Rabu, 24 November 2010

Daging aqiqah kalimah Allah


Jalan Yakin Bandar T6 Kluang : Subhanallah!!!, daging aqiqah milik Sdr Kornain Othman bagi majlis aqiqah anakndanya yang bernama Abd Hakim Bin Kornain yang disembelih semasa majlis Qurban PAS Kawasan Sembrong pada Jumaat lalu tertera kalimah Allah SWT.

Menurut sdr Kornain, semasa beliau memotong kecil daging tersebut untuk dimasak dan terperasan ada macam urat yang bebentuk kalimah Allah, lalu beliau mengasingkan dan mengambil gambar. Beliau yang bertugas sebagai jurureka di kilang jubin Guocera Kluang menyatakan rasa syukur kerana mendapat cahayamata dalam masa yang sama dapat menemui tanda kebesaran Allah didepan matanya sendiri.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Al-Fadzil Ust Abdullah Bin Husin Mudir Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor yang hadir di rumah Sdr Kornain mengadakan Kuliah Aqidah bulanannnya disamping melaksanakan ibadah sunat tahnik kepada bayi tersebut.

Maha suci Allah...hadirin sebak menitiskan air mata, ramai yang bertasbih dan bertakbir menyatakan takjub atas kebesaran Allah. SWT.

tahnik

Dalam istilah orang kampung, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153).

Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Apakah ini petanda kemenagan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Dun Kahang? bersesuaian dengan nama Jalan Yakin maka kita sebagai pejuang Islam mesti yakin Allah akan menolong kita dan mengukuhkan kedudukan kita apabila kita menolong agama Allah. Takbir!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan