Isnin, 1 November 2010

Kapitalis sewa


JANGAN SEWA KEPADA PENDATANG - melayau

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, k Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengingatkan peniaga dan penjaja tempatan supaya tidak menyewakan lesen kepada warga asing.

Menurutnya, lesen yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sebenarnya adalah peluang untuk mereka mencari rezeki secara sah dan sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Dulu peniaga Melayu dikatakan selalu menjualkan lesen kepada orang Cina, sekarang tidak kira peniaga Melayu atau Cina, ada yang suka jual atau sewa lesen kepada warga asing.

"Jika berlaku lambakan peniaga warga asing ini, nanti kita akan ada juga Little Myanmar, Bangladesh dan sebagainya sebab jumlah mereka sudah terlalu ramai.

"Kita perlu hentikan segera tindakan sia-sia ini dan mereka yang dikesan melakukannya akan dibatalkan lesen yang diberikan dengan serta-merta," katanya.

TT kata

nota:
inilah yang dipanggil rentier capitalist
atau kapitalis pemungut sewa. ini adalah sebahagian
dari hukum dan ciri ciri sistem kapitalsima. tak ada
pemungut sewa ini maka kapitalisma tak boleh wujud.
pemungut sewa ini hidup diatas tenaga dan kerja orang
lain – kalau di chow kit semua warong telah diambil alih
oleh orang indon – kalau di jalan petaling telah diambil
oleh bangla dan nepal – kalau di pasar selayang telah
di ambil alih oleh orang burma.

ini hukum sistem ekonomi kapitalis. siapa jual tenaga kerja
murah maka mereka akan dilanggan. sistem kapitalis
tidak ada bangsa – tidak ada agama – tidak sifat kebangsaan –
hanya satu : untuk dapat untung maksima.

apa yang sedang berlaku ini dari pandangan mikro
dalam ekonomi sistem kapitalis

dalam pandangan makro yang lebih luas juga kerajaan
gerombolan juga mengamalkan sikap yang sama –
contohnya : tesco – carrefour, giant , mekdogal,
kentuki friek fak , avis rent a car –

yang ini bukan pendatang?
apa mereka ini semua datang dari jemapoh ?

ini juga rentier capitalist - yang memungut cukai
di sini ialah gerombolan sendiri - beberapa gedebe
gerombolan diberi saham lalu syarikat syarikat ini
buka perniagaan

persoalan yang sama timbul kenapa kerajaan sendiri
menjadi rentier kapitalis – memungut cukai – kenapa tidak
buat kan undang undang hanya warga sahaja yang boleh berjula beli
dalam negara ini - gedung gedung membeli belah ini
membunuh kedai kedai tempatan – membunuh kedai kedai kecil

kenapa yang di pasar selayang nampak?
kenapa yang di pasar chow kit nampak?
kenapa yang di jalan petaling nampak ?
yang besar tersergam macam gergasi tak nampak?
tak nampak tesco?
tak nampak carrefour?
takl nampak giant?
bangang sangat ke ? kah kah kah

nota:
cakap macam ini timbul kerana
tetiba brickfileld jadi little india ?
pasal apa jadi india pulak?
ini malaysia ?
di india tak ada pun little malaysia atau little melayu
cakap ketuanan melayu kah kah kah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan