ciri2 Golongan Kidal
Assalamualaikum...
Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang ciri-ciri psikologi orang kidal (menulis dengan tangan kiri). Mungkin anda seorang yang kidal, atau anda ada adik-beradik yang kidal, atau anda mengenali sesiapa sahaja rakan-rakan anda yang kidal (sebenarnya orang ramai kurang ambil kisah tentang seseorang itu kidal atau tidak).
Maklumat ini mungkin boleh membantu anda untuk mengenali mereka dengan cara lebih dekat lagi. Orang kidal lebih banyak menggunakan otak kanan berbanding otak kiri dan hanya 10% populasi manusia dunia ini adalah kidal.
Ciri-ciri golongan kidal secara psikologinya dalam bidang kepimpinan menurut Stanley Coren, seorang profesor psikologi di University of British Columbia dan penulis buku The Left-Hander Syndrome: The Causes and Consequences of Left-Handedness, mengatakan golongan kidal lebih cenderung untuk mendesak, mampu menguasai orang, bijak memanipulasi keadaan dan lebih besar egonya. Semua ciri-ciri tersebut menyesuaikan mereka untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang ahli politik yang baik.
Lebih kurang 66% daripada presiden US untuk 30 tahun terakhir ini terdiri daripada golongan kidal seperti Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan dan Gerald Fold.
Selain itu, Barack Obama dan John McCain timbalannya adalah golongan kidal.
Dari segi personaliti pula, golongan kidal lebih cenderung untuk hidup secara berdikari dan mudah mengadaptasi diri mereka dengan sebarang keadaan.
Ini kerana mereka telah terbiasa dengan keadaan dunia yang tidak disediakan untuk mereka tetapi mereka mampu menyesuaikan diri. Bagi seseorang yang kidal, kesusahan yang paling kerap mereka alami ialah untuk menggunakan gunting.
Walaupun sekarang telah di cipta gunting khas untuk golongn kidal, namun pasarannya masih tidak meluas seperti di negara maju. Barangan ini biasanya di pasarkan secara online sahaja. Ini menyebabkan capaiannya terhad dan sukar didapati.
Kesukaran dan kesusahan ini sebenarnya membantu mereka untuk membina satu daya tahan dalam diri dan berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan. Oleh itu sama ada kita kidal atau tidak ia tidak pernah menjadi penghalang kepada kita untuk kita mencapai apa yang kita citakan selama ini.
Setiap apa yang diciptakan oleh Allah pasti ada hikmah disebaliknya.Firman Allah yang bermaksud,
"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka" (Surah Sad ayat 27).
Wallahua'lam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan