Ibrahim Ali: Malott 'budak jahat curi telur ayam' |
Menurut Ibrahim, Malott telah memutarbelitkan kenyataannya dengan mendakwa beliau tidak memahami bahasa Inggeris.
"Sekarang orang Amerika dan seluruh dunia sedang ketawakan dia," kata Ibrahim (atas) yang juga ahli parlimen Pasir Mas.
Mallot berkata beliau tidak menyalahkan Ibrahim yang menuduh beliau "tolol" dan "bodoh" kerana menyifatkan PERKASA sebagai kumpulan militan.
Katanya, ia berpunca apabila Ibrahim tidak boleh membezakan antara kata sifat dengan kata nama dalam bahasa Inggeris.
Mempertahankan label yang diberikannya, Mallot berkata beliau menggunakan perkataan 'militan' sebagai kata sifat - yang membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan' dan Ibrahim patut menerimanya sebagai pujian.
Jelasnya apabila 'militan' digunakan sebagai kata sifat, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.
Dalam satu kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim juga menolak campurtangannya dalam urusan NGO dan politik negara ini.
"Malaysia sudah merdeka sejak (tahun) 1957. Anak-anak Malaysia sudah tahu mengemudikan negara ini," katanya.
"Masalah di Amerika (sendiri) begitu banyak. (Sila) Komen dan selesai masalah di negara sendiri.
"Campur urusan negara orang adalah biadap dan kurang ajar, Mallot."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan