Isnin, 29 November 2010

NGO jangan takut nyatakan sokongan


Berdasarkan pindaan baru perlembagaan BN yang membolehkan penyertaan NGO kepada mereka. Maka NGO juga boleh menyertai pakatan.

"Kini, mana-mana NGO boleh menyatakan sokongan secara terbuka tak perlu bersembunyi-sembunyi, tak perlu takut kerana kita semua sedia maklum apabila BN telah menghalalkan tindakan berkenaan kepada mereka, ia turut sama membuka peluang kepada parti-parti politik yang lain" Dato Kamarudin Jaffar, AJK PAS Pusat.

Sumber Harakah 19-21 Zulhijjah 1430 / 26-28 Nov 2010

Dirikan kerajaan mengikut Al-Quran, Sunnah



Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing.

Semangat ibadat haji dan Aidiladha perlu dihidupkan dengan menyelamatkan bangsa melalui Islam.

Bahkan katanya, menyatukan umat Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara Al-Qyran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat Aidiladha, Tuan Guru melakukan penyembelihan korban senbanyak 8 ekor lembu di Rusila, Marang, Terengganu.

lembu gergasi

Manakala sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu bersaiz gergasi berharga RM11,200 seekor atau RM1,600 satu bahagian qurban di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang, Terengganu, Malaysia.

Mesyuarat Tergempar PRU13


Simpang Renggam 26 Nov 2010 : Satu mesyuarat tergempar (sebenarnya taklimat) oleh Jabatan PRaya Negeri telah diadakan di sini. Cikgu Sahak memaklumkan pendangan JPN terhadap sinario politik tanahair yang memungkinkan diadakan PRU13 pada seawal April 2011.

Masalah calon PAS telah selesai disemua dun dan parlimen, Pendaftaran pemilih baru kita agak ketinggalan dan dalam bab ni kena ikut cara DAP.

Analisa pelan kemenangan telah disampaikan oleh Pak Abu secara simulasi. Berapa swing yang perlu dan kena usaha keras bagi mendapatkan kemenangan tersebut yang memberi pukulan maut kepada UmnoBN.

Malang sekali tiada analisa buat Parlimen dan dun-dun di Sembrong. Adakah mungkin PRU lepas PAS tidak meletakkan calonnya di sini. PRU lepas hanya DAP dan PKR yang bertanding. Ini kawasan tradisi PAS dan mempunyai peratusan Melayu yang tinggi. Apa erti masuk PAS kalau tak dapat masuk pilihanraya, baik jadi NGO sahaja. Bagaimana nak sukat sokongan rakyat terhadap kita kalau tak masuk PRU? yang kita khuatir, ia bakal meruntuhkan semangat ahli PAS di sini?

Kartun Mama


klik untuk besarkan

Kafir boleh masuk masjid UAE

Lagi Gambar Ratu Elizabeth Lawat Masjid Abu Dhabi

Blog GB pada hari kelmarin (26 Nov) telah menyiarkan beberapa keping gambar Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Baginda juga membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Berikut di siarkan lagi gambar-gambar yang diperolehi dari BBC.

Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke masjid diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.


Kunjungan ke Masjid Agung Sheikh Zayed diiringi juga oleh sejumlah anggota keluarga Kesultanan Emirat Arab


Sebelum memasuki ruangan utama masjid, Ratu Elizabeth memasuki ke sebuah sudut untuk membuka kasutnya


Di dalam masjid, Ratu Elizabeth menyaksikan dengan seksama sejumlah anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


Pengiring dari Emirat Arab mengiringi Ratu Elizabeth mendengarkan anak-anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran. Tetapi di Malaysia UmnoBN melarang orang kafir masuk masjid.

Sabtu, 27 November 2010

Pakatan tak ubah sistem tapi ubah KERAJAAN


Tukar Kerajaan, tukar manusia, tukar pemimpin yang rasuah

Simpang Renggam : Perlembagaan Malaysia termasuk Sistem Raja yang sedia ada akan dipertahankan apabila Pakatan memegang tampuk pemerintahan, yang diubah ialah manusia termasuk pemimpin yang memegang kuasa itu dari yang kemaruk kuasa, pangkat, harta dan kaki rasuah sebagaimana UmnoBN kepada pemimpin yang tunduk warak beriman dan tinggi nilai integritinya. Sistem yang ada dibaiki dengan telus, amanah dan adil.

Raja-raja melayu, orang gomen, korporat, cina peniaga, pejuang bahasa tak perlu risau, orang melayu, cina dan india, makcik felda dan petani tak perlu risau...

Jumaat, 26 November 2010

Gergasi akhbar fitnah akan lingkup

nuj utusan melayu picket  police 160904  securityNUJ : Utusan terus RUGI selagi tidak bebas - Malaysiakini

Akhbar perdana, termasuk akhbar milik Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan terus rugi selagi tidak membebaskan diri daripada pemilikan parti politik, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.

"Satu cara sahaja media perdana, terutama Utusan akan dapat meraih sokongan daripada pembaca dan pengiklan iaitu untuk menjadi sebuah media yg bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menyiarkan berita yang seimbang untuk memenuhi keperluan pembaca dan pengiklan," kata presidennya Hata Wahari.

Semalam Utusan Melayu dilaporkan mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatannya merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada melalui SMS daripada Indonesia hari ini, beliau memuji Malaysiakini yang bertahan sebelas tahun ekoran kepercayaan pembaca dan pengiklan kerana mengamalkan kebebasan media.

Rabu, 24 November 2010

Usrah remaja terus


Taman Sri Lambak : Usrah remaja malam ni diteruskan walaupun yang hadir 2 orang, yang lain balik kampung, maklumlah cuti sekolah...nakib mesti memahami.

Topik bab aqidah rukun iman, seerah tajuk zaman jahiliyah, isu semasa bahaya zina dan pembahagian qurban. Jamuan roti canai dari Restoran Omar dan air teh.

Usrah bisnes


Simpang Renggam : Buat julung kalinya ana dapat berkumpul sama mengadakan usrah dari kalangan yang terlibat dengan bisnes dari usahawan kecil sederhana. Semenjak terlibat dalam pemasaran barangan Halal dari pengilang yang bersyahadah di sini dengan bantuan Sdr Malik pakar bekam sunnah maka dapat diadakan juga usrah seramai 5 orang buat permulaan.

Pelbagai latarbelakang, ada penebar roti canai, pembuat rumah, pengamal perubatan bekam, pekebun sawit dan pesara. Malam ini lebih tumpu kepada sesi taaruf dan bincang bagaimana nak besarkan perniagaan. Jamuan oder sahaja dengan kedai sebelah surau. Majlis mula pukul 9.00 dan tamat 11.00 malam.

Daging aqiqah kalimah Allah


Jalan Yakin Bandar T6 Kluang : Subhanallah!!!, daging aqiqah milik Sdr Kornain Othman bagi majlis aqiqah anakndanya yang bernama Abd Hakim Bin Kornain yang disembelih semasa majlis Qurban PAS Kawasan Sembrong pada Jumaat lalu tertera kalimah Allah SWT.

Menurut sdr Kornain, semasa beliau memotong kecil daging tersebut untuk dimasak dan terperasan ada macam urat yang bebentuk kalimah Allah, lalu beliau mengasingkan dan mengambil gambar. Beliau yang bertugas sebagai jurureka di kilang jubin Guocera Kluang menyatakan rasa syukur kerana mendapat cahayamata dalam masa yang sama dapat menemui tanda kebesaran Allah didepan matanya sendiri.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Al-Fadzil Ust Abdullah Bin Husin Mudir Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor yang hadir di rumah Sdr Kornain mengadakan Kuliah Aqidah bulanannnya disamping melaksanakan ibadah sunat tahnik kepada bayi tersebut.

Maha suci Allah...hadirin sebak menitiskan air mata, ramai yang bertasbih dan bertakbir menyatakan takjub atas kebesaran Allah. SWT.

tahnik

Dalam istilah orang kampung, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153).

Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Apakah ini petanda kemenagan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Dun Kahang? bersesuaian dengan nama Jalan Yakin maka kita sebagai pejuang Islam mesti yakin Allah akan menolong kita dan mengukuhkan kedudukan kita apabila kita menolong agama Allah. Takbir!

STPM : selangkah menuju menara gading


Selamat menghadapi peperiksaan STPM kepada semua calon. Dari Pra U kepada U sebenar, dari budak sekolah berunifom kepada mahasiswa. Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi mahasiswa di menara gading.

Didoakan semoga berjaya

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM 2010, SPM bermula 23/11/2010 selasa ini. Jangan takut dan gentar itu semua cobaan, macam dalam filem pendekar bujang lapok da.

Jangan malas mengulangkaji, usaha keras dan kemudian bertawakkal dengan bangun malam mohon kepada Allah SWT supaya dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, mudah dan menjapat A dalam semua subjek...Amin.

Isnin, 22 November 2010

304.5kg daging Qurban diagihkan


Taman Sri Lambak, Kluang : Jumaat 19 Nov 2010 : Alhamdulillah, Sebanyak 304.5kg daging lembu mentah yang segar dari qurban sebanyak 3 ekor lembu berjaya diagih-agihkan kepada para peserta, fakir miskin dan penduduk sekitar Taman Sri Lambak (T6).

Lembu tiba pukul 3.30 petang hari khamis dan pada malam diadakan mesyuarat akhir persiapan qurban serta solat hajat memohon dipermudah dalam urusan qurban ini. YDP Tn Haji Saion, Ketua Pemuda Sdr Suhiman dan ana tidur di markaz malam tersebut.

Majlis sembelihan bermula seawal 8.30 pagi yang sebelum itu proses menumbangkan lembu pertama terlebih dahulu yang berharga yang RM2700. Syukur dapat khidmat dan bantuan dari 5 orang warga Indonesia yang bekerja di Ladang Tabung Haji merupakan pakar menumbangkan lembu dengan kaedah ikat di perut dan kaki.

Kalau kita biasanyan ikat di kaki dangan kepala baring mengadap kiblat. Ini sama juga ngadap kiblat tetapi kepala lembu dongak ke atas. Apapun kaedah ini didapati sesuai dan praktikal kerana leher lembu berada dalam keadaan tegang, kurang kelepet daging leher dan mudah untuk disembelih. Syukur, lembu pertama mengumpul 105.1kg daging.

Lembu kedua agak agresif 3 kali masuk longkang berharga RM2600 dengan daging sebanyak 100.4kg. Lembu ketiga yang mencabut papan tanda Jalan Semangat 13 boleh tahan juga jinaknya dengan harga yang sama berjaya mengumpul daging sebanyak 99kg.

Sebahagiannya tulang dimasak sup gearbox oleh sdr Suhaiman untuk jamuan sukarelawan / petugas dan selebihnya diberikan kepada semua petugas yang hadir seramai 40 orang dari kalangan muslimin dan muslimat.

Ada peserta yang melaksanakan aqiqah terus diagihkan daging tersebut sebanyak 15kg atau (1/7 dari 100kg daging) untuk dimasak manis. Anggaran setiap peserta qurban mendapat 5kg. Agihan sebanyak 21kg untuk fakir miskin, 20kg untuk jiran sekitar markaz T6 ini dan selebinya jiran kepada petugas.

Majlis selesai pukul 12.00 tengahari dan petugas muslimin terpaksa bergegas membersihkan diri dan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Amalan qurban yang ikhlas ini merapatkan jurang antara miskin dan kaya dan yang indahnya dapat merapatkan ukhuwah sesama kita yang menjadi teras kepada kegemilangan Islam khususnya di Dun Kahang, kawasan Sembrong di negeri Johor ini.

Terima kasih kepada semua peserta qurban 2010, petugas dan penyumbang. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi baik tuan semua dengan pahala yang besar.

Marilah mengambil kiasan dengan menumbangkan qurban ini ibarat kita menumbangkan dan menyembelih sifat kebinatangan sang peguasa zalim UmnoBN...semoga Allah SWT menumbangkan UmnoBN dan memenangkan Islam dan Pakatan dalam PRU13 yang akan datang. Amin.

Khamis, 18 November 2010

Lembu qurban saiz raksaksa

Lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha




Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam.



MARANG 17 Nov. – Taman Safiah Murni, Bukit Payung dekat sini tiba-tiba gempar diserbu kira-kira 1,500 orang gara-gara ‘Awang’ Awang’ lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha


Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam.


Seawal pukul 9 pagi lagi, perkarangan Surau Taman Safiah Murni dipenuhi orang ramai semata-mata mahu melihat dari dekat lembu dari jenis Charolais Mega itu disembelih.

Ekoran saiznya yang besar berbanding lembu biasa dan dipercayai di antara lembu terbesar dan terberat di negeri ini dengan memiliki berat mencecah 1,500 kilogram, Awang menjadi tarikan orang ramai sejak ia tiba di kampung berkenaan beberapa hari yang lalu.

Awang yang seolah-olah memahami ia bakal disembelih, tidak banyak kerenah walaupun lensa kamera orang ramai tidak putus-putus mengambil gambarnya untuk dibuat kenangan.
Menurut Pengerusi Surau Taman Safiah Murni, Mohd. Zainasir Taid,45, dia tidak menyangka taman perumahan tersebut sesak gara-gara orang ramai ingin melihat lembu gergasi itu.

Katanya, acara penyembelihan tersebut merupakan acara tahunan penduduk di kampung itu bagaimanapun pada tahun ini berbeza dan lebih meriah ekoran kehadiran Awang.

“Sebelum ini saya hanya berbincang dengan pemilik lembu ini yang merupakan rakan saya sejak kecil lagi. Ketika itu dia bertanya sekiranya mahu mengambil bahagian untuk korban lembu tersebut. Jadi tanpa fikir lama saya terus bersetuju.

“Tak sangka begitu ramai orang datang ke sini semata-mata untuk lihat Awang disembelih,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika di temui di sini hari ini.

Tuan Guru

Pada majlis itu, Ahli Parlimen Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyempurnakan acara penyembelihan tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang keunikkan lembu berusia tiga tahun 10 bulan itu yang dibela oleh seorang penternak warga emas, Omar Abu Bakar, 68, dari Kampung Paya Datu, Manir pada bulan Februari lalu.

Lembu sepanjang 2.8 meter (m) dengan tingginya pula kira-kira 1.5m itu dibeli oleh Omar pada Januari dua tahun lalu dengan harga RM4,200 dan ketika itu beratnya sekitar 500kg sahaja.
Ketika acara tersebut, Omar yang turut berada dan melihat lembu kesayangannya itu disembelih mengakui terasa hiba memandangkan telah menjaganya sejak dua tahun lalu.

Menghadap kiblat


Renggam : Sempena Aidiladha, selepas solat sunat hari raya semua adik beradik, ahli PAS dan masyarakat sekitar berkumpul di rumah Mak di Kampung Melayu Renggam bagi menjalankan ibadah qurban. Acara tahunan PAS Cawangan Bandar Renggam kali ini seperti biasa berjaya menumbangkan seekor lembu setiap tahun semenjak 10 tahun yang lalu. Walaupun hanya seekor tetapi yang penting ialah istiqamah mengumpul peserta setiap tahun dan alhamdulillah ianya menjadi ibadah rutin yang mendapat sambutan.

Lembu sampai pukul 2.00 pagi malam raya dan nampak agresif, warna cokelat cerah dan fizikal badannya besar berharga RM2800.

Semasa menumbangkan lembu banyak tenaga diperlukan, pada awalnya kedudukan lembu tak mengadap kiblat, ajaibnya lembu tersebut cuba bangun dan berbaring tepat mengadap kiblat dengan sendiri. Kejadian ini disaksikan oleh semua yang hadir dan rasa hiba sehingga menitiskan air mata.

Sebanyak 108.5kg daging segar dari lembu qurban ini dan berjaya diagih-agihkan kepada penduduk sekeliling Kampung Melayu, Taman Sri Jaya dan Kampung Tengah. Yang pasti peserta qurban puashati, sukarelawan ikhlas beramal dan masyarakat dapat agihan daging dengan adil.

Sebaghagian tulang dibuat sup tulang gearbox dan rasanya amat sedap dan manis, sungguh menyelerakan menjadi hidangan juadah jamuan sekeluarga.

Rabu, 17 November 2010

105 graduan PASTI Sembrong 2010


Taman Sri Lambak, Kluang – Majlis Konvokesyen / Ihtifal Kecemerlangan PASTI Kawasan Sembrong 2010 telah diadakan pada 14 November 2010 hari Ahad lalu di Dewan Kejora Taman Sri Lambak, Kluang. Konvo kali ini telah melahirkan seramai 105 orang graduan.

Konvo PASTI tersebut telah dirasmikan dengan jayanya diikuti majlis penyampaian sijil tamat belajar dan anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf kejayaan murid-murid disaksikan oleh ibubapa.

Di dalam ucapan perasmian, perasmi melahirkan rasa kagum kerana PASTI berjaya menjadi institusi pra sekolah Islam yang berupaya mendidik murid berakhlak mulia dengan pencapaian akademik yang baik. Respon dari guru SK menyatakan bahawa lepasan PASTI mudah diajar dan mahir 3M.

Di dalam suasana kehancuran akhlak dan kecelaruan minda muda-mudi kini, PASTI berjaya mencorakkan generasi tunas Islam dengan acuan Islam. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya guru-guru yang IKHLAS mendidik anak murid yang membanggakan ibubapa.

Janganlah pula mencemar dan mencampradukkan majlis anugerah yang mulia ini kononnya berselindung disebalik acara kebudayaan dengan unsur lagha yang melalai dan melekakan yang boleh menghilangkan identiti PASTI dan mencairkan kepercayaan ibubapa yang selama ini faham bahawa kekuatan PASTI ialah kerana terasnya ialah tarbiyah / pendidikan Islam.

Sabtu, 13 November 2010

Bayar duit lembu Qurban


Kluang : PAS Kawasan Sembrong insyaalah akan menyembelih 3 ekor lembu untuk Qurban tahun ini, tahun lepas 4 ekor, sasaran 5 ekor tak tercapai, walaupun tahun ini kurang seekor sebab kemelut ekonomi rumahtangga tetapi lebih itu lebih baik sekiranya kita IKHLAS.

Tak ada ertinya kalau banyak bilangan lembu qurban tapi tak ikhlas malahan menunjuk-nunjuk, riak, ujub dan takbur pula. Ada kes akibat tamak, akhirnya daging tersimpan dalam peti sejuk berbulan-bulan tak diedar kepada fakir miskin, nak edar pun dah payah sebab beku.

Walaupun sawit dan getah naik harga, tetapi ahli PAS dan masyarakat sekitar Semberong ini kebanyakan tak ada kebun sendiri. Peneroka Felda pula ramai yang terlibat dengan taman semula sawit, ramai juga yang pesara kerajaan dan pekerja industri macam berat nak keluar RM380-RM400 untuk satu bahagian Qurban.

Sembelih qurban boleh diibaratkan kita menyembelih sifat kebinatangan manusia kepada sifat insan sebagaiman yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Antara sifat kebinatangan ialah, tamak, haloba, mementingkan diri sendiri, tak peduli perasaan orang lain, berzina, sumbang mahram, maksiat, membunuh anak sendiri, dengki, rasuah (binatang ada rasuah ke)dll.

Moga dimudahkan Allah SWT segala urusan. dapat lembu yang gemuk, bersih dan sihat, tidak ganas dan tidak kurus, dapat daging yang manis dan segar, dan yang paling penting, peserta qurban berpuashati dan petugas sukarelawan ikhlas dalam melaksanakan kerja mulia ini. amin.

Masalah PKR Johor beres

chuaKemelut PKR Johor selesai, kini tumpu PRU-13


PETALING JAYA: PKR Johor yang dikatakan bergolak ekoran beberapa anggota tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pengerusi Negeri Datuk Chua Jui Meng, kini bertambah kukuh dan menjadikan pilihan raya umum ke-13 fokus utama mereka.

Semalam FMT difahamkan lebih lima anggota PKR dari cabang Sembrong yang diketuai bekas Setiausaha Negeri Saiman Marjuki (Pak Ngah) mengumumkan keluar parti.

Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat PKR yang kini menerima lebih 100 anggota baru.

Menurut Chua, walaupun terdapat percubaan merosakkan parti dengan menggunakan elemen Umno, namun setiap anggota parti di setiap cabang masih utuh menyokong kepimpinan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, 23 cabang di Johor menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti sekaligus membidas kenyataan Drs Mohd Zaid Yusof semalam bahawa 13 cabang menentang kepimpinan beliau di Johor.

"Mesyuarat malam tadi di Johor Bharu membuat ketetapan untuk menyokong kepimpinan Anwar, Azizah, saya serta kepimpinan tertinggi dalam menerajui parti.

"Walaupun wujud individu yang mahu rosakkan parti tapi kita sudah bersihkan mereka daripada parti. Pertemuan semalam memperlihatkan ahli penuh semangat dan berazam untuk kita tawan johor pada PRU ke-13 nanti.

"Malah daripada lima yang keluar parti, semalam kita turut menerima lebih 100 anggota baru," katanya yang dihubungi FMT.

Chua menjelaskan kemelut yang melanda di Johor sebelum ini disebabkan sikap tidak puas hati segelintir anggota terhadap keputusan perlantikan jawatan dalam majlis pimpinan.

"Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kami semakin bersemangat untuk bawa perubahan. Anggota parti yakin dengan komitmen pimpinan tertinggi parti dalam meningkatkan kekuatan PKR dalam persediaan pilihan raya akan datang," katanya.

Sementara itu menurut Setiausaha Pengelola Zabidie Abas, pertemuan bersama ketua-ketua cabang memperincikan sokongan penuh kepada pimpinan PKR serta Chua.

Beliau turut menolak kenyataan Saiman dan Drs Mohd Zaid bahawa 13 cabang di negeri itu tidak berpuas hati terhadap Chua.

"Saya sudah kenal pasti dan bertemu dengan ketua-ketua cabang terbabit. Mereka menyatakan pendirian dan memberi sokongan penuh terhadap ketua umum, presiden dan Chua.

"Maka dakwaan Saiman dan Zaid bahawa cabang itu menentang Chua tidak berasas sama sekali. Mereka ini perosak dan tindakan Saiman meninggalkan parti amat bijak kerana dapat membersihkan individu seperti ini dalam parti," katanya.

Nota : Keluar PKR boleh masuk PAS, DAP asal jangan masuk UmnoBN sudahlah Pak Ngah. PAS Kawasan Sembrong mendoakan agar PKR Cabang Sembrong sedia menjalin kerjasama erat sebagaimana sebelum ini bagi memberi pukulan maut kepada UmnoBN dalam PRU13 ini walaupun orang kuatnya sudah keluar parti.

Tetamu Allah

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Di Mekah


Ketibaan
Datin dan Pembantunya
Di beri maklumat

TGNA berehat setelah ketibaan


Sedia untuk ke Masjidil Haram
Bertemu Mukhriz mahathir
sedia untuk tawaf di temani Ust Zamri

Jumaat, 12 November 2010

Bro Anwar di Spg Renggam


Simpang Renggam : Ana baru balik dari majlis mesra bersama DS Anwar Ibrahim di Restoran 88 Simpang Renggam. Alhamdulilah majlis berjalan lancar dan tenang, al-maklumlah sebelum ini mana-mana ceramah DSAI di negeri Johor pasti hadirin akan diarahkan bersurai atau kalau tak akan dihambat oleh FRU.

Turut hadir Dato Mahfodz PJ PAS Johor, Dr Bo Pengerusi DAP Johor, dato Sri Chua Jui Meng Pengerusi PKR Johor, YDP PAS Spg Renggam Ust Atan yang tertinggal kunci dalam kereta wiranya...YB Gobala, Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul dan YB Adun DAP Mengkibol Kluang.

Restoran hawa dingin ini sangat selesa dan besar, sistem bunyi ok juga, tetapi yang meniaga di luar agak kurang, hairan selalu kalau ceramah besar, golongan peniaga ni meniaga sampai macam pasar lambak, mungkin dah serik dan bimbang ceramah ni akan di batalkan atas arahan polis, nanti semua disuruh bubar, alamat rugilah niaga hari tu..kali ni tak mahu tanggung risiko. baik mereka pergi ceramah Dato Ismail Kamus pada malam yang sama di Parit Raja.

DSAI menyebut pejuang mesti tahan uji, tak kan baru sedikit ujian diterima dah mahu letak jawatan, keluar PKR...bayangkan berapa ramai yang dipenjarakan, di siksa dan ditelanjangkan serta di aibkan seperti beliau tetapi masih tetap teguh pendirian untuk berjuang.

Satu lagi point ceramah DSAI ialah bab kasih sayanglah kepada sesama manusia, haiwan, pokok dan bumi nescaya yang di atas langit akan menyayangi kamu, jangan buat ZALIM.

Tahniah : 5A UPSR

UPSR : 48,327 Pelajar Dapat Semua A




PUTRAJAYA 11 NOV : Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafar, peratusan calon yang mendapat minimum gredC menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu. Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Khamis, 11 November 2010

Qurban Dun Kahang tukar tarikh


Peserta qurban mendapat nasihat dari beberapa sahabat yang arif untuk menukar tarikh penyembelihan qurban PAS Kawasan Sembrong (Dun Kahang) dari hari sabtu 20 Nov 2010 /13 Zulhijjah 1431 yang sepatutnya masih termasuk dalam 3 hari tasyrik waktu penyembelihan qurban, minta di tukar hari Jumaat.

Walaupun agak ketat masa kerana solat jumaat tetapi itu lebih menyedapkan hati peserta qurban.

Masalah timbul bila kerajaan Saudi menetapkan tarikh wukuf pada 9 Zulhijjah itu pada hari Isnin, cepat satu hari maka Aidiladha jatuh pada hari selasa 10 Zulhijjah / 16 Nov 2010 sedangkan kerajaan Malaysia dan beberapa negara jiran tetapkan hari raya pada hari rabu 17 Nov 2010.

Bimbang hari sabtu dah tak termasuk hari berqurban dan akhirnya ibadah qurban menjadi sembelihan biasa saja. Bilakah agaknya pemimpin negara umat Islam akan bersatu...jauh sekali...nak tetapkan hari kebesaran Islam pun tak boleh, bertelagah sesama sendiri yang ada, patut regim yahudi laknatullah tak takut kepada kita...Wallahuaalam.

Rabu, 10 November 2010

Usrah remaja dan mee kering memali


Malam ni Usrah remaja masuk bab tafsir surah An-Nas dan hadis berbakti kepada kedua orang tua. Sdr Suhaiman Ketua Pemuda PAS Sembrong pun turut hadir. Jamuan air teh dan mee goreng basah. nyam-nyam...

Sebelum jadi mee goreng, mee tadi asalnya adalah mee kering yang macam bentuk persegi direndam dalam air panas selama 5 minit dan bolehlah dimasak menjadi mee goreng, mee hailam, mee rebus, mee bandung atau mee kari keluaran dari Kampung Memali, Kedah. ia memang sedap, halal dan tanpa asid borik yang merbahaya.

Makan-makan bukan masuk dalam silibus usrah tetapi antara kaedah yang paling ampuh untuk medekatkan hati-hati ahli usrah. Itu namanya seni dalam tarbiyah dan dakwah. Wallahuaalam.

Selasa, 9 November 2010

Tahniah dapat mujahid


Kuliah bulanan telah diadakan di rumah Sdr Kornain. Rasanya kerap juga diadakan kuliah bulanan di rumah beliau, sebulan sekali, kalau cawangan tak mahu ambil ustaz, maka rumah beliaulah yang biasa menjadi lokasi selain markaz T6. Moga seisi rumah diberkati Allah SWT.

Ucapan tahniah kerana mendapat cahayamata mujahid, khabarnya bayi terkena demam kuning dan ditahan di hospital bersama ibunya. Sabar dan semoga cepat sembuh. Jamuan roti canai dan nasi baryani amat menyelerakan ustaz pengkuliah dan hadirin.

Galas : Rahsia PAS tak menang



Fakta yang anda perlu tahu kenapa BN menang di Galas


Pengundi Melayu :

BN 49 %
PAS 51 %

Pengundi Orang Asli :-

BN 78 % PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)

Pengundi Cina :-

BN 51 % PAS 49 %

Undi Pos :-

BN 72 % PAS 28 %

Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.

Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.

Kena pukul sebab ambil berat

Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?- Mkini

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini,

Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.

ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya.

"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.

Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain.

Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng.

Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut.

PKR pernah lalui saat lebih sukar : Anwar

Anwar gesa Zaid buktikan dakwaan manipulasi dalam pemilihan PKR - MInsider

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa proses pemilihan parti - yang menggunakan kaedah langsung buat julung kali — diselubungi kecacatan dan manipulasi agar menyediakan bukti untuk mempertahankan dakwaan beliau.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, partinya sudah pun menjawab dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim semalam berhubung penjualan kertas undi pemilihan pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya percaya kepimpinan parti boleh membincangkan perkara ini lebih lanjut (dengan Zaid). Kami sudah pun membincangkan perkara ini dengan setiausaha agung dan isu yang dibawa dan yang berkaitan dengan blogger Haris Ibrahim telah dijawab dan dia tidak respons kepada jawapan kami.

“Dakwaan dia adalah dakwaan liar,” kata Anwar (gambar) di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga mengingatkan Zaid bahawa apa jua keputusan pemilihan yang kemungkinan tidak memihak, tidak harus menjejaskan komitmen seseorang pemimpin ke atas perjuangan parti.

Penasihat PKR ini juga berkata, beliau belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Zaid berhubung keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.

“Kami tidak terima apa-apa, tidak... tidak. Jika saya mungkin menawarkan nasihat saya, dari sudut pandangan saya, ini (pemilihan parti) hanya persaingan normal.

“Ia tidak harus memberi kesan ke atas komitmen terhadap perjuangan parti,” katanya lagi.

Anwar juga berkata, tidak perlu diadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid.

Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.

Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah “merajuk” kerana bukan lagi mendahului saingan.

Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.

Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.

“Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi,” kata beliau dalam nada ‘suram’.

“Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang,” kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.

“Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang,” katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Anwar mendakwa tindakan Zaid, yang juga penyelaras Pakatan Rakyat, menarik diri daripada bertanding kemungkinan disebabkan “reaksi awal” ekoran keputusan melibatkan cabang-cabang di Sabah kelmarin dan semalam.

Pemilihan peringkat Sabah itu meletakkan Azmin berada jauh di depan.

“Sudah tentu perasaan (kami) ialah kami memerlukan sumbangan dan penyertaan kesemua pemimpin termasuk Zaid.

“Tetapi pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan bahawa anda datang untuk menyokong prinsip-prinsip perjuangan (PKR).

“(Apabila) anda membawa beberapa dakwaan, saya bertanya setiausaha agung sama ada terdapat (sebarang) bukti bagi dakwaan-dakwaan ini,” kata beliau sambil menambah, jika ada dakwaan sudah tentu akan meminta jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa disiplin mengambil tindakan.

Ditanya sama ada tindakan Zaid merupakan kehilangan besar kepada parti, Anwar berkata, PKR telah melalaui situasi yang lebih sukar sebelum ini.

“Kami telah melalui keadaan lebih sukar pada masa lalu, timbalan-timbalan presiden meninggalkan parti, beberapa pemimpin utama meninggalkan Majlis Pimpinan Pusat.

“Jadi, kami juga sedar bahawa kami adalah parti pembangkang, diserbu, menghadapi serangan teruk,” kata beliau.

Ketua Pembangkang ini juga menambah, PKR sudah cukup realistik untuk menerima dan menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

“Pun begitu, rayuan kami kepada semua agar kekal bersatu dan kekal komited kepada prinsip-prinsip parti. (Jika) anda bertanding dalam mana-mana pemilihan demokratik, anda terbuka kepada (kemungkinan) menang dan juga kekalahan,” kata Anwar lagi.

Ahad, 7 November 2010

Beli yang ori bro


Kulit album MZ yang terkoyak diselotep sebab sayang dan menghargai nilainya.


Dalam album MZ ini ada mesej khas

Demi menyokong industri nasyid antarabangsa ana telah membeli CD Maher Zain original di Batu Pahat petang tadi. Album MZ thank you Allah yang mencetuskan fenomena di Malaysia ini mengandungi 14 buah lagu ketuhanan yang amat sedap didengar dan penuh mengasyikkan, tak rugi beli walaupun harganya wow RM27.90.

Memang boleh kalau nak jimat dengan muat turun lagu tetapi buat apa menipu...kata minat, nak sokong, konon nak berjuang memartabatkan nasyid tetapi bikin cetak rompak,..jangan kita berpura-pura...

Di Malaysia hak edaran albun ni oleh Inteam record, tahniah anak muda ...teruskan usaha membawa idea yang segar ke dalam nasyid tempatan dalam keadaan industri muzik tempatan mengalami kejatuhan yang teruk, seperti syarikat gergasi terkenal EMI bubar, begitu juga BMG keluar pasaran...

Banyak album penyanyi tak laku, tak berani buat album penuh, komposer terpaksa peram lagu kerana tak ada orang ambil, hanya berani terbit semula lagu hits lama yang dikitar semula. tetapi berbeza dengan album bercorak nasyid dan ketuhanan ni yang steady dan bertahan di pasaran... inilah untungya menghiburkan manusia dengan mengajak mengingati Allah SWT, dapat pahala dan keberkatan. Insyaallah.

Sabtu, 6 November 2010

Pra Konvo PASTI Kawasan Sembrong

Gambar hiasan ikhsan Pasti Pantai Barat Sabah

Taman Sri Lambak : Telah berlangsung mesyuarat persiapan majlis konvokesyen PASTI Kawasan Sembrong di markaz T6 malam tadi.

Banyak persiapan yang mesti dibereskan dan yang menimbulkan masalah ialah urusan persiapan dewan kerana pada sebelah malam sebelum majlis konvo berlangsung pada 14 Nov 2010 ada majlis perpisahan sekolah lain yang menggunakan dewan tempat berlangsungnya konvo tersebut.

Dijangka tamat paling cepat pun pukul 11.00 malam. Gusar? tak mengapa, tak manjadi pasal kepada kami untuk menagguhkan acara gilang gemilang itu dan warga PASTI yang terdiri dari Guru, AJK, JIBG dan semua para simpatis mesti buktikan bahawa kerja amal untuk kepentingan pendidikan anak-anak di PASTI yang mesti utamakan walaupun terpaksa berkorban membereskan kerja sampai dinihari...