Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 13 April 2010

Konspirasi Nordin Kardi sekat pensyarah

Saman jangan tak saman, dia fikir UUM tu dia yang punya...

Yang betul-betul layak tak dinaikkan pangkat, yang tak reti dan tak pandai buat kerja pulak yang dipilih...sapa kata tak reti? sapa kata tak pandai?...pandai BODEK dan KIPAS...


Pensyarah saman UUM

Oleh SAFINA RAMLI

pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR
11 April - Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Khairil & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini hari ini kira-kira pukul 11 pagi.

Plaintif, Dr. Abdul Halim Mohamed, 42, menamakan Nordin selaku defendan pertama dan UUM sebagai defendan kedua.

Peguam plaintif, Fadli Shuaib berkata, pada 2007 plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai salah seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan telah mengemukakan permohonan untuk kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan (DS52) kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).

"Permohonan tersebut telah diakui oleh MEU dan MEU telah bersetuju untuk kenaikan pangkat plaintif ke jawatan pensyarah kanan namun, tertakluk kepada Lulus Dalam Kriteria Kecemerlangan Akademik dan Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) menerusi sepucuk surat pada 22 Februari 2007," katanya di sini hari ini.

Namun, ujar Fadli, permohonan plaintif untuk kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan tidak berjaya berdasarkan mesyuarat MEU pada 30 November 2008 dan plaintif dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat pada 8 Januari 2009.

Jelasnya, di dalam surat tersebut tidak dijelaskan langsung mengapa permohonan plaintif ditolak oleh MEU walaupun plaintif telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

"Alasan yang diberikan kepada plaintif ialah permohonan plaintif terpaksa ditolak kerana defendan pertama iaitu Nordin tidak menyukai plaintif dari segi tingkah laku plaintif.

"Peranan yang dimainkan oleh defendan pertama selaku Naib Canselor UUM telah menyebabkan plaintif dinafikan hak untuk kenaikan pangkat," katanya.

Oleh itu, jelasnya, plaintif memohon mahkamah agar mengisytiharkan satu deklarasi bahawa plaintif telah memegang jawatan sebagai pensyarah kanan sejak Februari 2007.

Selain itu, defendan kedua hendaklah membayar tunggakan gaji dan bayaran lain yang berkaitan kepada plaintif mulai Februari 2007 sehingga sekarang mengikut gaji kepada skala pensyarah kanan (DS52).

"Plaintif juga menuntut gantirugi teladan sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan pembayaran sebanyak RM200,000 sebagai kos pengajian yang ditanggung plaintif dibayar oleh defendan kedua.

"Plaintif juga menuntut defendan pertama membayar gantirugi stress atau tekanan yang dihadapi oleh plaintif daripada 2006 hingga 2010 dan faedah sebanyak 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch