MARA lulus RM59.09 juta pinjaman tanpa peruntukan-mkini |
"Semakan selanjutnya mendapati kelulusan pemberian pinjaman di peringkat pejabat MARA negeri dan daerah telah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan MARA," laporan itu dipetik.
Pinjaman itu juga diluluskan sebelum peruntukan Pakej Rancangan Ekonomi Pertama (PRE1) pada bulan April 2009 bernilai RM150 juta - RM50 juta untuk penambahan premis perniagaan dan RM100 juta bagi program pembiayaan perniagaan.
Sehubungan itu, audit itu berpendapat, permohonan pembiayaan hendaklah diluluskan berdasarkan baki peruntukan kewangan sedia ada bagi memastikan pembiayaan dapat disalurkan kepada peminjam pada masa yang ditetapkan.
"Kelewatan pengeluaran pinjaman akan menyebabkan operasi perniagaan peminjam terjejas atau peminjam mengambil masa yang lama untuk memulakan perniagaan," laporan itu dipetik.
Sementara itu, dalam laporan maklum balas daripada perbendaharaan negara, MARA telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengutip tunggakan pembiayaan tersebut seperti:
- Pegawai MARA daerah mengeluarkan surat peringatan kepada peminjam yang tertunggak.
- Kutipan melalui agen kutipan hutang yang dilantik.
- Penubuhan jawatankuasa penguatkuasaan peringkat negeri yang bermesyuarat sebulan sekali.
- Penubuhan jawatankuasa pemantauan.
- Mulai Julai 2010, pembiayaan yang tertunggak empat bulan akan terus diambil tindakan penguatkuasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan