Sila klik untuk besarkanSimpang Renggam : Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati. Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut. Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.
Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.
Sehingga sekarang, Madrasah ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.
Menurut kata Mudir Madrasah Al-Masriyah Al-Fadzil Ustaz Abdullah Husin pendaftaran sesi persekolahan 2011 masih dibuka kepada pelajar. Ibu bapa dan penjaga yang berminat boleh datang sendiri ke Madrasah Masriyah ini bertemu dengan guru bertugas. Asrama pelajar muslimin dan muslimat disediakan untuk semua pelajar yang mendaftar dan sesi persekolahan sesi 2011 bermula pada 3 Januari 2010 hari Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan