Kalau negara kita hujan lebat atau cuaca sejuk sikit pun ramai yang tak solat terutama solat subuh...bayangkan kalau sejuk beku macam dalam gambar ni tak tahulah sanggupkah kita? Tabik kepada mereka menjaga solat walau apa jua keadaan.
Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan