Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 30 Jun 2009

Mesyuarat Majlis Tindakan Dun Kahang Kali Pertama Berjaya Diadakan


1. Pas Sembrong telah berjaya menubuhkan jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Kahang pada 29 Jun 2009 hari Isnin di Markaz T6.

2. Gerakerja pilihanraya telah bermula dengan menyediakan bilik gerakan, urusan pemilih, mencadangkan calon dan merancang aktiviti sempena Ramadhan.

3. Jadual Usrah cawangan dan kuliah pun sudah ditetapkan.

4. Keputusan PAS Sembrong akan bertanding samada Kerusi Parlimen atau Dun Kahang (Tahun 2008 Pru 12 PKR mewakili Pakatan Rakyat bagi Parlimen Sembrong dan Dun Kahang manakala Dun Paloh diwakili DAP).

5. Tahniah kepada semua yang dilantik dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas amal tuan dengan ganjaran pahala yang besar di Sisi Nya.

Arus Kebangkitan Islam di Sembrong


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah memperolehi sijil pengesahan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagai kawasan yang sah dengan tiga cawangan iaitu Cawangan Ulu Belitong, Cawangan Ulu Dengar dan Taman Sri Lambak (T6) dan Insyaalah menjelang tahun 2010 lagi 10 cawangan akan menyusul.

2. Parlimen Sembrong adalah diantara bahagian gerombolan umno (sebut amno) yang paling kuat dalam dunia tetapi sangat bergantung kepada pengundi melayu felda yang takut dan tidak mendapat maklumat dan gambaran sebenar suasana politik di Malaysia.

3. Menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) sekiranya pengundi di Parlimen Sembrong yang terdiri dari Dun di Kahang dan Paloh tidak bangkit membuat perubahan, maka tidak mustahil perlimen ini akan diwakili oleh pembangkang dari parti umno / barisan nasional kerana pada masa itu, Putrajaya telah pun ditawan oleh Pakatan Rakyat.


4. Kebangkitan rakyat akan merubah lanskap politik di Malaysia di mana semua parti berasaskan kaum dan bangsa akan mengecut manakala parti berbilang bangsa akan mengembang dan mendapat sokongan masyarakat.

5. Fakta ini terbukti dengan kejatuhan parti kaum terbesar etnik cina dan India yang telah tersungkur menerima pukulan maut dari Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lalu.

6. PAS terus berkembang dengan slogan PAS Untuk Semua menjadikan PAS diterima oleh semua kaum dan agama dengan keahlian Kelab Penyokong PAS mencecah 100 ribu sekarang ini.

7. Orang sembrong, apa tunggu lagi. Bangkit membuat perubahan!!!

Salam perkenalan dan salam persaudaran


1. Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua dan diucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian saudara berkunjung ke blog ini.

2. Tujuan asal blog ini adalah ingin menyimpan dairi aktiviti, tetapi disebabkan terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita dan dengan arus kebangkitan Islam di seluruh dunia, maka blog berbahasa Melayu ini akan bertambah rencam dan mengandungi isu yang pelbagai.

3. Dari isu tempatan di Kahang ke isu antarabangsa di Palestin, dari desa pendalaman orang asli di Kluang ke kota metropolitan Tokyo, dari Madrasah Al Masriyyah Simpang Renggam ke Gunung Semanggol dan dari Felda Ulu Dengar ke Putrajaya.

4. Suka duka ibu tunggal yang ditiggalkan suami sehingga ke rintihan amah Indonesia yang didera dan diperhambakan, kesedihan golongan kurang upaya yang disisihkan sehingga ke rayuan anak petani yang tidak mampu ke universiti kerana kesempitan hidup.

5. Perjuangan ini ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanallahu Ta’ala bukan kerana ada habuan dunia atau kepentingan ekonomi,

6. Bangkit dan berjuang atas nama Islam, bukan atas dasar nama bangsa, suku, kaum, ras keturunan atau lebih dikenali sebagai fahaman assobiyyah dan memastikan semua kaum di Malaysia hidup aman makmur, bahagia, maju, murah rezeki, perpendidikan tinggi, moden dan merdeka dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT.

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch