Ahad, 24 Oktober 2010

Masjid dipolitikkan Umno


Tak cerdik punya cadangan, menggunakan masjid dibawah kuasa raja untuk kepentingan politik, suruhlah SPR buat pendaftaran automatik...selesai masalah ...

Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno


Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung cadangannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan