Negeri Kuat UMNO Takda AirKota Tinggi – Gangguan bekalan air sejak lapan hari lalu menyukarkan kira-kira 2,000 penduduk di Felcra Sungai Ara di sini, dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Rata-rata penduduk yang ditemui merungut kerana masalah gangguan bekalan asas itu mendatangkan kesukaran kepada mereka, sekali gus menjejaskan aktiviti harian seperti membasuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.
Seorang penduduk, Mohamad Hudzari, 58, berkata, ketiadaan air selama seminggu itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kolah di belakang rumahnya, namun bekalan itu juga masih tidak mencukupi.
“Mujurlah ramai penduduk di sini ada kolah di belakang rumah. Pada awalnya, bolehlah mereka menggunakan air tersebut, namun ketiadaan air yang berlarutan lebih seminggu ini menyebabkan air kolah menjadi kontang,” katanya kepada Sinar Harian.
Masalah bekalan air ini dipercayai berpunca daripada dua pam air yang sebelum ini digunakan untuk membekalkan air kepada penduduk di kawasan itu rosak. -SH
UMNO Kedah bising-bising kenaikan tarif air yang diumumkan pihak SADA di Kedah ditarik balik kerana kononnya membebankan rakyat. Dakwa mereka kenaikan 27 peratus adalah sangat besar.
Sedangkan UMNO di Johor terpaksa membisu bila paip dibuka airnya tak da!
UMNO Kedah perlu jadikan ia pengajaran.... dan bersyukurlah selagi ni'mat itu ada sebelum terjadi apa yang terjadi di negeri sahabat terkuatnya, Johor. -GB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan