Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 30 April 2010

Amanah raya labur kat syarikat judi dan arak


ARB LABOR DALAM MAGNUM; HARUSSANI DIMINTA BERI PANDANGAN – harakahdaily

Para
mufti khasnya Mufti Perak, Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Dulu pulau tergadai, kini telaga pulak terlepas

Telaga minyak Malaysia tergadai: Kesilapan Abdullah penerusan Najib

http://cetusan-hati.blogspot.com/

Tun M
dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 - Letters of Exchange (LoE) - 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien - seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Pilihanraya Sibu memberi peluang rakyat Sarawak memberikan pandangan awal mereka tentang sebahagian kekayaan negeri mereka juga telah tergadai.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan

Ceramah Maulidurrasul PAS Kawasan Sembrong



Tarikh : 30 April 2010 Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markazs PAS Kawasan Sembrong, Jalan Semangat 13 Taman Sri Lambak (T6) Kluang
Penceramah : Ust Kamal Ashaari
Bekas Imam Masjid Negeri, Shah Alam
(Dulu meletup dengan isu mayat berubah menjadi babi)

Jom sebarkan dan ajak semua datang beramai-ramai


Agenda :
9.00 malam : Majlis dimulakan
9.30 malam : Ucapan aluan YDP PAS Kawasan Sembrong
9.45 malam : Ucapan aluan Wakil PKR
10.15 malam : Selawat dan marhaban
10.30 malam : Ceramah Ust Kamal Ashaari
11.30 malam : Penutup

Khamis, 29 April 2010

Sususlan kes remaja ditembak polis

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Pengadu menyatakan:-

Pada
26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

Derita dan tangis peneroka

Peneroka Sungai Buaya toreh getah tumbuh di paya untuk sara hidup

Oleh MAZLAN ALIMAN

Semenjak
daripada 2008 yang lalu, saya telah berulang alik di beberapa Felda di parlimen Hulu selangor ini. Saya pernah bawa TV3 ke Felda sungai buaya untuk menyaksikan sendiri nasib yang dialami oleh 393 peneroka apabila kawasan mereka kononnya nak dimajukan untuk menjadi Bandar Baru Sungai Buaya


Maka penerokanya dijanjikan untuk mendapat (pampasan) keluasan tanah 8 hektar yang dijual dengan harga lebih kurang 1.2 juta. Seluruh Malaysia tahu, apa yang telah dirasai, derita, tangisan, air mata penduduk-penduduk di Felda Sungai Buaya.

Sampai hari ini, mereka yang bertanggungjawab menipu dan menindas peneroka Felda Sungai Buaya masih belum membayar pampasan kepada penduduk sungai buaya, bakinya masih ada lagi 853,000 ringgit setiap seorang. Daripada RM1.2 juta dan mereka telah menanti lebih kurang 15 tahun lamanya.

Felda sungai buaya dibuka pada tahun 60-an. Sekarang ini, yang masih hidup hanya sekitar lebih kurang 45 orang sahaja. Yang lain-lain telah meninggal dunia.

Saya masih ingat dalam satu majlis dialog di Sungai Buaya apabila seorang makcik tua berumur hampir 80 tahun dalam keadaan berjalan menggigil memegang tangan saya, dia kata, “anak, makcik ingat kerajaan ni betul. Nak ambil tanah, nak majukan felda di tempat ini. Penerokanya dijanjikan nak jadi jutawan, tetapi umur makcik dah hampir 80 tahun,” dia kata.

“sama ada makcik boleh hidup lagi atau tidak untuk menerima baki pampasan 850,000 lagi yang dijanjikan.” Makcik ni bagitahu saya dan saya jadi sebak apabila dia memaklumkan kepada saya pendapatan tak ada.

Saya tanya makcik ni, bagaimana makcik nak menyara hidup? Dia mengatakan apabila pokok getah dia tak ada, tanah dia diambil oleh kerajaan, maka dia kata, anak pokok getah hidup di dalam paya. Anak pokok itu hidup dan makcik menoreh di atas anak pokok tersebut 8 tahun kemudian.

Maknanya, pokok getah yang hidup tu, atas paya tu la yang ditoreh dan saya tanya berapa dapat? Sebulan dia kata paling banyak pun RM100. 100 ringgit nak bayar bil eletrik, bil air, telefon dan sebagainya. Dan kalau ada masa pergilah ke Felda Sungai Buaya, boleh tengok sendiri peninggalan-peninggalan kerajaan BN, rumah-rumah yang daif, apabila berlakunya penipuan kepada peneroka yang dijanjikan untuk menjadi jutawan segera.

Dan nasib peneroka Felda Sungai Buaya hampir sama dengan Felda Cahaya Baru di Johor yang berlaku di zaman (Tan Sri) Muhyiddin Yassin sebagai menteri besar Johor. Kalau (peneroka) di Sungai Buaya dijanjikan RM1.2 juta, (peneroka)di Felda Cahaya Baru dijanjikan RM1.3 juta.

Saya hairan, bagaimana Muhyiddin Yassin datang ke Sungai Buaya menjanjikan, dia umum dalam ucapannya dia kata, kerajaan pusat akan menangani isu Felda Sungai Buaya. Muhyiddin tak perlu berlagak untuk menjadi ‘Santa Claus’ tak perlu berlagak nak menjanjikan yang indah-indah kepada penduduk Sungai Buaya, sedangkan dia sendiri terlibat apa yang telah berlaku kepada peneroka Felda Cahaya baru ketika dia menjadi menteri besar Johor
Kalau peneroka (Felda) Sungai Buaya 15 tahun (dizalimi), peneroka di Felda Cahaya Baru, tuan-tuan, zaman dia jadi MB, hampir 17 tahun, daripada 1.3 juta, penerokanya hanya baru dapat RM120,000 sahaja. Dan nasibnya sama, sama merempat peneroka Felda Cahaya Baru dengan peneroka di Felda Sungai Buaya.

Rabu, 28 April 2010

Dewan Makan Al-Masriyah kena tutup

Simpang Rengggam : 27 April 2010, Kantin madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam telah diarahkan tutup oleh pejabat kesihatan atas alasan ada seorang pelajar yang dimasukkan wad hospital.

Menurut mudirnya, Ustaz Abdullah Husin, tidak pernah dalam sejarah setakat ini ada kes membabitkan keracunan makanan di madrasah ini, setakat demam dan pening tu biasalah. Tegasnya, pelajar itu pun sekarang sihat walafiat.

Akibat dari tindakan pihak berkuasa maka kantin merangkap dewan makan itu terpaksa dirobohkan dan proses penyediaan makan pelajar dipindahkan ke rumah mudir bersebelahan dengan rumah Ustaz Ahmad Selamat Jono yang mengambil kontrak memasak bersama isteri beliau.

Ana sempat ziarah ke Masriyah dan melihat sendiri sesi sarapan pagi, turut serta mahasiswa yang ada program tamrin di madrasah ini. Keadaannya sungguh menghibakan, makan tanpa bangunan kantin dan sekelilingnya terdapat longgokan bahan binaan untuk kerja-kerja memperbaiki kantin.

mohon dana

Kantin yang lama telah dirobohkan dan digantikan dengan yang baru, ianya pasti memerlukan dana yang banyak, rayuan kepada semua dermawan dan yang simpati, agar dapat menghulurkan bantuan segera seikhlasnya kepada Mudir Madrasah Al Masriyah.

Telah dikhabarkan kepada ana, Maahad Tahfidz Dato Mahfodz di Kundang Ulu, Muar pun dikenakan tindakan yang sama, apakah ini kebetulan atau disengajakan? nak banding kantin Al-Masriyah yang uzur dengan kantin Madrasah Dato Mahfodz punya, tentu jauh bezanya kerana bagunan kantinnya sempurna dan bersih. Kesnya juga sama, seorang pelajar masuk hospital...akhirnya arahan tutup kantin? Misteri? lepas ni madrasah dan SAR mana pula jadi sasaran? - Hamdan

Beli undi : Zaid tak puas hati

Zaid akan fail petisyen pilihan raya

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Selasa, 27 April 2010

Ziarah keluarga yang sakit anak beranak di Ladang Sindora

Kluang : Pada 26 April 2010 satu rombongan Lujnah kebajikan PAS Kawasan Sembrong telah menziarahi keluarga Abang Hamid yang didapati mengalami masalah kesihatan yang kronik.

Isteri beliau mengalami ketumbuhan di bahagian kepala semacam tumor yang mengakibatkan terjejas pergerakannya akibat gangguan saraf, anak sulung keluarga ini juga telah meninggal dunia akibat penyakit yang sama dialami oleh ibunya.

Anak bungsu beliau pula mengidap penyakit jantung berlubang yang serius dan tidak boleh bergerak aktif sebagaimana remaja lain. Sungguh menyayat hati tapi kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga banyak bersabar atas segala ujian yang menimpa abang Hamid.

Kami membawa sedikit barang keperluan dapur dan wang tunai sumbangan ahli untuk diserahkan kepada tuan rumah. Kami bersedia untuk menyumbang khidmat urusan memohon tambahan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal dan Tabung Harakah. Sekadar itulah usaha yang kami mampu, al-maklum kami bukan kerajaan yang memerintah tetapi jika diberi peluang menang pada PRU 13 akan datang, golongan marhaen inilah, nombor wahid yang kami akan bela. PAS kearah negara berkebajikan. Insayaalah.

Undi melayu felda merosot 5% tapi undi melayu luar felda swing 12%



Undi FELDA Tidak Banyak Membantu UMNO di Hulu Selangor

Antara
respon awal yang saya dapat terhadap kekalahan PR di Hulu Selangor adalah turunnya undi PKR di kawasan Felda dengan drastik.

Namun, selepas menilai beberapa UPU yang 95% Melayu di kawasan Felda, saya mendapati teori ini tidak betul sama sekali.

Carta di atas menunjukkan bahawa undi PKR/PR hanya jatuh 5% berbanding 2008.(Dari 40.56% pada 2008 ke 35.67% di 2010) Dengan kata lain segala usaha PAS dan PR di Kawasan Felda telah membuahkan hasil dan berjaya melemahkan pengaruh BN dan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Dengan kata lain, sekiranya Zaid Ibrahim dilantik penyelia Parlimen Hulu Selangor dan berjaya menyelesaikan permasaalahan pemilikan tanah di sana, maka saya yakin, bilangan undi PKR di kawasan FElda ini akan meningkat kepada 45-50% dalam Pilihanraya umum kelak.

Masa 2-3 minggu kempen adalah terlampau singkat untuk Melayu2 Felda mengubah pemikiran dan pendirian mereka. Setelah berpuluh-puluh tahun diasak dan diracun dengan propaganda UMNO, mereka memerlukan beberapa tahun untuk mengubah pendirian mereka.

Tahniah kepada Mazlan Aliman

Syabas kepada jentera PAS, Mazlan Aliman and the gang, MB Selangor serta semua jentera yang bertumpu di kawasan Felda. Kamu berjaya mengurangkan pengaruh UMNO dengan begitu baik.

Malahan, majoriti keseluruhan Barisan Nasional dalam DUN Hulu Bernam hanya naik 400 undi (dari 2008:1408 kepada 2010:1807).

UNDI MELAYU BANYAK LARI DI DUN BATANG KALI DAN KUALA KUBU BAHARU

UPU2 yang saya analisa di bawah adalah UPU yang mempunyai 95% Melayu atau lebih.

Jelasnya, orang Melayu di luar DUN Hulu Bernam yang banyak lari ke BN semula. Dari perkiraan saya, sekitar 12% swing orang Melayu telah lari semula ke Barisan Nasional kali ini.- TB

Budak ditembak Polis

Kes tembak pelajar 15 tahun,

Hamba Allah

Peristiwa
polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan negara di bawah Musa Hasan.

Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan sebagai ketua Polis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

Kes terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur.

Tiada bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

Atas apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu dilakukan?

Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan bersenjata parang panjang?

Lebih menimbulkan persoalan ialah dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur. Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga suatu tindakan diluar peraturan.

Kita amat berharap agar siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan tersebut, kesannya amat besar.

Hilang kepercayaan kepada pihak polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Yahudi laknat intai Malaysia lama dah...

APCO hantar perisik sejak 2002?

Subky Latif

BIASANYA
Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.

Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.

Mengapa?

Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.

Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.

Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan R E F O R M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.

Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.

Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.

Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun 2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.

Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.

Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen stengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.

Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika. APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.

Isu APCO hanya terbongkar tiga minggu lalu. Ia tambahan kepada agen Yahudi Asiasoft di hujung pentadbiran Dr. Mahathir dan sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi. Sedang Najib menyambung angkara peninggalan era Dr. Mahathir dulu.

Negara-negara di dunia tidak perlu berbelanja besar dan tidak memerlukan juru runding asing untuk mendekati Amerika. Amerika sendiri akan datang mencari semua negara dan kerajaan di dunia bagi menawarkan pengaruhnya.

Yang tidak berbaik dengan Amerika Cuba, Libya, Korea Utara, Venezula, Iraq di bawah Saddam dulu, Iran dan lain-lain bukanlah kerana Amerika tidak cuba mendapatkan hubungan baik dengannya tetapi negara-negara itu tidak suka kepada dasar kolonialisma Amerika.

Macam-macam pentadbiran Truman, pentadbiran Eisenhower dan Kennedy buat untuk memenangi hati Sukarno tetapi Sukarno tidak mahu menjadi pak turut kepada Amerika. Sukarno tidak mengupah sesiapa untuk mendekati Amerika tetapi Amerika pula yang menggunakan siapa saja untuk memikat Sukarno.

Sukarno sekadar berbaik dengan Soviet Union dan rajin ke Beijing menemui Mao Zedung, maka Amerika datang menawarkan bermacam-macam supaya Sukarno lebih rapat dengannya.

Tidaklah sukar Dr. Mahathir dn Najib untuk bertemu Presiden Amerika. Mahathir sukar berjumpa Bush. Bukankah Mahathir pernah menempelak Yahudi. Tiba-tiba Bush yang sukar ditemuinya dulu datang bercakap dengan Dr. Mahathir dalam sidang ketua-ketua kerajaan di Bangkok.

Tidak perlu Najib bayar 77 juta kepada APCO untuk jumpa Presiden Barrak Obama. Berbaik dengan Sudan, Hamas dan Iran, maka Obama pun berusaha mendekati Najib.

Bukan kerana lobi APCO Najib dijemput oleh Obama ke Washington. Presiden Arroya Macapagal tidak menggunakan APCO dan tidak berbelanja besar dijemput juga ke Washington oleh Obama. Amerika mahu supaya jangan berbaik dengan Iran dan Hamas. Najib dijemput ke Washington dalam sidang puncak mengenai neuklear ialah supaya Najib setuju mengepong Iran yang hendak dikenakan tindakan oleh Amerika.

Kita rasa Mahathir pintar dan Najib juga pintar. Mahathir kecam Yahudi di PBB dan Mahathir anjurkan tribunal Kuala Lumpur untuk menghukum kekejaman Israil di Palestin. Tetapi ternyata Yahudi lebih pintar. Ditawarkan khidmat rundingan Asiasof dan APCO kononnya membantu Malaysia supaya disukai Amerika.

Dia bukan sekadar dapat masuk ke tengah pentadbiran dan kuasa di Kuala Lumpur dan ia dibayar pula 77 juta pada hal yang memerlukan sokongan dunia supaya mengikut saja kemahuannya ialah Amerika sendiri. Tentunya APCO dapat habuan juga dari Amerika.

Tugas APCO sekarang bukan lagi melobi Amerika supaya menerima Malaysia dan Najib, kerana lobi untuk itu tidak diperlukan, tetapi ialah menasihatkan Najib bagaimana menghalang Anwar dan Pakatan Rakyat dari menumbangkan Najib. Sebahagian kecil dari 77 juta itu boleh digunakan bagi membeli penyokong Anwar.

Itulah sebabnya Mahathir dan UMNO diam tentang kehadiran APCO zionis itu.

Isnin, 26 April 2010

40 juta tak berbaloi

Tak padan, BN belanja puluhan juta untuk 1700 undi

Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Seperti
telah diduga, BN menang di Parlimen Hulu Selangor. Maka hebohlah seantero alam kemenangan bergaya BN dalam pertarungan senget sebelah ini. Di jaja habis kononnya keyakinan rakyat pada kepemimpinan DS Najib kembali bertaut.

Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas. Dan kini PR bergelut untuk mencuri beberapa ribu undi dari pengundi BN untuk memenangkan Zaid.

Melihat kepada jentera kempen dan cara bagaimana PR bekerja sememangnya amat mengkagumkan. PKR dan PAS dengan jentera yang dikerahkan hampir 70% keseluruhan sudah pasti tidak mampu untuk capai setiap individu pengundi. Bayangkan Parlimen Hulu selangor yang sebesar negeri Melaka ini. Seramai 60,000 pengundi yang duduk di seluruh pelusuk kawasan, ramai petugas yang tidak terkejar untuk pergi rumah ke rumah. Dari Hulu Yam Bharu hingga ke Felda Sungai Tengi yang jaraknya lebih kurang 120 kilometer, itulah besarnya Parlimen Hulu Selangor. Mungkin SPR terlepas pandang untuk memecahkan Parlimen Hulu Selangor mengikut Gerrymandering (persempadanan semula).

Petugas PR berbelanja dengan duit sendiri. Poster, duit minyak, makan minum, penginapan, bahan risalah kempen, program dan lain-lain lagi semuanya adalah peruntukan parti ataupun individu. Hanya kos cetakan agensi parti seperti Harakah, Siasah dan Suara Keadilan taja sepenuhnya.

Saya mendapat maklumat bahawa bahan cetakan seperti poster dan bendera di sabotaj oleh ahli-ahli PKR yang keluar parti. Lebih kurang 3 kontena bahan kempen itu dicuri dan disembunyikan. Bayangkan dengan ujian dan cabaran seperti ini, bagaimana PR boleh bekerja dengan baik.

Pengundi pula, bagi golongan muda di kawasan bandar dan pesisirnya sambutannya sangat baik. Program-program kempen sepanjang tempoh kempen di kawasan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Yang menjadi masalah adalah pengundi di Felda-felda dan pedalaman kampung. Rata-ratanya apabila bertemu mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi air percuma! Sedangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma. Inilah yang dikatakan, "Lembu punya susu, sapi dapat nama". BN menumpang tuah kebaikan kerajaan PR dengan mengelabui mata pengundi.

Dengan peruntukan kepada Kementerian-kementerian melalui program 'segeranya' di Hulu Selangor, sumbangan basikal, hamper, baja, alat permainan, duit sumbangan, turap jalan, tidak termasuk janji-janji manis dan lain-lain lagi, bagaimana boleh kempen PRK berjalan dengan baik. BN juga seperti biasa mengerahkan hampir semua jentera kerajaan seperti polis, RELA, pegawai-pegawai kerajaan hanya untuk berkempen bagi pihak mereka.

SPR pula bersikap 'pekak badak' dan berlagak seolah pengadil yang baik. Tidak terlintas oleh SPR dan SPRM bahawa program-program 'segera' hampir semua Kementerian di Hulu Selangor adalah rasuah politik yang jijik dan kotor!! Ini belum lagi aksi kempen melalui media perdana seperti televisyen dan akhbar milik negara, semuanya dimanipulasi semaksima mungkin seolah-olah mereka sahaja yang bertanding. Dan dalam hal ini, SPR dan SPRM menjadi 'buta dan tuli' daripada mendengar keluhan dan suara rakyat. Tidak menjadi kesalahan kepada SPRM kalau BN berbelanja berjuta-juta ringgit, lebih dari kemampuan sebuah parti asalkan kesalahan itu dilakukan oleh BN.

Dengan peruntukan BN sedemikian banyak, maka tidak wajar mereka hanya memenangi dengan 1700 undi. Sepatutnya mereka boleh menang dengan 6000 undi majoriti. Syabas dan tahniah sebenarnya adalah untuk jentera petugas Pakatan Rakyat, yang mampu bertahan dan sabar dengan serangan bertali arus dari pelbagai sudut dan mendapatkan undi majoriti 1700. Syabas juga kepada pengundi yang melihat kebenaran dengan memilih PR. Takziah kepada pengundi Islam di Hulu Selangor, yang telah memilih seorang bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Selepas ini ajaklah Kamal itu sebagai Imam solat berjemaah, Imam solat jenazah di masjid ataupun membaca tahlil arwah dikampung-kampung.

Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Apa nak jadi dengan melayu di Hulu Selangor

Calon MIC menang disebabkan oleh undi melayu? berdasarkan keputusan PRK Hulu Selangor bahawa kaum india telah kembali balik menyokong MIC sebagaimana PRU 2004. Logik sebab calon dari kalangan kaum mereka dan menganut agama Hindu.

Lain pula kaum cina, walaupuun Tun Mahathir datang kempen supaya orang cina sokong kepada BN, terbukti orang Tionghua ini tetap bersama Pakatan. Tahniah jentera DAP kerana berjaya mengekalkan sokongan padu ini dan terbukti MCA dengan presiden barunya gagal.

Melayu yang terus menyokong calon india berbanding calon Islam merangkap melayu yang layak dan berpendidikan tinggi dengan pengalaman jadi menteri dalam kerajaan dan firma guaman yang tersohor ditolak pula oleh pengundi melayu...pelik bin ajaib.

Kenapa melayu suka sangat dengan wakil rakyat India dan Hindu ni... apakah sebab peneroka dapat RM1000 tunai dari PM Najib terus tukar pendirian, atau apakah disebabkan oleh 13 000 pengundi yang ditukarkan tempat mengundi atau 200 pemilih yang terus tak dapat mengundi kerana ditukar ke perlimen sebelah?

PM Najib pun dah habiskan RM 40 juta untuk PRK Hulu Selangor ni, masjid dan surau tempat petugas Pakatan khususnya petugas PAS yang bermusafir pun dah tak boleh guna sebab Kusrin Munawi pengarah Jais melarang masjid digunakan kononnya atas arahan as Sultan Selangor. Tak habis-habis Umno seret Sultan dan raja untuk mengikut kehendak mereka. Barang siapa yang guna masjid, FRU dah menunggu depan pagar...

Bas membawa pengundi hantu sekarang bukan pakai bas sekolah tapi bas ekspress, penumpang diturunkan kemudian naik teksi pagi-pagi ke tempat mengundi...sebab itu banyak teksi 1Malaysia parkir di pekan KKB.

Bab dalaman pula apakah jentera Pakatan tak lancar, kesan dari YB PKR lompat parti atau kerja sambil lewa, tak turun bertugas bersama-sama malah seronok duduk saja di rumah, langsung tak ada rasa bersalah, biar nak kalah ke, nak menang ke terserah? kurang meminta pertolongan dengan Allah SWT, asyik-asyik orang PAS sahaja yang buat solat hajat dan tahajjud, wirid dan zikir serta selawat macam malas nak di ucapkan oleh petugas kita malah banyak yang terpengaruh dengan provok pemuda umno mengutuk dan mengejek tapi tak buat kerja merayu pengundi? dan banyak perkara perlu dimuhasabah.

Sedih dan sayu, ana meninggalkan KKB dengan gundah dan kalau beginilah orang melayu di Hulu Selangor, negeri di bawah Pakatan, lebih kurang sama sajalah di Sembrong, tempat tinggal ana di negeri Johor Darul Umno di mana pecahan kaumnya pun lebih kurang sama dengan MIC menang bertanding diperingkat Dun pada PRU 2008 yang majoritinya adalah pengundi melayu.

Di parlimen walaupun Umno boleh berbangga kerana kerusi BN bertambah tetapi hakikatnya ialah kerusi MIC yang menokok, kerusi Melayu/Islam berkurang...sedarkah saudaraku? - Hamdan

PM Najib belanja RM 40 Juta untuk menang Hulu Selangor

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya. - Malaysiakini

Kemenangan BN kerana beli undi

Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S'gor

Jimadie Shah Othman

Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.

Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Sebelum itu, lebih 1,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

beli undi

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."

Tahniah atas usaha keras DAP

Hulu Selangor: BN Menang Tetapi Hilang Sokongan Pengundi Cina

HULU SELANGOR,
26 April (Bernama) -- Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.- Bernama

Sabtu, 24 April 2010

Tanda UmnoBN tumbang berdasarkan sejarah

Tidak mustahil Umno boleh ditumbangkan

Tun Telanai

Semenjak
zaman berzaman, setiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah swt.manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan yang memegang tampuk kekuasaan dan terlalu angkuh dan sombong dengan kekuasaan yang dimilikinya, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah swt yang menciptanya.

Nabi Ibrahim as terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa as terpaksa berdepan dengan Firaun yang kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia.

Dan Nabi Muhammad saw terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya. Dan kita di Malaysia, terpaksa berdepan dengan para IBLIS dalam UMNO yang seiras curak pemerintahannya mempunyai cirri-ciri pemerintahan Namrud, Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.

Demikianlah sunnahtullah yang berlaku. Sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para iblis-syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.

Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para iblis-syaitan yang menjadi penguasa itu, namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka [dengan izin Allah], sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira banyaknya. [Catatan: Istilah iblis-syaitan ini sangat popular digunakan oleh bekas PM terhadap bekas PM yang sering menganggu pentadbirannya sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan melalui satu konspirasi politik yang jahat].

Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran telah berjaya tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran–Shah Reza Phalavi. Manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran d mana masih segar diingatan kita bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan tersebut.

Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut.

Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya. Kematiannya menerima kehinaan daripada Allah swt dan sampai sekarang keturunannya merempat di Negara asing.

Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 di mana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta.

Walaupun Tragedi Black September 1978 itu telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran pada 1979 dahulu.

Itu kisah rakyat Iran kira-kira 30 tahun lebih lalu. Dan jiran yang berhampiran dengan kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun. Suharto memerintah Indonesia dari tahun 1966 hingga 1998, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi mengekalkan kekuasaannya.

Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada Suharto. Beribu-ribu rakyat Indonesia yang terkorban menentang regim beliau yang memegang tampok kekuasaan. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan [disokong oleh pasukan tentera dan polis serta institusi-institusi Negara] demi memastikan kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.

Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1998. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar semangat rakyat.

Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti di mana inilah titik tolak yang telah memaksa si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun. Akhirnya Allah swt menurunkan bala yang setimpal dengan dosanya terhadap rakyat Indonesia yang tidak berdosa yang berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran serta untuk mencari kehidupan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Indonesia. Beliau diserang angin ahmar menyebabkan beliau lumpuh tidak sedarkan diri dan hanya dibantu dengan bantuan pernafasan untuk terus hidup sehinggalah beliau menghempuskan nafas terakhirnya pada 27 Januari 2008 lalu.

Saya percaya regim UMNO tidaklah terlalu kebal untuk ditumbangkan. UMNO dapat ditumbangkan apabila rakyat majoritinya sedar akan sandiwara UMNO selama ini dan rakyat sanggup pula bertindak sepertimana yang telah dilakukan oleh rakyat Iran dan rakyat Indonesia. Untuk kegoyahan kekuasaan UMNO dalam Negara ini seperti mana Shah Iran dan Suharto, rakyat Malaysia seluruhnya perlu bangkit bersama menentang regim UMNO yang zalim dan telah lari dari perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat, tetapi sebaliknya mereka berjuang mencari kekuasaan, kedudukan dan kekayaan-kemewahan diri sendiri.

Bagi mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajahan British dan penjajahan UMNO terhadap rakyat amat jauh bezanya. Penjajahan British walaupun kejam dan zalim terhadap rakyat yang menentangnya [yang tidak pro kepada amalan dan budaya Inggeris], namun British memberi sedikit ruang kepada rakyat untuk berkarya dan berdemontrasi menentang penjajahannya.

Kita dapat saksikan seluruh orang Melayu bangkit menentang British menuntut dimansohkan gagasan ‘Malayan Union’ yang menarik kuasa eksekutif Raja-raja Melayu. Orang Melayu dari berbagai fahaman bersatu menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan melalui penulisan dan demontrasi. Setelah sekelian banyak ulama dan tokoh-tokoh [wira] Melayu dikorbankan, akhirnya British terpaksa menyerah kalah tidak tahan dengan kebangkitan orang Melayu bertali arus bergerak dari seluruh pelusuk Negara yang digerakkan oleh tokoh-tokoh yang cintakan agama dan bangsa. Akhirnya, Inggeris menyerah kalah dan memberi kemerdekaan percuma kepada UMNO [pihak lain yang berkorban jiwa raga, tetapi UMNO menerimanya dalam tinta emas].

Berbeza dengan regim UMNO yang berkuasa sekarang. UMNO menutup semua ruang dan saluran untuk menyuarakan pandangan kedua. UMNO mengubal berbagai undang-undang dan menggunakan institusi-institusi kerajaan tertentu bagi menyekat amalan demokrasi, memberhentikan dan mengekang gerakan parti pembangkang untuk menyuarakan pandangan agar rakyat faham dan bijak dalam membuat pemilihan kepimpinan Negara yang akan menentukan arah tuju Negara masa depan.

Kerajaan [UMNO/BN] dan pembangkang [Pakatan Rakyat] mempunyai cita-cita yang sama dan mempunyai matlamat yang sama untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, tetapi masing-masing mengambil pendekatan berbeza.. UMNO memonopoli seluruh jentera Negara dan rangkaian media massa serta mengawal semua maklumat melalui tindakan menghalang dan menyekat [melalui undang-undang] dan menyaring maklumat yang hendak sampaikan kepada rakyat. Rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja, iaitu UMNO [kerajaan] menyebabkan rakyat menjadi bodoh. Dengan kebodohan tersebut, mereka tersalah memilih pemimpin. Mereka memilih pemimpin yang korup yang menjadikan negera ini berada di ambang kemusnahan.

UMNO mengawal media sepertimana Adoft Hitler mengawal media di zaman Nazi berkuasa di German dulu. Hitler melantik Paul Joseph Geobbels sebagai menteri propaganda. Disamping itu, Hitler juga mengubal berbagai undang-undang dan peraturan untuk menyekat perkembangan media massa bebas yang boleh memberi ancaman terhadap parti dan kedudukannya. Geobbles sebagai menteri propaganda mengubal satu undang-undang yang mensyaratkan semua yang hendak diterbitkan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan wajib diluluskan oleh kerajaan Nazi di bawah Kementerian Propaganda.

Di Malaysia, kita juga mempunyai berbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal kebebasan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, OSA, Akta Hasutan 1948 dan kini kebebasan menulis dalam internet pun mula disekat. Tujuan undang-undang ini digubal bagi membolehkan UMNO menguasai dan monopoli keseluruhan media massa di Malaysia. Monopoli ini memudahkan UMNO untuk memutarbelitkan fakta untuk mencipta pembohongan, fitnah dan sebagainya. UMNO percaya pembohongan yang diulang-ulang akan berupaya mempengaruhi fikiran rakyat dan akan dapat membentuk kepercayaan rakyat terhadap sandiwara yang dimainkannya kerana rakyat dibuta dan ditulikan.

Bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat melalui pengorbanan rakyat itu sendiri. Kesabaran rakyat ada hadnya. Selagi rakyat boleh bersabar melihat tindak-tanduk UMNO yang rakus untuk mengekalkan kuasa [halal-haram tidak dihiraukan, tunjuk kekuatan dan samseng serta mempergunakan institusi-institusi kerajaan untuk menang], selagi rakyat masih boleh terima UMNO mengamalkan melempar batu sembunyi tangan, rakyat masih boleh terima sindrom penafian hanya menyalah orang lain dan merompak harta rakyat sewenang-wenangnya, UMNO akan selamat.

Tetapi sekiranya rakyat hilang sabar, buruk padahnya untuk UMNO. UMNO dinasihatkan supaya berpada-padalah jangan terlalu melampau dalam tindakan. Arus air yang kuat yang turun dari bukit akan memecahkan segala benteng-benteng yang dibina, tidak boleh disekat dan ditahan lagi. Diakui memang liat untuk menjatuhkan UMNO kerana UMNO menerima sokongan dari segenap penjuru alam, tetapi jangan lupa kuasa Allah swt. UMNO merancang, tetapi perancangan Allah swt lebih hebat daripada UMNO.

Lihatlah apa yang UMNO telah lakukan terhadap kita selama ini. Pancutan air kimia, gas pemedih mata, disepak, diterajang dan disumbat ke dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi dan protes terhadap UMNO [baca:kerajaan]. Kita diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi dan yang berjuang menegakkan keadilan, kebenaran, kebajikan rakyat dan untuj mereformasikan system pentadbiran Negara yang lebih jujur tanpa koruption.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan regim UMNO dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya ? Maaf, saya sama sekali tidak mahu meremehkan perjuangan kita sedang saya sendiri adalah sebahagian dari anda semua. Tetapi mahu mengajak supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar.

Semangat jihad yang ditunjukkan oleh Tok Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharalela, Mat Salleh dan ramai lagi termasuk para alim ulama di tanah air ini yang mati ditangan British perlu dihidupkan kembali. Meniupkan semangat perjuangan di kalangan anak-anak muda menentang UMNO melalui wadah yang sah dari segi undang-undang adalah perlu dimulakan dari sekarang. Hari kita menanam, 10 atau 20 tahun lagi kita akan dapat menuaikannya.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Nak jadi pelancung politik di Hulu Selangor?


Hulu Selangor – Apa Yang Perlu Anda Tahu.

By Kujie

Hulu
Selangor – apa yang boleh dikaitkan dengan daerah yang dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” ini ? Salah satunya kerana daerah ini adalah penghubung bagi dua destinasi pelancongan terkenal – Bukit Fraser dan Genting Highlands melalui Jalan Kuala Kubu Baru-Bukit Fraser dan Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

taman orkid Hulu Selangor Apa Yang Perlu Anda Tahu.Gambar kenangan dari menara peninjau Taman Orkid Antarabangsa Serendah

Hulu Selangor pernah popular di tahun 2007 dengan Anugerah Penyapu apabila Menteri Besar Selangor ketika itu , Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana kedua-dua PBT tersebut gagal mencatatkan prestasi yang memuaskan.

Sekali lagi Hulu Selangor menjadi tumpuan negara kerana akan diadakan Pilihanraya Kecil (PRK Hulu Selangor ) pada 25hb April 2010 di kawasan Parlimen P94 kerana Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia akibat barah otak pada 25/3/2010 .

Hulu Selangor adalah daerah terbesar daripada sembilan daerah di Selangor dengan keluasan 174,047 hektar atau seluas saiz negeri Melaka. Hulu Selangor mungkin merupakan tempat kelahiran kereta yang anda gunakan sekarang ( Kancil, Kelisa, Rusa, Myvi, Viva, Alza atau pun Kembara ) iaitu dari kilang Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) di Sungai Choh.

Atau Nissan Latio dan Grand Livina anda datangnya dari Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) Serendah

Macam mana nak datang ke Hulu Selangor?

Kalau dari selatan ikut Lebuh raya PLUS anda keluar melalui susur keluar di Rawang atau Bukit Beruntung atau Bukit Tagar atau Lembah Beringin . Saya cadangkan keluar melalui Bukit Beruntung.

Kalau dari utara melalui lebuh raya PLUS , keluar di Tanjung Malim.

Kalau dari Kuala Lumpur ada 2 pilihan – melalui Selayang – Rawang – Serendah atau melalui Jalan Sungai Tua, Batu Caves – Hulu Yam Bharu.

Dari pantai timur melalui Lebuhraya Karak – Jalan Genting Highlands ( Gohtong Jaya )- Batang Kali atau kalau dari Raub. Kuala Lipis melalui Jalan Bukit Fraser-Kuala Kubu Bharu .

Jalan lama tu, saya pernah lalu sekali dari Raub ke Tanjung Malim . Sampai di satu tempat dalam hutan belantara tengah malam tu ( sekitar 12 tenghamalam ) , ternampak kelibat orang berjalan - 2 orang dewasa. Saya diam tak bertanya pun dengan suami. Bila dah sampai kawasan Kuala Kubu Bharu baru tanya dia.

” Abang tak nampak pun…” hah! Siapa ye ?

Kalau dah panas dengan isu politik, anda boleh melapangkan diri dengan memandu ke Bukit Fraser atau berendam di Air Terjun Serendah , Air Terjun Sg. Sendat, Ulu Yam dan kembali meregangkan urat dengan mandi di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali atau Kolam Air Panas Kerling.

Lagi satu – save nombor penting ini dalah handphone :

Polis Daerah Hulu Selangor ( KKB) – 03 60641222/1221
Hospital Daerah Hulu Selangor (KKB ) – 03 60641333

Khamis, 22 April 2010

PM Najib kena pau

EKONOMI MALAYSIA TERKANGKANG

Untuk
negara-negara di Dunia Ketiga seperti Malaysia : ekonomi terbuka ini samalah seperti ekonomi terkangkang. Ekonomi terkangkang samalah seperti pelacur yang membukakan peha kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar dan melanggan.

Saya bersimpati kepada pentabiran hari ini kerana terpaksa mengangkang untuk memanggil pelabur luar datang menjilat madu ekonomi negara kita. Sebenarnya ekonomi terbuka atau ekonomi terkangkang ini adalah satu fenomena yang baru. Ekonomi terkangkang ini di paksakan bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Ada urutan sejarah sebelum dilahirkan ekonomi terkangkang ini. Mari kita kembali ke era sesudah tamatnya Perang Dingin. Ketika itu Amerika Syarikat telah mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi kepala taiko mengawal semua ekonomi kapitalis dalam dunia ini. USSR atau Soviet Union telah mengundur. Di era Perang Dingin wujud Dua Negara Super - USSR/USA - kini tinggal hanya satu. Amerika Syarikat - menjadi kuasa mutlak dunia - naik angin dan besar kepala kerana dilihat tidak ada kuasa yang akan dapat melawan/menentang mereka.

Kuasa imperial Amerika ini yang dibantu dengan bala tentera dan dolar telah mengarahkan Bank Dunia, World Trade Organisation, APEC, NAFTA, IMF, PBB untuk memaksa negara-negara di Dunia Ketiga membuka ekonomi mereka. Dasar ini bermula di zaman pentabiran Ronald Reagan di Rumah Puteh dan Magaret Thatcher di No 10 Downing Street.

Dolar – duit Amerika – telah dipaksakan untuk digunakan dalam hal jual beli minyak. Dolar kertas hijau yang tidak memiliki apa-apa nilai ini kerana tidak ada sandaran emas wajib dimiliki oleh setiap negara kapitalis jika ingin membeli atau menjual minyak. Ini sebenarnya satu rompakan di siang hari. Dengan sokongan kekuatan bala tentera, tidak ada satu kuasa yang berani melawan atau menentang rompakan Amerika ini kecuali 3 buah negara : Cuba, Iran dan Venuezula.

Dibelakang pentas politik - pentabiran Amerika Syarikat memaksa kerajaan-kerajaan di Dunia Ketiga untuk membuka pasaran kepada syarikat multinasional. Sekatan demi sekatan dihapuskan. Tarif dan cukai yang menjadi pendapatan negara dipaksa untuk dilupuskan. Semua ini, konon, untuk mengembang dan meluas perdagangan. Setiap negara Dunia Ketiga digalakkan untuk membuka ekonomi mereka seluas mungkin kepada pelaboran luar.

Di zaman Mahathir – ada penentangan. Dengan licik Mahathir cuba menolak kemasukan pemodal luar. Pasaran dalaman negara dijaga dan dikawal. Mahathir Muhamad mewakili kapitalis nasional – mewakili kepentiang Lim Goh Tong, Ananda, Vincent Tan, Eric Chia atau Daim. Ini tidak berlaku dizaman Najib.

Tekanan ini telah sampai kepada Najib. Nasib rakyat Malaysia cukup malang kerana sesudah Dolah Badawi rakyat Malaysia berperdana menterikan Najib. Najib Razak adalah Pedana Menteri Malaysia yang memiliki banyak beban dan masaalah pribadi. Kes pembunuhan Altantuya adalah salah satu contoh dimana tekanan politik dan ekonomi boleh dikenakan kepada Najib.

Kalau kita semua kembali untuk melihat latar belakang Najib, maka kita akan merasa Malaysia hari ini dalam keadaan yang amat merbahaya. Mengikut surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam - Najib telah bertemu dengan Altantuya di Singapoura - disatu pameran intan berlian. Sama ada perisek Singapura memiliki gambar Najib dengan Altantuya atau tidak bukan persoalan.

Dengan tidak adanya kepastian sama ada Singapura memiliki gambar itu atau tidak akan terus menakutkan Najib. Bagitu juga dengan General Directorate for External Security ( DGSE polis rashia Peranchis ) – sama ada mereka memiliki gambar Najib makan bersama Altantuya dalam restauran di Paris seperti kenyataan sepupu Alrantuya kepada hakim di mahkamah bukan persoalan.

Persoalannya ialah : Najib akan sentiasa gerun dan takut kepada kuasa kuasa ini. Najib akan senang ‘dipau’ dan di tekan. Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia kerana Perdana Menterinya memiliki masaalah.

Lalu timbul peroalan : Apakah Najib sedang ‘dipau’ oleh Singapura? Atau apakah Najib juga sedanng ‘dipau’ oleh negara negara lain seperti Peranchi, Amerika dan Russia? Ini persoalannya wajib ditanyakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana masa depan Malaysia tidak seharusnya ‘dipau’ oleh kuasa-kuasa luar.

Orang ramai dan pemerhati politik agak hairan apabila melihat Najib membuat kenyataan penting tentang pemansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Kenyataan yang amat penting ini dibuat bukan di Parlimen Malaysia tetapi di Singapura. Kenapa di Singapura? Kenapa tidak di Persidangan United Malays National Organisations?

Kemudian, apabila Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru, Najib tidak juga berucap di Parlimen tetapi di khalayak peniaga, towkay dan penjual beli dari syarikat luar. Kenapa tidak berucap kepada Dewan Perniagaan Bumiputera?

Amat jelas disini bahawa Najib terpaksa menyembah para peniaga, pelabor dan pemodal dari luar negara. Najib tahu jika kaum kaum kapitalis ini tidak diseronokan maka akhbar dan media mereka akan mula membuka kembali cerita dan kesah Mongolia. Jika Najib tidak membuka pasaran Malaysia maka CNN, BBC, Rueters, CNBC, AFP – akan membuka kesah Altantuya.

Akhirnya Najib terpaksa membuka ekonomi Malaysia jika tidak tekanan akan datang. Dalam masa yang sama apabila bila ekonomi Malaysia terkangkang maka yang akan menjadi mangsa serangan ekonomi kapitalis dunia ialah orang Melayu. Hakikatnya orang Melayu yang masih miskin akan menjadi mangsa serangan kaum kapitalis global. Ini bukan dilema Najib. Najib telah memilih untuk menyelamatkan diri dengan membuka ekonomi Malaysia.

Lalu persoalan timbul – apakah ada jalan lain selain dari mengangkang kepada pemodal luar. Lalu kita dipaksa untuk percaya dengan propaganda bahawa tidak ada jalan lain dalam era globalisasi ini melainkan membuka pasaran kita. Lalu kita diingatkan , malah diberi amaran jika ingin maju dan berjaya maka kita wajib berani bersaing untuk membuka pasaran kita.

Hasil dari propaganda ini Najib dipaksa untuk menarik subsidi. Najib dipaksa untuk membukakan kontrek kepada syarikat luar negara. Najib dipaksa untuk membenarkan syarikat luar negara untuk membeli saham dan harta negara kita.

Harus diingati : kapitalis melabur bertujuan untuk mendapat keuntungan maksima. Kapitalis berkerja untuk mencari untung maksima. Kapitalis tidak akan peduli tentang dasar ini atau dasar itu. Yang mereka perlukan hanya satu dasar : mereka diberi kebebasan dari segala macam cukai mukai. Cakap-cakap bahawa pemodal ini akan membawa pembangunan adalah bohong. Sistem kapitalis adalah sistem ekonomi yang beasaskan keuntungan. Kapitalis mendahulukan keuntungan.

Mari kita kembali untuk kepada asas ekonomi. Asas ekonomi mengajar kita memahami bahawa harta muncul dari hasil bumi, modal dan tenaga buruh. Kita memiliki asas-asas ini. Hasil bumi kita adalah milik kita. Warga negara adalah juga modal kita. Tenaga yang dilahirkan oleh manusia ialah modal.

Jangan silap baca – wang ringgit bukan modal. Wang ringgit itu adalah kertas yang mewakili nilai tenaga yang telah dikristalkan dalam bentuk dinar, ringgit atau rupiah. Satu keping ringit bermakna telah wujud tenaga buruh yang dinilai dengan harga satu ringgit dalam keping kertas itu.

Justeru kita jangan menjadi takut apabila kita selalu ditakut-takutkan jika FDI atau pelaburan luar tidak masuk maka ekonomi kita akan menghadapi kesusahan. Ini tidak tepat. Cuba kita kembalikan ayat yang sama. Kalau FDI ini tidak dibenarkan masuk maka kapitalsi ini akan jatuh muflis bukan kita.

Ekonomi Malaysia semakin terkangkang. Najib akan terus mendapat lebih banyak tekan dari Singapura, Amerika, Peranchis dan pemodal luar. Kad Altantuya akan dimainkan oleh kuasa-kuasa besar sama seperti Isreal memainkan bom nuklear untuk menakut-nakutkan negara Arab.

Jangan silap baca - kes Altantuya ini masih belum selesai. Maka terpulanglah kepada anak semua bangsa di Malaysia ini untuk memileh pimpinan yang jujur, telus dan demokratik yang tidak mungkin boleh ‘dipau’. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri tekanan ke atas Malaysia akan beterusan. Najib akan terus mengangkang kepada kapitalis global dan kepentingan Amerika, Singapura dan Peranchis. TT

NST didapati membuat berita palsu pru 2004

NST diperintah bayar RM50,000 kepada bekas calon PAS

Harakahdaily

KOTA TINGGI,
21 April: Mahkamah Sesyen Kota Tinggi memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) membayar RM50,000 kepada bekas calon PAS Dun Tanjung Surat, Pengerang, Johor, Haji Muharam Mohamad, selepas menerima saman beliau terhadap akhbar berkenaan.

Hakim K.K. Nair mengeluarkan perintah itu selepas calon PAS untuk pilihan raya umum 2004 itu berjaya dalam samannya terhadap akhbar berkenaan.

Pada pilihan raya 2004 lalu, akhbar NST telah menyiarkan di muka depannya berita fitnah bertajuk "PAS candidate goes missing".

Berita itu antara lain melaporkan calon PAS itu melalui wakilnya telah menghubungi calon Umno, Harun Abdullah untuk menarik dari sebagai calon.

Ekoran itu, Muharam menyaman NST melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Selasa, 20 April 2010

Kenapa menghukum orang dah bertaubat

Saidina Umar Dahulunya Peminum Arak yang Tegar

NOTA EDITOR:
Kisah Saidina Umar dan Saidina Hamzah meminum arak adalah legenda. Sebelum mereka masuk Islam, mereka terkenal sebagai peminum arak yang berat. Malahan, Saidina Hamzah kekal meminum arak sehingga beliau syahid di Uhud.

Ini kerana pengharaman arak secara total berlaku selepas Perang Uhud. Dan Saidina Hamzah masih dikira sebagai syahid kerana pada waktu itu arak tidak diharamkan lagi.

Pokoknya, mereka telah bertaubat. Dan mereka dianggap oleh Allah SWT sebagai manusia yang terbaik dalam umat Nabi Muhammad SAW.

Adapun Zaid Ibrahim bukanlah para sahabat Nabi SAW. Namun,beliau telah mengakui secara terbuka yang beliau telah bertaubat. Jadi, kenapa kita hendak menjadikannya sebagai isu? Kalau nak kira minum arak, Saidina Umar dan Saidina Hamzah dulu kuat minum arak. Namun, mereka telah bertaubat dan mereka telah menjadi manusia yang beribu-ribu kali ganda lebih baik dari kita.

Beri peluang kepada Zaid Ibrahim membuktikan kata-kata beliau bahawa beliau telah bertaubat. Beliau telah pun mengerjakan haji dan telah bertaubat dari dosa-dosa besar.

Juga, kalau didapati beliau tidak istiqamah dalam taubat beliau, kita ada dua tahun lagi untuk menolak beliau dalam pilihanraya yang akan datang. Apa nak takut?

Di bawah adalah artikel dari Masrum Dayat/Harakahdaily yang menjawab tohmahan kononnya Zaid ada "minibar" di rumah beliau.

Satunya, minibar ni maksudnya tempat diletak makanan dan minuman yang bersifat tidak berkhasiat. Tiada kena mengena dengan arak. Biasanya minibar akan diletakkan di peti sejuk yang kecil di dalam bilik dan bukan di dapur. Kalau betul rumah Zaid Ibrahim ada minibar, apa salahnya? Apa salahnya letak Coca Cola, cokelat, kacang, Sprite etc? Nak fitnah Zaid pun tak reti guna perkataan yang betul, puak-puak UMNO ni.

Pakatan Rakyat kena berhenti layan cerita ni. Kesah UMNO bersekongkol dengan YAHUDI adalah DOSA YANG LEBIH besar dari minum arak. Isu ini lebih penting untuk dilayan dari isu Zaid ini.

Ezam sendiri terima duit dari Yahudi Soros. Takda orang nak komen ke?

Juga, takda pulak orang nak komen pasal Hishamuddin ye?

Apa? Di rumah Zaid ada bar?

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.

"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Saya hairan bagaimana ada yang tergamak bertanyakan Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS, dan beberapa pemimpin PAS yang lain, mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Zaid dalam laman web atau blog.

Zaid ditohmah sebagai pewain atau peminum arak tegar dulu kini dan selamanya. Bukan itu sahaja laman web dan blog tersebut turut mempamerkan gambar-gambar “super-imposed” (gambar yang telah ditokok tambah supaya kelihatan real).

Itu kerja-kerja jahat yang keterlaluan!

Zaid dan keluarganya juga ditohmah apabila dikatakan di rumah beliau sendiri terdapat bar (ruang khusus di mana arak di sediakan).

Tidak cukup dengan tohmahan tersebut, arak dikatakan menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.

Arak ibarat air jus mangga yang dihirup senaknya, tohmah laman web dan blog berkenaan.

Saya sering berpeluang ke rumah Zaid di Tropicana Golf & Country Resort. Orang putih kata seeing is believing.

Setahu saya di rumah beliau juga sering diadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh pemberita dari pelbagai akhbar termasuklah Selangorkini, Harakah dsb. Tidak kelihatan bar atau minuman keras di rumah beliau.

Sedangkan menghisap rokok di rumahnya pun isteri Zaid, Datin Suliana, tidak benarkan, apatah lagi menghidangkan arak siap dengan barnya sekali!

Tentulah tohmahan semacam itu merupakan serangan yang biadab dan amat keterlaluan.

Setahu saya Allahyarham ayah Zaid merupakan seorang pendukung kuat PAS Kota Baharu semasa hayatnya. Zaid sendiri merupakan anak lelaki yang sering mengiringi Almarhum ayahnya ke ceramah-ceramah PAS.

Hubungan dan aroma PAS sudah tersemat dalam jiwanya semenjak beliau kecil lagi.

Zaid dan isterinya juga telah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas (2009).

Pada saya, tidak mungkin Zaid sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji kalau di dalam hati sanubarinya sarat dengan “penentangan terhadap hukum-hukum Allah” dan tiada sifat mahu mengabdikan diri kepada Allah.

Apakah menunaikan fardu haji dan berbuat kebajikan kepada lebih 5000 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Yayasan beliau di Kelantan itu bukan manifestasi ketaatan kepada Allah Rabul Jalil? - PR

Kisah Gerakan Mahasiswa 70an


PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU

Ini
cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kisah ini - untuk kita membuat kebaikan)

Hulu Selangor, Satu Lawan Satu

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.

Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini. - Malaysiakini

Isnin, 19 April 2010

Skuad Rusa letih

'Letih punca NS diaib Kelantan'

Oleh Mohd Amin Jalil

bhsukan@bharian.com.my

GAGAL
menyempurnakan peluang adalah antara punca utama juara Piala FA, Negeri Sembilan kecundang kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam kelmarin.

Sekali pun berjaya mengimbangi saingan, ketumpulan barisan depan skuad Rusa diterajui Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mohd Shaffik Abdul Rahman meletakkan skuad itu terpaksa berdepan laluan lebih sukar untuk mencabar kedudukan puncak carta liga.

Bagi jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 1-3 itu kerana melakukan banyak kesilapan sekali gus menyebabkan peluang itu diambil kesempatan pihak lawan untuk meraih kemenangan.

“Banyak peluang tidak dimanfaatkan sepenuhnya menyebabkan keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Negeri Sembilan, namun faktor keletihan juga tidak dapat diketepikan yang menyebabkan pemain tidak dapat memberikan persembahan seperti diharapkan.

“Bagaimanapun itu bukan alasan dan kita terpaksa menerima hakikat betapa Kelantan beraksi lebih baik malam tadi (kelmarin), justeru pemain Negeri Sembilan perlu menjadi kegagalan itu sebagai suatu pengajaran agar ia tidak berterusan pada perlawanan akan datang,” katanya semalam.

1Malaysia=1Indonesia=1Israel...tak ada idea lain ke?

Malaysia terus jadi bahan ketawa jika 1Malaysia dilaungkan

Baru-baru
ini kita digemparkan dengan persamaan konsep 1 Malaysia dengan 1 Israel. Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari Yahudi APCO kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep 1 Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Tetapi adakah kita boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari Yahudi APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia?

Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia.

Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"Adakah sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Isu APCO 1Israel tak pulak NGO ni bikin laporan

NGO ni pun tak berapa terkenal, kata NGO Islam tak ada pula JIM, ABIM atau Persatuan Ulama.

NGO Islam Buat Laporan Polis Terhadap Dr Asri Dan Malaysiakini

Isnin, 2010 April 19

KUALA
LUMPUR: Kira-kira 50 orang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam membuat laporan polis terhadap bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana mengeluarkan artikel berunsur hasutan.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan Yusri Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau juga membuat laporan polis itu turut dibuat terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan artikel tersebut yang bertajuk 'Cabaran Gerakan Pembaharuan' bertarikh 4 April lepas.

Yusri berkata artikel tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu.

"Antara artikelnya (Mohd Asri) mendakwa sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Mohd Asri juga mendakwa golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menuruti kehendak istana dengan mengadakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja.

"Ini menunjukkan raja-raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah dan diampu oleh ulama-ulama," katanya.

Yusri berkata laporan polis itu juga dibuat di seluruh negara oleh NGO Islam yang lain semalam.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS), Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Persatuan-persatuan Integrasi Muslim Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (Persidam).

Sementara itu jurucakap polis IPD Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pagi ini.


Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan Yusri Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau juga membuat laporan polis itu turut dibuat terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan artikel tersebut yang bertajuk 'Cabaran Gerakan Pembaharuan' bertarikh 4 April lepas.

Yusri berkata artikel tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu.

"Antara artikelnya (Mohd Asri) mendakwa sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Mohd Asri juga mendakwa golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menuruti kehendak istana dengan mengadakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja.

"Ini menunjukkan raja-raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah dan diampu oleh ulama-ulama," katanya.

Yusri berkata laporan polis itu juga dibuat di seluruh negara oleh NGO Islam yang lain hari ini.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS), Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Persatuan-persatuan Integrasi Muslim Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (Persidam).

Sementara itu jurucakap polis IPD Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pagi ini. - BERNAMA

Kerajaan zalim mesti ditentang

KERAJAAN BN TIDAK ZALIM KATA MUHYIDDIN - minsider

HULU
SELANGOR, 18 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang, kata Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan Najib Razak sentiasa membela nasib dan tidak mengenepikan kebajikan rakyat.

Ulasan TT

KAH KAH KAH..

woit… TAK ZALIM… ?... kah kah kah..

woit… KUGAN MATI.. TAN BENG HOCK MATI ..MAT INDO MATI … ALTANTUYA MATI...kah kah kah..

woit…. BERATUS DALAM KAMUNTING…DITAHAN TAK ADA BICARA….kah kah kah..

woit… BERATUS LAGI DI SIMPANG RENGGAM …SEMUA TAHAN TAK ADA BICARA… kah kah kah

woit… TANAH ORANG ASLI KENA REMBAT… kah kah kah..

woit… TANAH PENAN KENA REMBAT…. kah kah kah..

woit... TANAH ORANG BEREMBANG KENA REMBAT...kah kah kah..

woit... TANAH ORANG KAMPONG CHU BADAK.. KENA REMBAT.... kah kah kah..

woit.. INI BELUM MASUK LAGI... 3 ANAK SEKOLAH MATI KERANA JAMBATAN SATU MALAYSIA...kah kah kah...

kah kah kah... SAMPAI SEKARANG TAK ADA LAPORAN.. SIAPA BUNUH BUDAK SEKOLAH INI...kah kah kah

Mufti mesti BERANI

Mufti perlu nyatakan pendirian mengenai APCO

Seri

Bagi
mengelak salah faham daripada berlaku di negara ini, adalah perlu mereka yang mempunyai pengetahuan agama untuk menyatakan pendirian yang jelas mengenai APCO. Setakat ini, hubungan APCO dan kerajaan dibantah keras olah pembangkang dan beberapa NGO.

Tanpa pendirian jelas mufti mengenai isu ini ia akan terus mengelirukan rakyat. Apalagi jika isu ini cuba dimanipulasi oleh individu dan kumpulan tertentu bagi kepentingan mereka.

Apa yang terjadi di Masjid Sultan Shah II, Ipoh merupakan contoh terbaik. Sukar untuk ditentukan mana yang betul dan salah. Pembaca sebuah akhbar online mula memberikan komen dan pandangan dari sudut moral dan agama berkaitan peristiwa tersebut. Keseluruhan komen menjurus kepada apa yang berlaku di Ipoh. Ini adalah disebabkan oleh berita yang ditulis seolah-olah melindungi isu utama dan menonjolkan isu sampingan.

Ada komen yang langsung tidak menyentuh isu pokok iaitu APCO. Exco kerajaan negeri juga sempat memberi pandangn terhadap tindakan yang dikatakan biadap itu. Mufti tidak terkecuali daripada mengulas isu berkenaan. Sebagai orang Islam, saya mengharapkan agar mufti bukan sahaja memberi komen berkenaan dengan peristiwa di Ipoh, tetapi komen yang menunjukkan pendirian beliau mengenai APCO itu sendiri.

Jika di Ipoh, membaling telur dikatakan mencemar kesucian masjid. Kita juga mahu tahu mengenai hukum berkerjasama dengan kumpulan yang telah sekian lama mencemarkan masjid-masjid umat Islam di Palestin.

Kumpulan zionis ini bukan sahaja menconteng masjid, malah membunuh orang Islam Palestin yang bersembahyang di masjid, masjid dibakar dan dibom. Al-Quran dibakar dan dikoyak, umat Islam juga dihalang dari menunaikan solat di masjid.

Mufti perlu menjelaskan perkara ini bagi mengelak kekeliruan rakyat daripada berterusan. Mana yang lebih biadap? Kes di Ipoh atau kes di Palestin atau kedua-duanya biadap? Atau kes di Ipoh itu sangat biadap manakala kes di Palestin itu tidak biadap? Ataupun umat Islam tidak perlu ambil tahu nasib saudara kita di Palestin?

Terasa sedikit aneh apabila mufti begitu cepat memberikan komen jika timbul isu yang melibatkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Mungkin juga mufti ada mengeluarkan kenyataan mengenai kerajaan tetapi tidak disiarkan oleh media.

Semoga institusi mufti akan lebih dihormati.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Ust Hadi bela Zaid

Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid

Zulkifli Sulong

HULU SELANGOR,
17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

Serangan peribadi tektik BN

Umno dulu kini selamanya tak berubah-ubah

Zaid Ibrahim dari Umno masuk Pakatan umpama berhijrah dan berubah kepada yang lebih baik bagi membela rakyat


BN serang peribadi calon, usir Malaysiakini

Salhan K Ahmad

Parti
Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.

Sebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.

Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.

"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

Tuhan tidak akan menghukum mereka yang bertaubat

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini.

BN mula berubah rentak dengan bertindak menyerang Zaid secara peribadi dalam ceramah mereka di Sungai Tengi, Hulu Selangor, malam semalam.

Antara mereka yang berbuat demikian ialah ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika ceramahnya kepada kira-kira 50 orang yang hadir.

"Datuk Zaid dah tak minum lagi"

“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.

"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.

Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol.

"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.

"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.

Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN.

Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.

Ungkit gambar bogel

"Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.

Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.

Sek
umpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakini supaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu.

"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.

Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.
Malaysiakini diusir

Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.

Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.

Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.

Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.

Ahad, 18 April 2010

Kursus Pidato PKR Cabang Sembrong

Taman Sri Lambak, Kluang : Saya sempat menghadiri kursus pidato anjuran PKR Cabang Sembrong pada 17 April 2010 hari Sabtu di Pejabat PKR Sembrong.

Pensyarah didatangkan khas dari Negeri Perak. Walaupun sebahagian besar ahli telah ditugaskan ke PRK Hulu Selangor, tetapi kursus ini tetap diteruskan dengan jayanya.

Turut hadir YDP PAS Kawasan Sembrong yang mengikuti majlis tersebut sehingga selesai. Terima kasih kepada Pak Ngah yang bersusah payah menguruskan program ini dan moga-moga selepas ini akan muncul pemidato-pemidato yang hebat dan memukau hadirin hendaknya.

Penyanyi lagu `Bola-bola api meninggal'

Achik Spin maut kemalangan

Penyanyi
kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) petang tadi.

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan MPV Toyota Estima yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sabtu, 17 April 2010

Amaran Allah SWT

Letusan gunung berapi lumpuh penerbangan Eropah

LONDON
: Gumpalan awan berdebu akibat letusan sebuah gunung berapi di Iceland, menjejaskan lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara semalam, menyebabkan Britain terpaksa menghentikan operasi di Lapangan Terbang Heathrow dan membatalkan beratus-ratus penerbangan, manakala Norway bertindak menutup ruang udaranya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain berkata penerbangan bukan kecemasan terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga jam 6 petang waktu tempatan, manakala Ireland turut menutup ruang udaranya selama lapan jam.

Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mengendalikan hingga 1,200 hingga 180,000 penumpang sehari.

Penutupan Heathrow sekali gus menjejaskan lapangan terbang kedua dan ketiga terbesar, Gatwick dan Stansted. Tidak dapat dipastikan bila penerbangan dapat dipulihkan semula.

Berikutan penutupan itu, berpuluh-puluh penerbangan trans-Atlantik menuju Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan, manakala pembatalan penerbangan turut berlaku di bandaraya utama Eropah termasuk Brussels, Amsterdam, Geneva dan Paris.

Di utara Sweden, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, semua penerbangan ditangguhkan dan ini menjejaskan jadual di bandar lain termasuk Skelleftea, Lulea, Kiruna dan Hemavan.

Semua penerbangan di utara Finland turut dibatalkan.
Di Norway, Raja Harald V dan Permaisuri Sonja yang bercadang terbang ke Copenhagen untuk menyambut hari lahir ratu Denmark yang ke-70, sedang menimbang sama ada menaiki kereta, bot atau kereta api untuk ke negara itu.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg yang dijadual kembali ke negaranya semalam, kini terkandas di New York apabila penerbangan dibatalkan.

Di Iceland, beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri daripada banjir berikutan paras air meningkat selepas gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull meletus untuk kali kedua dalam tempoh sebulan semalam.

Air yang mengalir dari kawasan pergunungan, menyebabkan paras sungai meningkat sehingga tiga meter menjelang malam semalam. – AP
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch