Bekalan gula terjejas lagi
ALOR SETAR - Bekalan gula di beberapa kawasan sekitar Alor Setar berkurangan sejak seminggu lalu, malah terdapat beberapa kedai terputus bekalan gula sejak beberapa hari lalu.
Peruncit, Siti Zaleha Ahmad, 40, berkata, kedainya yang terletak di Jalan Sultanah tidak dapat membekalkan bekalan gula kepada pengguna sejak lima hari lalu, berikutan ketiadaan bekalan.
“Saya mendapatkan bekalan daripada beberapa pemborong sekitar Alor Setar. Namun sejak lima hari lalu, bekalan langsung tiada. Pemborong memaklumkan tidak dapat menghantar bekalan sebab kehabisan,” katanya.
Berikutan itu, Siti Zaleha meminta pemborong lain membekalkan bekalan, namun pemborong terbabit meminta pihaknya mengambil dalam jumlah yang besar.
“Biasanya saya ambil dalam kuantiti kecil, sekitar 50 hingga 70 pek 1 kilogram, memandangkan kedai runcit ini membekalkan gula kepada penduduk berdekatan sahaja,” katanya.
Siti Zaleha berkata, pihaknya bercadang untuk menunggu dua atau tiga hari lagi sebelum menghubungi pemborong terbabit, sama ada dapat membekalkan bekalan atau sebaliknya. Sekiranya keadaan berterusan, pihaknya terpaksa meminta pengguna mendapatkan bekalan dari kawasan lain.
“Saya terpaksa beritahu pelanggan bekalan gula sudah habis. Saya pun terpaksa menunggu daripada pemborong mengenai perkembangan semasa bekalan gula. Harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana pengguna merungut, mereka sukar mendapatkan bekalan dari beberapa buah kedai sekitar,” katanya.- Sinar
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan