Sabtu, 13 November 2010

Bayar duit lembu Qurban


Kluang : PAS Kawasan Sembrong insyaalah akan menyembelih 3 ekor lembu untuk Qurban tahun ini, tahun lepas 4 ekor, sasaran 5 ekor tak tercapai, walaupun tahun ini kurang seekor sebab kemelut ekonomi rumahtangga tetapi lebih itu lebih baik sekiranya kita IKHLAS.

Tak ada ertinya kalau banyak bilangan lembu qurban tapi tak ikhlas malahan menunjuk-nunjuk, riak, ujub dan takbur pula. Ada kes akibat tamak, akhirnya daging tersimpan dalam peti sejuk berbulan-bulan tak diedar kepada fakir miskin, nak edar pun dah payah sebab beku.

Walaupun sawit dan getah naik harga, tetapi ahli PAS dan masyarakat sekitar Semberong ini kebanyakan tak ada kebun sendiri. Peneroka Felda pula ramai yang terlibat dengan taman semula sawit, ramai juga yang pesara kerajaan dan pekerja industri macam berat nak keluar RM380-RM400 untuk satu bahagian Qurban.

Sembelih qurban boleh diibaratkan kita menyembelih sifat kebinatangan manusia kepada sifat insan sebagaiman yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Antara sifat kebinatangan ialah, tamak, haloba, mementingkan diri sendiri, tak peduli perasaan orang lain, berzina, sumbang mahram, maksiat, membunuh anak sendiri, dengki, rasuah (binatang ada rasuah ke)dll.

Moga dimudahkan Allah SWT segala urusan. dapat lembu yang gemuk, bersih dan sihat, tidak ganas dan tidak kurus, dapat daging yang manis dan segar, dan yang paling penting, peserta qurban berpuashati dan petugas sukarelawan ikhlas dalam melaksanakan kerja mulia ini. amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan