Khamis, 7 Januari 2010

Selamat kembali ke sekolah cikgu!



Musim persekolahan telah bermula, apa khabar pengetua, GPK dan ustazah? tak lupa murid dan pelajar serta pemandu bas sekolah. Moga dimudahkan Allah SWT segala urusan kita.

potong

Ibubapa dan waris terpaksa berkorban khususnya wang ringgit bagi mendaftarkan dan membayar yuran anak sekolah. Itu tak termasuk pakaian dan kelengkapan sekolah seperti beg dan alatulis. Saya terbayang alangkah berjimatnya pelajar sekolah pondok yang tak perlu susah payah belanja besar bab pakaian... jubah, kopiah, serban, capal dan pelikat sudah memadai.

Tahun ini bajet pelajaran telah dipotong banyak oleh kerajaan BN, maka pentadbir sekolah kenalah mencari duit sendiri untuk membiayai pelbagai aktiviti sekolah. PPD, JPN dan Kementrian Pelajaran dibawah Tan Sri Muhyidin jangan marah kalau ada sekolah yang tak menjalankan aktiviti kerana tiada duit pulak.

Untuk mendidik generasi akan datang jangan lokek dato, bab lain boleh pulak belanja MEWAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan