Khamis, 8 Julai 2010

Kafur tak jadi TUTUP

Carrefour nafi tutup cawangan di M'sia, S'pura

Carrefour hari ini berkata perniagaannya dijalankan seperti biasa di semua cawangannya di Malaysia dan Singapura.

Menafikan penutupan kedai di Malaysia dan di Singapura, pasaraya hyper itu berkata empat cawangan Carrefour telah dibuka untuk perniagaan di Malaysia tahun ini dan empat lagi dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun.

Carrefour berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung laporan berita baru-baru ini bahawa ia kini dalam peringkat awal penjualan unit-unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura yang akan mengumpulkan sebanyak AS$1 bilion, serta merancang untuk menutup operasinya di negara-negara ini.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan