Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 18 Oktober 2010
SLOW Motion
Rasis: Kit Siang persoal kerajaan lambat bertindak
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan kerajaan mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis.
Kit Siang ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata kelewatan tindakan kerajaan dalam kes berkenaan ternyata bercanggah dengan kenyataan menteri bahawa tindakan tatatertib akan dikenakan serta-merta ke atas individu yang melakukan kesalahan.
"Kenapa tindakan ke atas pengetua ini lambat. Sungguhpun ada pergantungan tapi lewat dan tidak selaras dengan pengumuman menteri bahawa apabila perkara itu berlaku pergantungan akan dibuat serta merta," kata beliau.
Beliau turut menyoal sama ada kerajaan bercadang untuk menutup Biro Tata Negara (BTN) yang didakwanya menjadi punca kepada amalan rasis di kalangan rakyat.
"Tidakkah kerajaan sedar bahawa kenyataan rasis ini dibuat akibat daripada doktrin BTN iaitu fahaman rasis.
"Adakah kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja mengkaji semula kriteria BTN tapi untuk menutup BTN oleh kerana bertentangan dengan gagasan 1Malaysia?" soalnya lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagaimanapun menafikan tindakan pengetua mengeluarkan kenyataan rasis itu ada kaitan dengan BTN dan kerajaan tidak akan menutup BTN.
Sebelum itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China.
Guan Eng berkata, tindakan seharusnya dikenakan secara adil dan saksama kepada semua pihak tanpa mengira kaum.
"Saya rasa tindakan yang diambil harus dikenakan kepada semua pihak tanpa mengira kaum asalkan mereka mengeluarkan kenyataan berbau perkauman maka tindakan harus diambil secara adil dan saksama tanpa mengira kaum," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada 11 Oktober lalu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar mengenai perkara tersebut yang dicadangkan Kit Siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan