Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Ahad, 31 Oktober 2010

Duit Jimat bukan hasil judi


RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?
Sabri Said - harakah

PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Hantar Ansari ke Parlimen


Anwar bersungguh mahu Ansari ke Parlimen


Dewan sesak

4 hari menjelang undi, calon PKR semakin diterima
Warta Rakyat Harakah

SANDAKAN, 31 Okt: Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.

(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.

(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah

Drama setiap kali PRK


BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU

TIMBALAN KETUA, NAIB PKR BAHAGIAN BATU SAPI KELUAR PARTI – melayau

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

TT kata

wout… INI BERITA YANG DITUNGGU TUNGGU…. kah kah kah

woit… KALAU TAK ADA BERITA INI PILIHANRAYA KECIL TAK SAH…. kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU TAK ADA YANG KELUAR PARTI ERTINYA SPR TAK JALAN KAN TUGAS… kah kah kah…

nota:
cuba selidik betul betul
malaon ini menang atau tidak
dipemilihan cabang baru baru ini.
atau malaon ini semuanya bekas… kah kah kah


nota:
pelik pulak
pkr mana ada bahagian
pkr ada ranting dan cabang
laaa nak tipu buatlah betul betul kah kah kah

Guru mendidik bukan mendera


Bayangkan kalau anak sendiri atau diri sendiri yang terlewat bangun, sanggupkah diseterika?


Pelajar dakwa guru guna seterika panas kejut untuk solat Subuh-MInsider

PASIR MAS, 30 Okt — Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas.

Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

“Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.

“Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat,” katanya.

Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.

Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.

Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.

“Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul,” katanya.

Samy bidas Johari Rasis

Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu -MInsider


SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Siswa lebih pandai dari pensyarah


Hanya 34 peratus pensyarah PhD di IPTA

Mkini

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan 75 peratus pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di di setiap 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sasaran itu meliputi kepakaran dalam semua bidang pengajian di IPTA.

"Kita harap dengan memiliki ramai pensyarah berkelulusan PhD ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar berkeupayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Temerloh di Kampung Pangsenam dekat Temerloh, hari ini.

tak mencukupi

Beliau berkata setakat ini, pihaknya difahamkan hanya 34 peratus pensyarah di IPTA mempunyai kelulusan berkenaan dan ia masih tidak mencukupi bagi menghasilkan mahasiswa yang baik dan kompetitif.

"Kita mahu pensyarah yang lebih pandai daripada pelajar dan mempunyai personaliti yang baik bagi menghasilkan IPTA bertaraf dunia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pensyarah kanan kini boleh terus dinaikkan pangkat ke jawatan "Turus" tanpa perlu memegang jawatan di bahagian pengurusan.

Katanya, sebelum ini mereka (pensyarah kanan) perlu memegang jawatan Naib Canselor terlebih dahulu sebelum dilantik ke jawatan Turus.

Beliau juga berberharap pihak pengurusan universiti kelak menggunakan Bajet 2011 sebaik-baiknya bagi meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan melahirkan mahasiswa yang kreatif dan kritis.

"Pada pembentangan Bajet 2011, KPT telah menerima penambahan peruntukan sebanyak 14.5 peratus iaitu sebanyak RM10.2 bilion berbanding RM8.9 bilion bajet tahun 2010.

"Penambahan bajet itu menunjukkan kerajaan peka terhadap keperluan universiti bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan profesional," kata Saifuddin.

--Bernama

Perkauman tak laku



Isu DAP peralat PAS tidak berkesan di Galas - Harakah
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Umno/BN tidak habis-habis menimbulkan isu PAS lebih bersedia berkawan dengan DAP, tetapi tidak bersedia untuk berbaik dengan Umno walaupun sebangsa.

Isu ini dibangkitkan lagi oleh Umno/BN dalam kempen pilihan raya kecil Galas, Kelantan dan kemungkinan akan berterusan sehingga masa yang lama. Namun isu ini diyakini tidak akan menjejaskan peluang PAS untuk menang, justru majoriti pengundi sudah sangat memahaminya.

zero

Sama ada dalam kempen berbisik mahupun kempen terbuka, isu ini dibangkitkan lagi oleh Umno/BN untuk merebut undi simpati dari orang Melayu. Namun hujah ini sukar diterima oleh pengundi Kelantan, khususnya, justru rakyat Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat adalah zero perkauman.

Sementara itu, walaupun sudah berulang kali dijelaskan oleh para pemimpin PAS mengapa PAS menolak sama sekali Umno – yang telah melakukan pelbagai angkara dan kezaliman terhadap PAS
selama ini dalam pelbagai bentuk – namun sentimen ini masih dilaungkan lagi oleh Umno di mana saja ada kesempatan termasuk dalam kempen mereka di Galas.

tiada bukti

Sebagai biasa mereka menuduh PAS diperalat oleh DAP, sebuah phrasa yang merela ulang-ulang sejak kekalahan teruk Umno/BN dalam PRU Ke-12 2008 yang lalu. Pada hal tiada sebarang petunjuk yang membuktikan tuduhan mereka.

Ketika berkempen di Galas, untuk kesekian kalinya, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terpaksa menegaskan sekali lagi akan dasar parti menolak untuk bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama beliau menerangkan mengapa PAS berbaik-baik dengan bukan Islam dengan memberikan hujah yang kukuh.

Beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti tua, lama memerintah tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa Umno susah sangat hendak faham, pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas,” katanya.

tidak jual prinsip

Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan, katanya, tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan “kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN.

Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

Menurut Tuan Guru Nik Abd Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

umno sempit

Tuan Guru berkata, kerjasama dengan DAP yang konon dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan. Disebabkan sikap ini, katanya, Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. “Umpama Lebai Malang, ke hilir pun lapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.”

Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan kesalahan ke atas Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Husin mengenai isu lesen judi sukan.

Ketika berucap di kawasan orang Melayu di Sungai Terah di Galas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan pengundi mengenai pendirian tegas PR dari awal menentang langkah kerajaan pusat memberikan lesen judi bola sepak sehingga Putrajaya membatalkannya kemudian.

malukan kelantan

“Siapa yang mahukan judi bola sepak? Secara kebetulan dia dari Kelantan. Lelaki dari Bachok,” kata Tuan Guru merujuk kepada Awang Adek. “Saya rasa malu dengan tindakan dia,” kata beliau pada majlis ceramah di kampung tersebut.

Mei lalu, Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan mengumumkan bahawa kerajaan dengan serius sedang mempertimbangkan langkah membenarkan judi sukan menjelang kejohanan Piala Dunia 2010.

batal lesen

Bagaimanapun keputusan itu dibatalkan kurang dua bulan selepas itu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pentadbirannya tidak akan mengeluarkan lesen bagi tujuan tersebut.

Sementara itu calon PAS. Dr. Zulkefli Mohamed dan para petugas Pakatan Rakyat terus menerus menemui pengundi baik di kawasan pengundi Melayu, Cina, India, malah kawasan penempatan Orang Asli.

Sambutan yang diterima oleh mereka sangat menggalakkan, di mana mereka berjanji akan menyokong calon PAS.

“Saya merasa sangat selesa berada di tengah rakyat, bukan ketika kempen ini saja, tetapi sepanjang masa. Klinik saya sentiasa dikunjungi rakyat biasa,” katanya.

Kalangan pengundi Cina di Kampung Baru sudah ramai yang mengenali beliau, sementara pengundi Melayu dan Orang Asli juga kenal lama dengan Dr. Zulkefli yang membuka klinik di Felda Chiku 3, tidak jauh dari Dun Galas.

Bagaimanapun, kalangan pemerhati politik menganggap pertandingan di Galas itu memang sengit. Namun seorang pemimpin PAS berkata, harapan PAS untuk memang adalah cerah jika tidak ada penipuan, sogokan, pengundi hantu, ugutan dan elemen negatif yang lain.

Sudah tentu keputusan pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November itu akan menghantar banyak isyarat kepada pelbagai pihak, baik PAS mahupun Umno/BN. Namun meninjau kempen tersebut, jelas menunjukkan perpaduan anggota Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR begitu erat. Ini yang sangat merunsingkan pihak Umno/BN.

Calon BN bersifat elit


Calon PAS seorang doktor sedia merawat bila-bila masa

Kami perlukan YB yang boleh selesai masalah
Analisa oleh M FAQIH - Harakah

GUA MUSANG, 30 Okt: Melewati Kampung Batu Papan, Gua Musang begitu mendamaikan. Pemandangan mengkagumkan sekali. Gua batu kapur yang mengelilingi kampung mengasyikkan pandangan mata.

Di sebelah lagi ada bukit, tumbuh subur pokok getah yang menjadi sumber rezeki penduduk.

Inilah keunikan Gua Musang yang tidak ada di tempat lain. Di mana-mana sahaja anda menjejak kaki pasti ketemukan gua batu kapur. Berbeza dengan Ipoh dan Batu Caves di Selangor kerana di sini, panoramanya masih segar.

belum tercemar

Belum ada pencemaran udara yang boleh menyedakkan dada. Bangkit dari tidur di awal pagi, suasananya tidak ubah seperti di Tanah Tinggi Lojing atau Cameron Highlands. Sejuknya mencucuk ke kulit.

Hawa sejuk beransur menjadi sedikit hangat apabila muncul matahari di sebalik gua-gua batu kapur. Hangatnya kini bertambah sekali ganda apabila dicurah dengan isu-isu politik bagi menarik simpati pengundi.

Menonton televisyen atau membaca akhbar harian, pastinya kesimpulan mudah dibuat calon Barisan Nasional (BN) sudah menang mudah di atas kertas.

korek

Pelbagai isu dikorek bagi memberi gambaran kelemahan kerajaan negeri, PAS, Pakatan Rakyat, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan apa-apa sahaja yang ada kaitan. Sebaliknya calon BN, Abdul Aziz Yusoff diberi gambaran sebagaikan dewa atau raja yang mempunyai 1001 satu kelebihan.

Pendidikan setakat SPM bukan menjadi perkiraan bagi Umno dan BN. Ini kerana tiada sijil pun ada agensi boleh memberi pekerjaan. Syaratnya mesti penyokong setia Umno.

kesedar

Ada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kemas, Kesedar, Rela dan banyak lagi agensi yang mendapat peruntukan kerajaan dikutip daripada rakyat digunakan bagi membayar gaji atau elaun penyokong Umno.

Tengoklah apa yang berlaku ke atas bekas calon BN di Manek Urai, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat. Sepanjang pilihan raya kecil menjelang 14 Julai 2009, Tuan Aziz adalah wira, diangkat dan dijulang.

Setiap gerak dan geri dirakam lensa kamera. Kenyataannya disumbat dalam media harian setiap hari. Sebelum meletak jawatan bertanding dalam pilihan raya, beliau merupakan pengurus kilang milik Kesedar.

Hari ini Tuan Aziz hilang pekerjaan di kilang Kesedar kerana gagal dalam pertaruhan di Manek Urai. Namun beliau tidak perlu risau kerana ada peluang mendapat kontrak kerajaan.

Mungkinkah situasi serupa juga berulang kepada Abdul Aziz.

rapat dengan kontraktor

Kedua-dua Abdul Aziz ini mungkin berkongsi pengalaman, mengulangi nasib serupa. Abdul Aziz Limau sudah lama mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor.

Biar pun sekolah setakat tingkatan lima, namun dia jarang berkawan dengan orang kampung. Rakan-rakannya dari kalangan kontraktor,” kata seorang kakitangan di Kesedar.

Tanpa berselindung beliau meluahkan Abdul Aziz Limau tidak jauh berbeza dengan Tuan Aziz, Kuala Krai. Kedua-dua seumpama golongan elit yang dilahirkan dari mahligai Kesedar.

Artikel seterusnya klik tajuk

Ustad Umno tengking Tok Guru


Adab dan akhlaknya jelek


Tuan rumah meraikan Tok Guru

Bekas calon BN maki hamun Tok Guru
Wartawan Kita - Harakah

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

enggan bersalam

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

baju 1malaysia

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

tuan rumah tak ada masalah

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

Balik kampung mengundi bro


PAS minta 1,557 pengundi luar pulang
Dzulfikar Mashoor - Harakah

GUA MUSANG, 30 Okt: Seramai 1,557 pengundi luar dirayu supaya pulang membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil Galas pada 4 November depan, kata Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat (JPPP) itu, PAS negeri sedia menanggung kos perjalanan pulang khususnya mereka yang pulang dari Lembah Klang dan Johor.

"Semua minta rayu mereka balik, kita bayar kos perjalanan mereka," ujarnya.

"Kalau pengundi luar tak balik (mengundi), kita ada risau juga, kalau peratusan pengundi luar menurun, akan memberi kesan.

PAS negeri, katanya sedia memberi RM200 dan RM250 kepada pengundi luar dari Lembah Klang dan Johor.

"Kita ada kaedah tersendiri, apabila balik (ke Galas) datang ke UPU dan kita buat semakan daftar pemilih," ujarnya.

Majoriti mereka katanya, merupakan pengundi muda yang mempunyai kecenderungan politik kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terus terang mereka ini adalah pengundi muda dan pengundi muda kebanyakannya sokong Pakatan Rakyat," ujarnya.

Bagaimana pun, beliau optimis dengan kepulangan pengundi luar akan mengekalkan 81 peratus keluar mengundi sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Malah katanya, peningkatan peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini mampu memenangkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed pada pilihan raya kecil kali ini.

Pun begitu, beliau berkata, PAS menyimpan sedikit rasa risau sekiranya peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar menurun.

"Kalau peratusan turun mengundi mereka turun (berkurangan), akan memberi kesan," beliau menambah.

Sebanyak 675 pengundi luar berdaftar adalah berbangsa Melayu manakala 217 adalah Cina.

Hari pembungan undi yang jatuh pada hari bekerja dijangkakan akan mempengaruhi mood rakyat keluar mengundi.

Kijang menang rusa gundah


Kelantan julang Piala Malaysia, tebus kekalahan 2009 - MInsider

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kelantan, yang sedang menyaksikan pilihan raya kecil DUN Galas, mencipta sejarah — buat julung kali muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pasukan Red Warriors yang tewas tahun lalu di tangan Negeri Sembilan — pasukan Hobin Jang Hobin — menebus kekalahan itu walaupun ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan

akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Kelantan kecundang dalam tiga perlawanan akhir sebelum ini.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, “The Red Warriors” yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan “The Red Warriors” Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pemboros lawan penjimat


17 Fakta yang PERLU anda tahu tentang BP, Petronas, PNB & Temasek Holdings

maaf bahasa nogori

Setiap sesuatu tentu ado pesaing. Bersaing nak dapek no.1 dalam kelas. Bersaing nak monang Piala Malaysia (Hobin Jang Hobin. Yeah!). Bersaing dengan kenkawan nak dapek pakwe hensem mcm den.

Persaingan penting sbg motivasi memperbaikki diri. Kalau dalam politik, BN bersaing dgn PR. Untuk tunjuk sapo yg lobih pandai berkhidmat & berbakti kpd rakyat. Tetapi bilo melibatkan ekonomi, kito bersaing nak bina bangunan tertinggi.

Sedangkan org lain tak heran pun dgn bangunan tinggi-tinggi. Korang tak raso polik ko?

1] BP atau dulu dikenali sebagai British Petroleum mempunyai aset sebanyak USD 236 billion pada tahun 2009. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/BP

2] Petronas pula mempunyai aset sebanyak USD 111 billion pada tahun 2009. Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Petronas

3] Tetapi kenapa head office BP yang baru tak sampai 10 tingkat? Sedangkan aset BP lebih 2 kali ganda dari Petronas. Dan kalau tak salah den, Head Office BP yang lamo adalah 15 tingkat. BP berpindah ke bangunan yg lebih rendah. Korang tak heran ko?

4] Gambar sebelah kiri di atas adalah bangunan BP yg baru di St. James's. Link :http://en.wikipedia.org/wiki/St._James%27s Ado sampai 80 tingkat mcm Petronas Twin Towers tak? Info lanjut : http://www.bp.com/genericarticle.do?categoryId=2012968&contentId=2001644

5] Petronas adalah kepunyaan rakyat Malaysia. BP tak salah den dah takdo kono mengono dgn kerajaan UK. Apsal Tun Mahathir jobo bona buek bangunan berkembar tertinggi di dunia sedangkan Petronas kepunyaan rakyat? Walhal pesaingnya BP tak ingin pun nak buek bangunan tinggi malah pindah pulak ke bangunan lobih rendah.
* Kerajaan UK tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam BP sejak tahun 1987 :http://www.bp.com/sectiongenericarticle.do?categoryId=9014444&contentId=7027525

6] Orang British sebagai bekas penjajah kita, sangat cermat menguruskan dana mereka. Diorg tahu buek bangunan tinggi tu rugi dan lebih baik ‘fully utillized’ bangunan, khas utk operasi BP. Ala, korang pun tahu, Petronas Twin Towers/KLCC lobih byk kosong daripada yg disewa.

PNB manara Warisan

7] Sapo pulak pesaing PNB? Tak payah poie jauh. Temasek Holding dari Singapura adalah pesaing terdekat PNB.

8] Dana yang diuruskan oleh PNB ialah sebanyak RM 140 billion (USD 45 billion), manakala Temasek Holdings mempunyao dana sebanyak USD 134 billion.
Sumber 1 : http://www.malaysiakini.com/news/145924
Sumber 2 : http://en.wikipedia.org/wiki/Temasek_Holdings
Sumber 3 : http://www.temasekholdings.com.sg/about_us.htm

9] Dana Temasek Holdings 3 kali ganda lobih dari PNB. Tetapi Tamasek Holdings sikit pun tidak bercita-cita utk masuk berlumba membina bangunan tertinggi. Tamasek Holdings sedar bahawa mereka tidak boleh boros dan buek move sesuko hati krn mereka adalah kepunyaan negara Singapura. Kepunyaan rakyat Singapura.

10] Adakah Singapura seluas negara India? Daerah Tampin kt N9 lagi luas dari Singapore bai. Penduduknya cuma 5 juta org je berbanding kita Malaysia yg seramai 28 juta org. Mcm mano negara kocik, penduduk sikit tetapi pelaburan rakyat dio lagi tinggi dari negara kita. Korang tak heran ko?

11] Ulang balik.
Rakyat Malaysia 28 juta => Dana PNB = USD 45 billion
Rakyat Singpura 5 juta => Dana Temasek Holdings = USD 134 billion

12] Di kedudukan mcm tu, PNB masih ado hati mahu membazir RM 5 billion utk membina bangunan 100 tingkat. Pundek.

13] Tamasek Holding maintain untung dgn pelaburan cerdik diorg di seluruh dunio. Bab ni den respek dgn org Singapore. Siap boleh boli kepentingan strategik syarikat Malaysia seperti Pantai Holdings Bhd dan beberapa yg lain semasa zaman Pak Lah. PNB? Pegi mampos la dgn diorg.

14] Naza Motors pun nak buek bangunan 100 tingkat gak. Tapi den tak heran sobab anak-anak Nasimuddin pakai duit arwah abah diorg. Bukan pakai duit rakyat. Tu pasal tak masuk dlm Bajet 2011. Dah duit arwah abah diorg, sukati diorg la nak buek apo pun.

15] Bilo Najib nak buek Bangunan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat sbg ganti bangunan 30 tingkat PNB di Jalan Tun Razak, Najib ‘terpaksa’ bentangkan dalam Bajet 2011 di dewan rakyat. Sobab PNB adalah kepunyaan kerajaan Malaysia. Sumber : http://www.pnb.com.my/about/about_us_chart.cfm?cat=6

16] Hutang negara dah lobih RM 362 billion. Link : http://www.malaysiakini.com/news/146366 Tapi Najib masih selamba teruskan projek bangunan PNB 100 tingkat. RM 5 billion tu sebenarnya duit sapo bai? Duit rakyat atau duit abah Najib?

17] Apo yg boleh den rumuskan, orang British dan orang Singapore lebih Islamik dalam bab pengurusan ekonomi mereka. Malaysia? Bukan setakat BODOH dalam ekonomi malah MEMBAZIR. Ingat, membazir adalah saudara SYAITAN. Tak pecayo? Cubo korang mintak dalil pado Ulama' Mudo UMNO bai.

Nahas dari kota keriangan

6 Maut 21 Cedera Selepas Bas Pelancong Terbabas Di Genting Highland



Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Kota keriangan pusat perjudian terkenal Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA










Idea tipu datang dari syaitan


Bas parkir bawa pengundi hantu dan syaitankah ini.

Umno dikhuatiri guna pengundi hantu (syaitan) di Galas
Wartawan Kita - Harakah

GUA MUSANG, 29 Okt: Umno dikhuatiri menggunakan taktik terakhir iaitu pengundi hantu bagi menghadapi PAS pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada 4 November ini.

Taktik kotor itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.

“Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.

“Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas,” katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.

Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.

“Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.

“Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini,” ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.

Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

sindrom menafikan

Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.

Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.

“Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan,” ujarnya.

pelajar IPT di kerah

Sementara itu arahan Kementerian Pengajian Tinggi melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dalam kempen pilihan raya di Dun Galas dilanggarkan sendiri menteri di kementerian terbabit apabila mengadakan Majlis Mesra KPT 2010 di Galas semalam.

Beberapa bas sebahagian besar bertulis Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain kelihatan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1.

Pada kain rentang ditulis program itu agihan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN, runding cara pembiayaan pendidikan dan kutipan balik dan runding cara peluang pembelajaran di UiTM.

Orang ramai mempersoalkan mengapa program berkenaan dibuat di Galas ketika musim pilihan raya kecil sekarang. Tentunya ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Saman, YB lain menyusul


MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
Hazayani Zakaria - Harakah

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.

tak telus

"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.

kemana wang ini

Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.

"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang jelas mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang.

Hutang kereta tak masuk bajet 2011


Harga kereta pasaran domestik lebih mahal
Dzulfikar Mashoor - Harakah

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.

Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

impak berantai

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

bajet gagal

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

Luka dan liku ber `kad kredit'


Kad Kredit...

Individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai.

Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 - 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target ‘jahat' si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harga yang mereka guna sahaja terlebih dahulu.

Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya.

INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Jumlah interest/riba sahaja berjumlah RM760. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semakin menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku.

Nota : Buat apa pakai kad kredit kalau ada TUNAI.

Khamis, 28 Oktober 2010

Angkuh tak mau undi Cina, India



Datuk Johari rasis ni masih tak faham dan keliru konsep satu Malaysia Najib, ini ketua bahagian, bayangkan orang kampung akar umbi umno lagi tak faham.

Melayu dan Islam tak sama

NONENik Aziz: Kerjasama Umno umpama Lebai Malang - mkini


Tok Guru menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.

Kata menteri besar kelantan itu, beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya.

bidas

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN.

muhyiddin pc 200910 02Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi ada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

sempit

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya.

Takut mudarat besar ke takut SB

Hab hiburan tetap salah, ulama tegur secara 'sir' - Mkini

Ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya.

Bagaimanapun, menurut pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) itu lagi, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk sir atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar (baca bila tak selari dengan pemimpin Umno, ia bakal mengundang padah)

“Secara prinsipnya, pusat hiburan, tidak kira di mana pun ia berada, tidak kira dibina oleh sesiapa pun, selagi ia bercanggah dengan hukum Allah, secara dasarnya ia tetap salah.

“Tetapi soal menegur, itu (hal) antara kami dan pemerintah dan tidak sewajarnya didedahkan (kepada orang ramai),” kata Fathul Bari yang menyertai Umno Jun lalu bagi tujuan “menasihati” pemimpin.

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan Isnin lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, dicadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Bercakap kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Fathul Bari menjelaskan, pandangannya itu dibuat berdasarkan contoh daripada atsar atau pertuturan sahabat Nabi Muhammad yang bernama Usamah bin Zaid.

Fahtul Bari berkata, sahabat Rasulullah itu memilih menegur kelemahan khalifah ketika itu Usman bin Affan secara tertutup dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.

Sementara itu, mengulas bantahan pelbagai NGO Islam terhadap perkara itu, Fathul Bari berharap persoalan kepentingan Islam diutaran tanpa sikap prejus dan merentasi kepentingan politik kepartian kerana menurutnya “yang benar itu tetap benar”.

Semalam, kecuali Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), pelbagai NGO Islam mula menyuarakan bantahan keras terhadap rancangan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Pertubuhan terbabit antaranya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Dijangkakan, rancangan 'kontroversi' itu bakal mengundang lebih bantahan dalam masa terdekat, termasuk daripada kalangan parti pembangkang.

Balu, anak-anak terbeban


Bongkah batu yang berbentuk sapi (lembu) yang menjadi tarikan pelancung ke taman negara Batu Sapi

BN peralat wanita, anak-anak dalam kesedihan
Warta Rakyat - harakah

SANDAKAN, 28 Okt: PKR menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan balu kepada bekas anggota Parlimen Batu Sapi yang baru meninggal dunia satu tindakan memperalatkan wanita yang sedang bersedih itu.

Demikian dakwa Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dalam sidang media yang diadakan di sini semalam ketika mengulas pemilihan Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya di Batu Sapi.

Bagi beliau, perbuatan BN ini telah membuktikan mereka lansung tidak menjaga perasan Linda dan anak-anak kepada kemalangan yang berlaku, dan diwaktu yang sama mereka terpaksa menerima kesusahan yang dibebankan dalam memastikan PBS dan BN berkuasa.

survival

"PBS telah mempergunakan Linda dalam survival politik mereka, BN sendiri juga sanggup mempergunakan seorang wanita dalam kesedihan dan mempuyai tasnggungjawap kepada anak-anak yang tertekan akibat kehilangan seorang bapa secara mengejut," kata Fuziah.

Suami Linda, Edward meninggal dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini apabila motosikal kuasa tingginya terlibat dalam kemalangan itu.

masalah bertutur BM

Sementara itu, media mula melihat calon BN itu menghadapi masalah untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia kerana sehingga kini tidak ada sebarang kenyataannya yang dibuat dalam bahasa Kebangsaan itu.

Ekoran itu Fuziah berkata, calon PKR adalah pilihan raya terbaik untuk rakyat Batu Sapi bagi membolehkan segala isu mengenainya disampaikan dengan baik dalam Dewan Rakyat.

"Calon MP perlu mampu membawa isu nasional yang mampu dihubungkait dengan isu tempatan serta boleh direalisasikan ke peringkat setempat. Oleh rakyat Batu Sapi perlu seorang calon MP yang berwibawa untuk suara rakyat keparlimen dalam memastikan kebajikan dan hak mereka dipertahankan," kata beliau dalam sidang media itu.

Rabu, 27 Oktober 2010

Video PRK Galas



Tahniah dan Syabbas

Pulau Pinang catat hasil paling tinggi-mkini

Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.

Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.

Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.

Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.

Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

Selangor

Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.

Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.

Hasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.

Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.

Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009.

Perlis diklasifikasi kurang memuaskan

Laporan Ketua Audit Negara 2009 juga mendedahkan Perlis sebagai satu-satunya negeri yang diklasifikasikan sebagai kurang memuaskan dari segi sistem penyampaian, terutama selepas gagal memastikan semua agensi negeri diaudit sebelum tarikh tamat 30 April.

Berdasarkan laporan itu, hanya tiga agensi iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyerahkan penyata kewangan untuk diaudit sebelum tarikh tutup, manakala baki enam lagi dilaporkan gagal.

Sementara itu, Bernama melaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2009 menyatakan lapan projek pembinaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak disiapkan
melewati tempoh kontrak, sementara satu projek terbengkalai.

Perak juga ada masalah

Lapan projek itu kelewatan antara 144 hingga 629 hari.

Projek-projek itu ialah Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan, Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar.

"Semakan mendapati empat daripada lapan projek telah disiapkan setelah mendapat Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa (PLKM) dan tempoh masa berdenda antara RM60,000 hingga RM214,220.

"Manakala tiga projek telah siap setelah diberikan PLKM dan satu lagi projek iaitu Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar masih belum disiapkan dan dalam tempoh masa berdenda.

"Kelulusan PLKM kedua tanpa sebab telah diberikan kepada kontraktor untuk pembinaan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar," kata laporan itu.

Laporan itu berkata punca kelewatan menyiapkan projek disebabkan oleh kelewatan kerja-kerja ujian tanah, kelewatan pihak kontraktor menerima arahan perubahan kerja, perubahan skop kerja dan kerja-kerja tambahan.

Menurut laporan itu, kelewatan telah menyebabkan kos projek Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping meningkat sejumlah RM168,152 atau 3.5 peratus daripada RM4.91 juta kepada RM5.08 juta.

"Kos projek Bangunan Kompleks Pejabat MPTI meningkat sejumlah RM2.21 juta atau 39.9 peratus daripada RM5.54 juta kepada RM7.75 juta.

Manakala kos projek Bangunan Kompleks Perniagaan dan Pejabat MPKK meningkat daripada RM3.98 juta kepada harga kontrak baru berjumlah RM5.33 juta atau 33.9 peratus kerana penamatan kontraktor pertama," menurut laporan itu.

Dalam pada itu, projek Pembinaan Dewan Serba Guna Padang Bandaran Kuala Kangsar bernilai RM6.7 juta yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak sebagai agensi pelaksana dan dibina oleh Serata Johor Sdn Bhd terbengkalai dan tidak disiapkan mengikut jadual asal kontrak.

Peruntukan membiayai pembinaan diterima daripada kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan berjumlah RM10 juta dan berdasarkan kontrak, tempoh projek selama 52 minggu itu bermula Mac 2008 dan dijangka siap Jun tahun lepas.

"Berdasarkan laporan kemajuan kerja, pelaksanaan kerja telah mencapai 63 peratus siap. Surat penamatan dikeluarkan terhadap kontraktor pada 30 Jun 2009 kerana tiada kerja dilakukan semenjak 25 Mei 2009," kata laporan itu.

Menurut laporan itu juga prestasi pelaksanaan projek adalah lemah kerana kurang pemantauan oleh PBT dan Jabatan Kerja Raya terhadap perunding dan kontraktor.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mencadangkan kerajaan negeri Perak dan PBT membuat pemantauan terhadap projek pembinaan secara berterusan supaya siap mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan dan peningkatan kos serta menyenaraihitamkan kontraktor berkenaan.

Mara tak semak baki


MARA lulus RM59.09 juta pinjaman tanpa peruntukan-mkini

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan pinjaman sejumlah RM59.09 juta kepada pejabatnya di peringkat negeri dan daerah di Wilayah Persekutuan dan lima negeri tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, selain Wilayah Persekutuan, kelulusan pinjaman itu diagihkan kepada Sabah, Kedah, Johor, Pahang dan Selangor untuk membiayai pinjaman berjumlah RM0.18 juta yang diluluskan pada 2007, RM10.11 (2008) dan RM48.80 (setakat Mac 2009).

"Semakan selanjutnya mendapati kelulusan pemberian pinjaman di peringkat pejabat MARA negeri dan daerah telah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan MARA," laporan itu dipetik.

Pinjaman itu juga diluluskan sebelum peruntukan Pakej Rancangan Ekonomi Pertama (PRE1) pada bulan April 2009 bernilai RM150 juta - RM50 juta untuk penambahan premis perniagaan dan RM100 juta bagi program pembiayaan perniagaan.

Sehubungan itu, audit itu berpendapat, permohonan pembiayaan hendaklah diluluskan berdasarkan baki peruntukan kewangan sedia ada bagi memastikan pembiayaan dapat disalurkan kepada peminjam pada masa yang ditetapkan.

"Kelewatan pengeluaran pinjaman akan menyebabkan operasi perniagaan peminjam terjejas atau peminjam mengambil masa yang lama untuk memulakan perniagaan," laporan itu dipetik.

Sementara itu, dalam laporan maklum balas daripada perbendaharaan negara, MARA telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengutip tunggakan pembiayaan tersebut seperti:

  • Pegawai MARA daerah mengeluarkan surat peringatan kepada peminjam yang tertunggak.
  • Kutipan melalui agen kutipan hutang yang dilantik.
  • Penubuhan jawatankuasa penguatkuasaan peringkat negeri yang bermesyuarat sebulan sekali.
  • Penubuhan jawatankuasa pemantauan.
  • Mulai Julai 2010, pembiayaan yang tertunggak empat bulan akan terus diambil tindakan penguatkuasaan.
"Tindakan tersebut di atas telah memberikan impak ke atas peningkatan kutipan pembiayaan bagi negeri Sabah yang didapati tunggakan berkurangan kepada RM0.86 juta (daripada RM21.57 juta) dikira setakat Jun 2010," penjelasan perbendaharaan itu dipetik.

Tabung Haji seleweng, astagfirullah?

Tabung Haji: RM 435,000 dikeluarkan secara tak sah


Sejumlah RM435,850 telah dikeluarkan melalui 113 proses transaksi yang tidak sah melibatkan 56 akaun pendeposit Lembagai Tabung Haji (LTH) di lima buah negeri bagi tahun 2007 hingga tahun lepas, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Sabah mencatatkan kes pengeluaran tidak sah tertinggi melibatkan 46 akaun dan jumlah pengeluaran RM355,100, diikuti Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka dan Selangor.

juruwang dan penyelia

Menurut laporan itu, antara punca kes pengeluaran wang tidak sah adalah wujudnya pakatan antara juruwang dan penyelia bagi membuat pengeluaran wang tanpa pengetahuan atau kehadiran pendeposit serta kecuaian penyelia untuk mengesahkan kehadiran pendeposit.

Selain itu, maklumat pendeposit seperti nombor akaun, nama dan baki akaun juga dapat diakses oleh juruwang walaupun LTH telah mengeluarkan arahan kerahsiaan maklumat akaun pendeposit pada 2008.

Justeru, LTH diingatkan agar memastikan kawalan dalaman dipatuhi dan beroperasi dengan baik untuk mengelakkan penyelewengan pada masa hadapan, selain melakukan penambahbaikan secara berterusan supaya pengurusan akaun pendeposit dilaksanakan dengan cekap dan teratur.

Laporan itu juga menyatakan sebanyak 100 kes pengeluaran melebihi baki akaun telah berlaku dari 2001 hingga 2009 yang melibatkan sejumlah RM115,191.

"Analisis audit mendapati 55 kes disebabkan kesilapan maklumat potongan gaji oleh majikan, cek ditolak bank (15 kes), perbelanjaan haji (15 kes) dan punca lain seperti simpanan dan pengeluaran di Mekah dan Jeddah (15 kes)," kata laporan itu.

Laporan itu turut memaklumkan bahawa bilangan pendeposit baru Tabung Haji telah meningkat kepada 617,614 orang pada 2009 berbanding 310,739 orang pada 2008.

Ini menjadikan bilangan pendeposit terkumpul seramai 5.36 juta orang pada 2009.

Dengan itu, Kumpulan Wang Pendeposit mencatatkan peningkatan dari RM20.58 bilion pada 2008 ke RM23.59 bilion pada tahun lalu.

- Bernama

Monopoli yang RUGI

KTMB catat kerugian RM1.45b sehingga 2008

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM1.45 bilion sehingga 2008 dan kerugian yang ditanggung menyebabkan syarikat pengangkutan keretapi milik kerajaan berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi sendiri dan hutang.

Dalam laporan dari 2006 hingga 2008 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang dibentangkan di Parlimen semalam, prestasi kewangan KTMB mempamerkan tahap yang tidak memuaskan berikutan kerugian yang ditanggungnya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata KTMB menanggung kerugian berjumlah RM118.91 juta pada tahun 2008 berbanding RM82.81 juta pada tahun sebelumnya.

"Berikutan itu,bermula 1994 sehingga 2008, KTMB terpaksa mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk suntikan dana tunai berjumlah RM760 juta dari kerajaan," kata Tan Sri Ambrin lagi dalam laporan audit yang dibentangkan.

Laporan Ketua Audit Negara juga menyebut, peningkatan kerugian berjumlah RM36.60 milion iaitu sebanyak 44.5 peratus pada 2008 adalah disebabkan peningkatan mendadak kos operasi KTMB yang berjumlah RM49.03 juta.

Menurutnya lagi, peningkatan berkenaan adalah 9.6 peratus lebih tinggi daripada jumlah kos operasi bagi tahun 2007.

Laporan iu juga menyebut, KTMB masih belum membayar bayaran faedah yang sudah matang setakat Julai 2010 daripada lima pinjaman berjumlah RM880.5 juta yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan sehingga Disember 2008.

Laporan audit berkenaan menambah, KTMB tidak membuat sebarang pembayaran balik kepadda hutangnya sejak dua hingga lapan tahun lalu.

Ini bermakna, pembayaran faedahi terhadap kelima-lima pinjaman terbabit perlu dibuat pada 2010 dan keadaan itu bakal menjurus kepada jumlah pembayaran faedah tertunggak meningkat kepada RM703 juta," sebut laporan Ketua Audit Negara berkenaan lagi.

Menurut laporan itu lagi, pembayaran semula hutang-hutang terbabit yang berakhir selewat-lewatnya pada 2025 akan menyebabkan kepada pembayaran aliran tunai berjumlah RM1.43 bilion.

SPRM bertindak

SPRM siasat laporan Ketua Audit Negara- Mkini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 13 kertas siasatan, 14 kertas penyiasatan awal serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, yang diumumkan semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tiga kertas siasatan dibuka di Johor, enam di ibu pejabat, dua di Terengganu serta masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Bagi kertas penyiasatan awal, enam dibuka di Perak, dua di Labuan, Sabah dan Kedah serta masing-masing satu di Terengganu dan Selangor.

Sementara itu, tiga kertas pemeriksaan dan perundingan dibuka di Johor serta masing-masing satu di Labuan, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, SPRM akan mengenal pasti beberapa perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan untuk dijadikan asas siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Nota : apa kesudahan berita ini, harap ada berapa menteri dan pengarah jabatan kena tangkap?...

Pusat Luncur Tsunami


Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera - Mkini


Seramai 40 orang dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran
7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.

Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.

Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.

Sementara itu AP pula memetik Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia sebagai berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.

"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.

pusat luncur

Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu.

Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.

"Kami buang keluar apa sahaja yang boleh terapung dan kami terjun ke laut dan bergayut padanya," kata Rick Hallet kepada stesen TV Australia - Nine Network.

"Mujurlah, ada benda yang dapat kami bergayut... dan kami dihanyutkan dan kemudiannya bergantung pada pokok tinggi yang kami temui dan duduk di situ selama satu setengah jam."

Ade Edward, pegawai agensi pengurusan bencana berkata, mayat-mayat ditemui di kampung-kampung di pesisiran pantai - terutama di pulau yang paling teruk dilanda gempa - Pagai - dan 167 orang lagi masih hilang.

Air di beberapa tempat mencecah mencapai paras atap, dan di Muntei Baru - sebuah desa di Silabu - 80 peratus rumah rosak.

Kira-kira 3,000 orang mencari perlindungan di kem-kem kecemasan hari ini, kata Edward. Manakala nasib krew beberapa buah kapal di Lautan Hindi, masih belum diketahui.

Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.

"Semua orang bergegas keluar rumah mereka," kata Sofyan Alawi, sambil menambah, jalan-jalan menuju ke bukit-bukit di sekitar kawasan itu sesak dengan ribuan kereta dan motosikal.

"Kami sering menoleh ke belakang untuk melihat sama ada gelombang datang," kata seorang lagi penduduk Ade Syahputra.

Jawapan tak masuk akal : Anwar


Nazri beri jawapan dangkal

Tidak boleh paksa daftar pemilih - Nazri
Hazayani Zakaria - harakah

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa mendaftar sebagai pemilih itu merupakan hak individu dan tidak boleh dipaksa.

"Mendaftar untuk mengundi itu merupakan satu hak kepada rakyat dan tidak boleh dipaksa. Ada orang yang tidak mahu langsung mengundi. Jadi mana boleh paksa mereka. Kita bukan macam Pakatan Rakyat suka memaksa orang," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh), hari ini.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.

Dalam soalan asal, Ab Aziz meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan.

Nazri berkata, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan.

"Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya," katanya.

Ab Aziz dalam soalan tambahannya bagaimanapun menegaskan, kaedah berkenaan dapat menjimatkan kos kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan kerajaan memberikan RM3 kepada pembantu pendaftar pilihan raya.

jimat wang 12 juta

"Kalau buat pendaftaran secara automatik kita boleh menyelamatkan banyak benda misalnya wang rakyat.

"Mengikut SPR, lebih daripada 4.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 21 tahun tidak mendaftar. Kalau kita ikut apa yang SPR cadangkan bagi RM3 kepada pembantu pendaftar, itu sudah melibatkan kos melebihi RM12 juta," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut mengemukakan soalan tambahan menyifatkan jawapan yang diberikan Nazri itu sebagai tidak masuk akal.

"Kalau empat juta tak daftar (sebagai pemilih), adalah kes untuk dipertimbangkan. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki. Ini empat juta tak daftar, sebab salah alamat. Ini alasan karut.

"Sepatutnya menteri kalau bertanggungjawb akan cakap, kita akan cari jalan sekurang-kurangnya tiga per empat daripada empat juta ini boleh mengundi," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mempersoal tugas Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (Mafrel) yang didakwa meihak kepada pembangkang.

"Apakah SPR perlu ada pemantau untuk memantau pilihan raya? Yang kita rasa ragu pihak pemantau ni kalau kita minta laporan hanya yang negatif. Bagi imej yang buruk kepada SPR dan negara.

"Pihak yang memantau bukan sahaja memberi imej yang buruk tetapi memihak kepada pembangkang. Ini Permatang Pauh tak boleh nafikan," katanya.

Nazri sekali lagi menuduh Pakatan Rakyat sebagai 'pengacau' dan sengaja mengganggu tugas SPR.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch