Kluang : Sempena pameran pertanian MAHA 2010 ada persoalan yang mesti dibangkitkan mengenai ketandusan bekalan pisang nipah dan kelapa.
Para peniaga pisang goreng mengeluh kerana susah nak dapatkan bekalan pisang ni, paniaga IKS kerepek pisang lagi pening bagaimana nak dapatkan sumber pisang. Di Johor kebanyakan pisang dijangkiti penyakit, pisang tak berapa menjadi, keropos dan rompong...tak sesuai digoreng.
Sebelum buat pameran yang bertaraf gadang pastikan nasib pekebun dan nasib mereka yang terlibat dalam industri ini terbela. ini termasuk nasib peniaga goreng pisang dan nasib pembuat kerepek.
kelapa tak ada
Kelapa juga susah dapat sekarang ni. Memang ada kelapa impot dari tanah seberang, berkapal-kapal tongkang banyaknya mendarat di Batu pahat, tetapi isinya nipis dan kurang santannya. Tak caya tanya peniaga santan kelapa kat pasar.
Tuan Guru
Janganlah hebat dari aspek penganjuran sahaja tetapi lokek memberi peruntukan dan subsidi untuk memajukan industri pertanian asas ini.
Kata Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Hadi yang melawat pameran tersebut amat tepat.
"Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.
"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media selepas melawat Maha 2010, hari ini.
Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.
"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau yang turut disertai isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan