Foto Papantanda ke Raub Pahang Darul Makmur, tanpa bekalan elektrik bukan makmur tapi MUNDUR
RAUB - Seramai 115 penduduk penempatan kekal masyarakat Orang Asli di Batu Balong, di sini menyatakan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana gagal memenuhi keperluan bekalan elektrik yang amat diperlukan.
Ketua Masyarakat perkampungan Orang Asli Batu Balong, Mohd Yusof Abdullah berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengemukakan aduan berhubung perkara terbabit, tetapi sehingga kini, semuanya hampa.
Janji pilihanraya tidak ditunaikanMenurutnya, setiap kali pilihan raya umum, penempatan mereka dikunjungi pemimpin setempat, dan pelbagai janji pembangunan ditabur, tetapi apabila pilihan raya selesai, janji hanya tinggal janji.
“Sehingga kini, sudah empat penggal kami menyuarakan hasrat untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik bagi setiap rumah, tetapi tidak pernah mendapat perhatian sewajarnya.
“Ketiadaan elektrik menyebabkan kami sentiasa dalam kesusahan. Sehingga kini, kami masih lagi terpaksa mencari damar untuk dijadikan pelita bagi memudahkan urusan pada malam hari.
“Kami sudah tidak sanggup lagi berulang-alik sejauh 12 kilometer ke bandar Raub untuk membeli bekalan minyak bagi kegunaan pelita,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan