Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Ahad, 24 Oktober 2010

Fahami kelas-kelas ekonomi melayu


PSM: Sokongan 70% Melayu penting untuk ke Putrajaya - Mkini

Jalan menuju Putrajaya dibina atas kepercayaan dan amanah 70 peratus orang Melayu peringkat bawahan yang masih berhempas pulas untuk memenuhi keperluas asas.

Dan kepercayaan ini tidak dapat dimenangi jika Pakatan Rakyat terus
membangkitkan tentang istilah seperti 'meritokrasi' yang menakut-nakutkan orang Melayu yang masih merupakan sebahagian besar daripada 40 peratus masyarakat bawahan, kata ahli parlimen tunggal PSM, Dr Jeyakumar Devaraj (kanan).

melayu miskin

"Dalam kawasan pilihan raya saya (di Sungai Siput) ada orang Melayu yang tidak mampu bayar bil elektrik dan ada yang tidak menyekolahkan anak kerana mereka tidak mampu membayar tambang bas.

"Anda bercakap tentang mengambil biasiswa (pelajar) Melayu, mereka bimbang. (Konsep) Malaysian Malaysia DAP menakutkan mereka," katanya dalam persidangan Sosialisme 2010 hari ini.

Tambahnya, apabila Pakatan Rakyat menyerang kuota bumiputera - sebahagian besarnya kerana ia mengkayakan segelintir orang Melayu - tetapi mereka juga turut menyerang mereka (orang Melayu) yang terpaksa berhempas pulas untuk hidup.

kelas-kelas melayu

"Fikirlah tentang perjuangan kelas dan tangani setiap kelas secara berbeza...Banyak orang Melayu miskin yang dieksploitasi oleh kontraktor Melayu juga," katanya

Dalam kertas kerjanya di persidangan PSM di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Jeyakumar mengatakan masyarakat Melayu dibahagikan kepada empat kelas - 70 peratus kelas bawahan Melayu, pekerja kelas menengah, kontraktor dan kelas korporat.

Bimbang tentang isu meritokrasi

Dari keempat-empat kelas tersebut, kontraktor Melayu juga bimbang tentang cakap-cakap mengenai meritokrasi, tegas Jeyakumar yang juga ahli pengasas PSM, kerana ia boleh mengakibatkan mereka kehilangan banyak peluang untuk mendapatkan kontrak kerajaan.

"Antara tahun 2005 dan 2010, projek bernilai RM1.2 bilion diberikan kepada kontraktor bumiputera kelas F.

"Apabila (Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak) bercakap tentang ketelusan dan tender terbuka, kumpulan ini tidak senang kerana mereka mungkin terpaksa berkongsi," katanya.

Menurut Jeyakumar, rasa tidak senang kumpulan tersebutlah yang diperjuangkan oleh PERKASA yang didakwanya menjadi jurucakap kelas kontraktor Melayu.

"Untuk mendapatkan impaknya, mereka akan menggerakkan orang Melayu miskin dengan menggunakan hal-hal seperti Perkara 153 (perlembagaan persekutuan) dan Islam, dengan mengatakan ianya telah mencabar," katanya.

"Pilihan raya umum akan datang bergantung kepada sama ada Pakatan Rakyat dapat membuktikan bahawa mereka boleh dipercayai untuk meneruskan program-program bagi kemajuan (orang Melayu miskin)," katanya.

PAS dan Pakatan kena meladeni (melayan) semua kehendak golongan marhain ini untuk ke Putrajaya dan memberi pukulan maut kepada UmnoBN yang hanya mengutamakan kelas korporat Umnoputera.

Lihat perjuangan Nabi SAW...dikelilingi oleh golongan hamba dan fakir...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch