Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

Harga gula naik GILA -Hadiah tahun baru 2010



PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Khamis.

BN punya hal PAS yang kena bayar pulak



Laporan Utusan Melayu : Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.

Saya berasa pelik bila baca laporan diatas - Kenapa kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan dan tidak oleh Peguam kerajaan negeri sendiri? Sedangkan yang menanggung balanya ialah kerajaan negeri.Lagi pula angkara tersebut adalah angkara kerajaan UBN yang lalu. Kenapa baru kini mahu dipertanggungjawabkan keatas kerajaan yang ada sekarang? Dan pula jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Berikut laporan freemalaysiatoday berhubung isu tersebut :

Kerajaan Kelantan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn Bhd sebagai ganti rugi kerana melanggar beberapa perjanjian.

Semalam, hakim Datuk Azman Hussin membuat keputusan berkenaan dalam prosiding berlangsung membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri. Kes berkenaan difailkan pada 2004.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) ketika menjelaskan kedudukan sebenar perkara ini berkata, masalah ini berpunca daripada keputusan yang dibuat oleh pemerintahan Umno-BN sejak 35 tahun.

Menurutnya sebagai latar belakang syarikat ini menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

"Kemudian ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah Kelantan, mereka membatalkan perjanjian tersebut pada 18 Mac 1975," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.

Menurutnya, ekoran pembatalan itu, syarikat berkenaan telah menghantar surat melalui peguam mengemukakan saman mencabar keputusan kerajaan negeri BN itu.

"Untuk itu kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat itu diterima yang dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas ketika itu, Tengku Ahmad Rithaudeen," katanya.

Rundingan yang diadakan pada 12 Julai 1975 bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan dengan membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta.

Husam berkata, selepas itu persetujuan dicapai untuk menubuhkan satu anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus untuk meneruskan pembalakan.

"Hasil daripada persetujuan itu, menteri besar menulis surat kepada syarikat berkenaan dan urusan di antara kerajaan negeri BN dan syarikat berkenaan berlanjutan dari 1982 hingga 1989.

Bagaimanapun, selepas kerajaan negeri bertukar tangan, syarikat itu sekali lagi menghantar tuntutan mereka.

"Kerajaan negeri ketika itu berpendapat isu tersebut sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri sebelumnya, bukan kerajaan sekarang," katanya.

Sementara itu, keputusan mahkamah tinggi Kota Bharu itu mencatat sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya

Husam berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000./ end

Ucapan Takziah Buat Lee Sang dan PKR Kluang



PAS Kawasan Sembrong mengucapkan takziah buat Timbalan Majlis Perhubungan PKR Negeri Johor yang juga Ketua Cabang Kluang, merangkap bekas calon PKR Parlimen Sembrong PilihanRaya 2008, Sdr. Lee Sang atas kematian isteri beliau petang kelmarin.

Mendiang banyak membantu Pakatan dan sokongan kuatnya kepada PKR dan suaminya telah memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat Johor terus berada dilandasan yang digeruni.

Dimaklumkan mendiang akan disemadikan di jirat perkuburan pada Jumaat ini.

Selasa, 29 Disember 2009

Penjaja kerepek dan pisang salai Melayu di Air Hitam diarah pindah







































Foto atas, Anggota Rela yang lebih eksyen dari Polis dan Majlis. Kelihatan Haji Alias, Abang Jahid dan Khairul Faizi yang berusaha membela golongan penjaja ini. Gambar jentolak yang tidak mengenal mangsa (JCB tak ada tulis majlis daerah mana dan mungkin dari syarikat pemaju projek kat sebelah tu). Foto bawah sekali, raut wajah sedih dan sayu makcik penjual kerepek.

Tercatit satu lagi sejarah hitam di Johor apabila penjaja-penjaja yang telah lebih sepuluh tahun mencari rezeki di gerai medan bahagia jalan Air Hitam Kluang terpaksa akur dengan kehendak pembangunan dan kehendak pemerintah dengan perobohan premis perniagaan mereka pada hari ini.

Para penjaja yang selama ini bergantung pendapatan dengan jualan makanan IKS seperti kerepek, keropok, pisang salai dan seumpamanya dihadiahkan dengan tindakan zalim pemerintah yang tidak mahu langsung berunding dengan mereka melainkan kesemua gerai tersebut mesti dirobohkan pada hari ini.

memorandum

Tidak ada apa yang dapat dilakukan walaupun DPPNJ telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Daerah Yong Peng pada 24 Disember 2009 yang lalu untuk merayu agar tempoh lanjutan masa dapat diberikan kepada ara penjaja.

Para penjaja sebelum ini telah diberikan notis untuk mengosongkan premis tersebut pada 27 Disember 2009 (semalam) iaitu setelah tempoh dua minggu diberikan kepada mereka pada 14 Disember 2009. Saya hanya dapat maklumat tentang perkara ini pada 22 Disember 2009 yang lalu maka inisiatif untuk membantu para penjaja adalah sangat minima dengan tempoh masa yang terlalu singkat.

Sebelum ini, para penjaja telah berniaga di jalan Air Hitam - Yong Peng yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Air Hitam dan premis mereka telah dipindahkan ke lokasi baru setelah kawasan lama tersebut terlibat dengan pembesaran jalan.

Bermula pada tahun 1998, tempat baru ini telah dikendalikan oleh majlis daerah dan setiap perniaga dikenakan dengan lesen perniagaan. Lesen tersebut telah dihentikan pada tahun 2008 kerana kawasan tapak gerai tersebut telah dijual kepada pemaju untuk menaikkan bangunan baru.

Mereka dijanjikan oleh pemaju untuk tempat berniaga yang baru namun tempat tersebut masih belum siap sepenuhnya untuk diduduki. Lebih malang lagi, kawasan baru tersebut terletak dalam kawasan projek pembinaan yang sudah tentu akan menghalang pengunjung untuk ke sana.

bimbang akan kehilangan jawatannya

Apa yang menyedihkan, wakil rakyat DUN Semarang seolah-olahnya tidak sedar bahawa beliau adalah wakil rakyat yang mana tugasnya adalah untuk mewakili rakyat namun apa yang berlaku ADUN tersebut tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu ini. Ditambah lagi, ADUN tersebut memberitahu kepada para penjaja bahawa beliau takut untuk menangani isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatannya. Justeru saya mencabar beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan memberi ruang kepada orang lain yang lebih bersedia untuk mewakili kepentingan rakyat!

Sepanjang lebih tiga jam tadi, saya dan beberapa rakan-rakan termasuk peniaga telah cuba untuk menangguhkan perobohan tersebut namun segalanya menemui jalan buntu. Malah, pihak polis, RELA dan anggota majlis daerah semakin ramai mengerumuni kawasan tersebut.

solat hajat di atas jalan

Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami telah mengadakan solat hajat di atas jalan raya di hadapan gerai tersebut kerana hanya pada Allah sahaja yang dapat diserahkan segalanya.

Saya telah memaklumkan kepada peguam PAS untuk melihat daripada sudut mana yang dapat DPPNJ bantu para penjaja. Saya tidak tahulah apa perasaan pemaju dan wakil rakyat yang boleh membiarkan para penjaja yang menitiskan air mata melihat premis perniagaan mereka dibiarkan untuk diroboh.

Mudah-mudahan Allah yang Maha Adil akan memberikan petunjuk dan balasan kepada mereka yang berlaku zalim ini.

Sumber Faizi

Beruntungnya Isteri Solehah



Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Isnin, 28 Disember 2009

Xavier Bekas Pemain Liverpool Bersara Dan Memeluk Islam




Ras Al Khaimah – Bekas pertahanan Portugal yang juga pernah bermain di Liverpool, Abel Xavier, mengumumkan pengunduran dirinya dari arena bola sepak dan perubahan agamanya.

Selain mengumumkan berhenti dari sepak bola, pemain yang beridentiti dengan rambut dan janggut putih itu juga mengumumkan agama baru dan nama barunya dalam sebuah sidang akhbar di Ras Al Khaimah, Uni Emirat Arab.

faisal

“Saya mengumumkan pengunduran diri dari sepak bola. Ini adalah perpisahan yang emosional, saya harap dapat terlibat dalam sesuatu yang spesial seperti saya memasuki babak baru dalam hidup saya,” tutur Xavier yang kini berganti nama depan menjadi Faisal.

“Di dalam masa-masa sulit, saya menemukan kedamaian di dalam Islam. Secaraberperingkat saya mempelajari agama yang menggalakkan perdamaian, kesamaan, kebebasan dan harapan. Ini sangatlah penting,” seperti dilaporkan oleh Goal.com.
Setelah gantung utb, kini Xavier menyibukkan dirinya dengan kegiatan-kegiatan kemanusiaan bersama Perikatan Bangsa-Bangsa dan juga bekerja dalam industri film di Amerika Serikat.

Dalam karier bola sepaknya, Xavier pernah bermain di Benfica, PSV Eindhoven, Everton, Liverpool, AS Roma, Galatasaray, Middlesbrough dan Los Angeles Galaxy.

P/s : Xavier terakhir bermain bersama David Beckham di LA Galaxy

Johor bakal bankrap menjelang 2012



Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.

Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!

"sebelum cukai"

Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012? Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

Apa implikasi kepada kerajaan negeri? Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

mampu bertahan selama 3 bulan

Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion? Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:

1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual? Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!

Program Titian kasih mengeratkan hubungan miskin dengan kaya

Logo Yayasan Amal Malaysia sebuah NGO Kebajikan yang banyak menjalankan aktiviti kemanusiaan.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor bersama Unit Amal Kulai Jaya telah berjaya mengadakan program tersebut pada 26 Disember 2009 di TJ Mart Saleng.

Seramai 80 orang pelajar miskin yang datang dari pelbagai lokaliti dalam daerah Kulaijaya akan diraikan. Mereka adalah terdiri para pelajar yang datang dari sekolah-sekolah seperti Felda Taib Andak, Felda Inas, Felda Bukit Permai, Kampung Murni Jaya, Kampung Pertanian, Bandar Putra, dan Taman Mewah.

Para pelajar ini akan dibekalkan dengan peralatan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam, beg sekolah dan perlatan menulis yang nilainya berjumlah lebih kurang RM 150 setiap set.

Sumbangan diserahkan kepada semua bangsa iaitu 65 orang pelajar keturunan Melayu, 10 orang pelajar keturunan Cina dan 5 orang pelajar keturunan India.

Majlis telah disempurnakan oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku wakil Yayasan Amal Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada pengarah program, Tuan Hj Afandi Abdul Samad dan Pengurus TJ Mart Saleng, PASTI Kulai Jaya, SRA Ibn Nafis dan semua penyumbang dan dermawan yang banyak membantu menjayakan program ini.

RM0.32 sen bagi setiap batang rokok - harga minima rokok



Penggemar rokok mesti marah dengan ketetapan harga baru rokok. Ada yang berhujjah menghisap rokok masih dikira makruh hukumnya dan yang jelas haram macam arak dan judi mesti dinaikkan harganya juga.


Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang
diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

harga minimum

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di ibunegara hari ini.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.

mengurangkan kebolehcapaian

Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama

Khamis, 24 Disember 2009

Berita kelakar hujung tahun - Sinar


Foto pesawat F5E TUDM, ini serius bukan kelakar, harta negara bukan hilang tapi diJUAL. Kes berlaku tahun 2007, Siapa menteri pertahanan masa tu?.


Oleh - Adb Jalil Ali

Semua orang tahu apa yang diceritakan ini adalah perkara serius yang sepatutnya tidak terjadi di negara kita. Sehari dua ini ia mencetus-kan kontroversi, dan menjadi tajuk utama media. Tetapi saya melihatnya sebagai kelakar. Susah hendak diterima akal yang waras bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Betul-betul macam dalam cerita kartun.

Dua unit enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang dari Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi, pada tahun 2007. Nilai setiap enjin itu dianggarkan RM50 juta. Ertinya tentera udara kita kehilangan barang bernilai RM100 juta.

tidak menghairankan

Boleh diterima akal sekiranya yang hilang ialah jam tangan, telefon bimbit, komputer riba, atau barang-barang mewah lain. Sebab benda-benda ini kecil, ringan dan mudah disembunyi-kan dalam saku, di bawah ketiak, atau disorokkan dalam kain sarung atau dalam telekung. Kehilangan benda-benda ini selalu kita dengar, tidak sedikit pun menghairankan.

Tidak juga saya hairan sekira-nya yang hilang ialah basikal, motosikal, kereta, kerbau, lembu dan sebagainya. Kehilangan benda-benda ini juga adalah perkara biasa. Usahkan pencuri profesional, orang yang baru belajar jadi samseng jalanan pun boleh mencuri benda-benda itu. Malah, kalau orang curi enjin bot sangkut pun, kita boleh terima logiknya.

Tetapi, macam mana orang boleh ‘curi’ enjin pesawat TUDM? Ini yang kita susah hendak percaya. Enjin kapal terbang bukan macam enjin bot sangkut. Enjin bot sangkut ringan, dan ukurannya tidak sampai setengah pemeluk. Mungkin enjin itu boleh dimasukkan dalam guni beras dan dipikul seorang sahaja.

- Dapatlan artikel penuh di SInar Harian hari ini.

Selasa, 22 Disember 2009

Kenapa Petronas tak taja Pasukan F1 Malaysia?







Gabungan Petronas, Mercedes dan Brown GP mambentuk pasukan F1 yang baru menjelang 2010. Apasal tak taja tim kita, mana semangat petriotik 1M'sia yang dilaung-laungkan oleh PM Najib?

PETRONAS akan menjadi penaja utama pasukan Formula Satu (F1) Mercedes GP.

Kedua-dua belah pihak sudah menandatangani perjanjian selama lima tahun.

Dengan kerjasama itu, bermula tahun hadapan juga, pasukan tersebut akan dikenali sebagai pasukan Mercedes GP Petronas.
Sebelum ini Petronas telah menaja pasukan Sauber.

“Kerjasama ini juga turut membenarkan urusan perniagaan dengan Mercedes yang akan menyokong untuk memperluaskan perniagaan antarabangsa Petronas terutama dalam bidang pelincir global,” kata Petronas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Bermula tahun hadapan juga, pasukan ini secara rasminya akan dikenali sebagai Pasukan F1 Mercedes GP Petronas.”

mengukuhkan lagi jenama Petronas

Petronas tidak mendedahkan jumlah tajaan yang diberikan tetapi mengakui kerjasama tersebut akan dapat mengukuhkan lagi jenama Petronas di pentas dunia selain dapat mempromosikan Malaysia.

Selain Mercedes GP, Petronas yang juga syarikat minyak dan gas terbesar negara, turut menjadi penaja utama bagi perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Malaysia.

Mercedes GP yang sebelum ini dikenali sebagai Brawn GP merupakan juara dunia berganda tahun ini bagi kategori pemandu melalui Jenson Button dan juga kategori pengeluar.

Begitupun, Button telah meninggalkan Mercedes GP untuk menyertai pasukan McLaren manakala tempatnya telah digantikan oleh pemandu Jerman, Nico Rosberg. – Agens

Isnin, 21 Disember 2009

Konsert Papa Rock Ramli Sarip di Bandar Tenggara dibatalkan angkara Umno



Logo NGO Aman Palestin sebagai penganjur bersama Konsert Ramli Sarip yang dibatalkan disaat-saat akhir mengecewakan peminat `Papa Rock' terutama yang membesar di zaman kegemilangan beliau bersama kumpulan `Sweet Charity'

Catatan Zabidie

ADUN UMNO Tenggara Setaraf Tentera Zionis

Konsert Amal anjuran Aman Palastin yang sepatutnya berlangsung malam tadi dibatalkan disebabkan tidak mendapat kebenaran oleh Lembaga kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Kami menghubungi pegawai KEJORA, seorang pegawai berkata ianya perlu dirujuk kepada Y.B Datuk Baderi Dasuki.(Dah sakit tapi tak sedar diri)

Dasarnya pihak KEJORA telah meluluskan pengunaan Stadium Bandar Tenggara tetapi tangan ajaib menghalangnya.

tiada bayaran diatas kehadiran beliau

Sehingga malam tadi tiket telah dijual lebih 2,000 helai bernilai RM20.00 setiap satu. Ramli Sarip memaklumkan tiada bayaran diatas kehadiran beliau.

Pencatat dan semua Urusetia Konsert Aman Palastin merasa meluat dan jijik terhadap pemimpin UMNO itu. Beliau setaraf tentera Israel.

pertandingan bolsepak

Pemuda UMNO Tenggara serta-merta mengantikan majlis Aman Palastin dengan pertandingan bolsepak.

Aktiviti kemanusiaan yang Aman Malaysia anjurkan bagi membantu rakyat Palastin yang dikejami oleh rejim zionis Israel dihalang oleh wakil rakyat UMNO.

Ahad, 20 Disember 2009

Maybank asyik-asyik `Out Of Service'




Foto logo Maybank : jangan hilangkan kepercayaan rakyat terhadap bank kamu.

Sakit Hatiku Membuak-buak!

Sakit Hati Tahap Pertama.

Hari ini aku mencari ATM Maybank yang masih berfungsi di sekitar Cheras. Dari stesen minyak hingga ke cawangan-cawangannya. Semua memaparkan ”Out of Service”. Perkara seperti ini biasa berlaku pada hujung minggu. Aku yang tak serik-serik!

Sakit Hati Tahap Kedua

Sebelum itu, hatiku disakiti dengan peristiwa di bawah.

Lost or stolen card?

Don't worry. Call 1-800-88 3231 or 03-2072 1373 for credit cards and 1-300 88 6688 for ATM cards to report it immediately.

Itu janji Maybank kepada kita. Janji yang dibuat dalam bahasa Inggeris kerana kita sememangnya tidak menjangkakan bahawa mereka berminat untuk menggunakan bahasa Melayu.

Laman web maybank2u.com.my 100% berbahasa Inggeris, sedangkan lebih 50% pelanggannya berbangsa Melayu.

“Helo, Maybank. Saya Samsudin Jidin. Saya ingin melaporkan kehilangan kad ATM saya, tetapi saya ingin memohon supaya penggunaan kad itu digantung (suspend) terlebih dahulu sebelum ditamatkan perkhidmatannya bagi membolehkan saya mencari kad tersebut di sekitar rumah.

Jika didapati benar-benar hilang, baharulah saya akan membuat aduan rasmi tentang kehilangan kad berkenaan" kata saya kepada penyambut panggilan yang ramah (?).

“Boleh tak Encik memberikan nombor kad yang hilang itu kepada saya” sampuk gadis yang bersuara lunak di sebelah sana.

“Saya tak ingat dan tak semestinya saya perlu mengingati nombor sebanyak 16 digit itu. Nombor itu tidak penting, kecuali nombor akaun dan nombor pin” kata saya yang mula naik angin.

” Ini prosedur Encik" balasnya.

”Prosedur tak betul kena perbaiki”, kata saya dengan suara yang agak tinggi.

”Oklah Encik. Saya akan maklumkan masalah ini kepada pihak atasan kami. Mengenai kehilangan kad ATM Encik, kami tidak boleh menggantung perkhidmatan kad Encik. Encik kena pergi ke cawangan kami yang berhampiran untuk menukar kad baharu. Tetapi kami akan mengenakan caj sebanyak RM12.00”.

”Mengapa tidak boleh digantung dahulu, sedangkan kad kredit boleh? Saya tidak mahu dengan mudah kehilangan RM12.00 kepada Maybank" jerit saya yang sudah hilang sabar sedikit.

”Ini prosedur Encik” balas penyambut panggilan.

”Prosedur lagi... Kalau tak dapat bantu saya tak apalah” kata saya dengan kecewa.

”Ya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu lagi” katanya mengikut format khidmat pelanggan Maybank.

”Maaf, dari mula lagi anda tidak membantu saya”, balas saya dan terus menamatkan panggilan.

Begitulah cerita bagaimana sakitnya hatiku berhadapan dengan syarikat kewangan di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya sistem pasaran monopolistik mereka. Orang ramai terpaksa akur

Blog akan bertahan lama dan amat berpengaruh

Foto Dr Abu Hassan Hasbullah dengan imej kacamata google yang membentang kertas kerja tersebut berdasarkan kajian dan fakta.

Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

rujukan paling utama generasi muda

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.


Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengongkong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

orang akan mencari jalan yang lain

"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.- hrkh

Konsert Renggo Arrow mantap di Parit Raja




Foto Renggo bekas vokalis kumpulan rock Arrow yang masih kelihatan muda biarpun sudah mesuk umur 40an. Gambar fail Renggo bersama Tok Guru Nik Aziz dan ikon rock Amy Search. Beliau telah menyerahkan borang PAS kepada Tok guru manakala Amy insyaallah akan menyusul.

Parit Raja, konsert Orang Muda Geng Kita yang menampilkan artis Renggo malam tadi memang meriah dan penuh nostalgia. Dengan iringan band ABC (Alternatif Band Club) pimpinan Abang Abas yang juga pemain gitar utama mengingatkan zaman sekolah dengan lagu-lagu Renggo yang tangkap lentok. Suara beliau masih nyaring dan tinggi membuatkan saya kagum dan tabik spring untuk beliau.

Dewan Cina Parit Raja dipenuhi hadirin tua dan muda yang hadir dan dapat berhibur dengan lagu-lagu dakwah dan lagu nasihat serta mendengar diklimasi sajak oleh Amir Jagat yang penuh semangat. Persembahan 2 kanak-kanak yang menyanyikan lagu 123 dendangan Aris Ariwatan menambah seri majlis dan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.

Tahniah kepada Jabatan Kesenian Pemuda (Bro Sheikh)dan Unit Amal kerana berjaya mengadakan konsert tersebut dan moga ianya dapat membantu mendekatkan masyarakat muda mudi dengan PAS. Mat rock kapak dah ramai yang bersama Parti Islam dan menyokong perjuangan ulama. Masa depan Islam semangkin CERAH.

Rabu, 16 Disember 2009

`Mat Saleh' terkejut tulisan JAWI dah pupus di Malaya


Foto Akhbar Utusan Zaman tulisan jawi yang orang melayu sekarang pun tak boleh baca akibat pertukaran silibus pelajaran sekolah oleh Umno


Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

“Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?”

“Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.”

“How do you have a good English (Latin character) writing?”

“Because simply I’d been grown up by this.”

“Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.”

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.

Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.

Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za’ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya ‘Rahsia Tulisan Jawi’, agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan.

Akta Bahasa yang membinasakan JAWI

Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me’latin’kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Sumber adibfana

Kakitangan RISDA terpinggir, kesian


Foto Risda yang sepatutnya bukan hanya jaga kebajikan pekebun kecil tetapi kena prihatin juga masalah kakitangan yang dikatakan terpinggir

Saya ingin berkongsi satu cerita yang telah terjadi di Risda yang membuatkan ramai kakitangan Risda berasa seperti telah dipinggirkan oleh pihak pengurusan.

Kakitangan Risda yang telah lama berkhidmat, pernah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang, sentiasa mencapai nilaian prestasi lebih 80% setiap tahun, selalu berjauhan dengan keluarga kerana desakan tugas, pernah diberi tugas menanggung tugas gred 41 sebelum ini malah mendapat sokongan kuat dari ketua mereka tidak terpilih langsung untuk mengisi jawatan tersebut.

Saya yakin bahawa ada ramai kakitangan Risda yang mempunyai kelayakan yang jauh lebih baik dalam semua segi berbanding mereka yang telah diterima untuk jawatan tersebut.

Campur tangan Ketua Pengarah

Campur tangan Ketua Pengarah Risda iaitu Dato' Izat Hasan diyakini telah mengganggu proses pemilihan kakitangan baru ini. Jika kata akhir datang dari mulut Ketua Pengarah maka kenapa perlu diadakan proses temuduga dan sebelum itu juga telah diadakan Risda Accessment Center (RAC) yang menelan belanja kira2 RM100,000.

Untuk makluman, Risda adalah satu badan berkanun persekutuan dan menggunakan skim perkhidmatan tertutup iaitu kakitangan RISDA hanya boleh ditukarkan di dalam perkhidmatan Risda sahaja dan tidak boleh sewenangnya ditukar ke agensi lain. Maka sewajarnyalah kakitangan Risda diberi keutamaan untuk meningkatkan kerjaya mereka di Risda.

Maka, jika sebegini yang berlaku dalam semua agensi kerajaan, adakah mutu perkhidmatan akan dapat ditingkatkan. Bagaimana pula pencapaian hendak diutamakan jika kebajikan tidak dijaga. Impaknya pasti akan dirasai oleh rakyat.

Rumah Mantan PM Abdullah RM 12 Juta

Foto bahagia Tun Abdullah Badawi dan Isteri kerana akan duduk di rumah ibarat istana agaknya. Mewahnya sehingga menelan kos sebanyak RM 12 juta yang mana bajet dan plannya tak pernah dibentangkan di parlimen.

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasan hari ini mempersoalkan, dari manakah bajet itu diperolehi.

Ini kerana, ia tidak pernah dibentang dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan

Selasa, 15 Disember 2009

Sokongan moral kepada Cik Cheng Aktivis Suaram



Foto fail Cik Cheng Lee Whee selepas ditahan dalam himpunan PROTES

Saya menyeru kepada teman-teman seperjuangan untuk hadir ke perbicaraan pertama Cik Cheng Lee Whee pada 16 Disember 2009 di Majistret Jenayah 1 Johor Bahru pada pukul 9 pagi. Cik Cheng yang saya kenali adalah merupakan seorang aktivis Suaram Johor dan beliau telah ditahan untuk siasatan di bwh Seksyen 28 ISA oleh Polis IPD Seri Alam atas arahan Ketua Polis Negeri Johor selama 19 jam pd 18 Oktober 2008.

Beliau ditahan kerana membuat aduan di Portal Polis Kontinjen Johor (www.polisjohor.gov.my) tentang pengusiran paksa yang berlaku di Kampung Baru Pelentong Tengah (KBPT) pada pukul 10 pagi 16hb Oktober 2008.

Sebagai tanda sokongan moral kepada beliau yang berada di selatan tanahair untuk turut sama memberi sokongan kepada beliau.

sumber Faizi

BN hampir tumbang di parlimen


Foto bangunan Perlimen tempat berlangsungnya persidangan dewan rakyat. Ahli Parlimen BN selalu ponteng dan malas datang sidang dan bila tiba masa mengundi terbukti BN hampir tumbang. Tahniah YB Pakatan.

Oleh HASMI HASHIM

Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!
Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.

1 undi majoriti

Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 63 di pihak Pakatan Rakyat dan 64 di pihak BN.

Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.

Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.

Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat mendahului

Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan’ hebat tersebut.

Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.

Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.

pucat muka

“Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka,” katanya.

Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.

Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.

senator adalah tidak layak untuk mengundi

Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.

Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.

usul undi tidak percaya

Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.

Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.

Isnin, 14 Disember 2009

Star Of David bukan lambang asal Rejim Yahudi





Foto bendera Israel yang menipu dengan mencedok idea lambang bintang berbucu enam seolah-olah mereka penduduk asal tanah itu

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid .

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

lambang bangsa Arab Kan'an

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.

Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

mengekalkan lambang bintang enam

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun.

Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

Yuran makan asrama naik lagi



Foto dewan makan asrama, biasa dengar rungutan budak asrama, dah lah masak tak sedap, maklum tender syarikat saudara mara pengetua, ada hajat nak naikkan yuran makan asrama. Cuba bagi tender masak kepada pengusaha masak madrasah, mesti sedap dan murah.


KUALA LUMPUR: Yuran makan asrama bagi pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 mulai tahun depan.

Kenaikan 200 peratus itu membabitkan murid di asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara.

Ia sebahagian daripada strategi dan langkah penjimatan Kementerian Pelajaran selepas peruntukan bantuan persekolahan pada tahun depan dikurangkan berbanding tahun sebelum ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata selain itu, bilangan hari bagi bayaran yuran makan asrama turut dikurangkan sebanyak 50 hari daripada 250 kepada 200 hari.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga dengan jumlah pendapatan RM4,999 sebulan ke bawah kekal RM1 sehari.

"Murid di asrama sekolah pendidikan khas kekal dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 270 kepada 220 hari.

"Asrama murid Orang Asli, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), asrama desa dan asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 250 kepada 200 hari," katanya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2009 berhubung pindaan yuran makan asrama yang disiarkan di laman web Kementerian Pelajaran semalam.

Alimuddin berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Menteri Pelajaran dan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Haili Dolhan, ketika dihubungi berkata, kenaikan itu tidak membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.

"Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan.

"Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara RM8 hingga RM12 sehari," katanya.

Beliau berkata, bilangan hari bagi pembayaran yuran makan untuk semua jenis asrama dikurangkan 50 hari selepas menolak semua hari cuti, termasuk cuti kelepasan am dan peruntukan cuti hujung minggu untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, jika subsidi makan yang diperuntukkan kerajaan untuk mana-mana asrama tidak mencukupi berikutan hari pelajar berada di sekolah melebihi daripada hari yang ditetapkan, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan.

Universiti Simpang Renggam - Melahirkan Pakar Penjenayah



Foto pintu Penjara Simpang Renggam yang sepatutnya menjadi pusat pemulihan akhlak bukan pusat merekrut penjenayah

Ada 2 tajuk berbeza pada dalam isu Penjara Simpang Renggam

• Mekanisme pencegahan rekrut baru

• Pusat Tahanan itu sendiri

Mekanisme pencegahan rekrud baru

Yang ini KDN dibawah Dato Hishamuddin perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrut-rekrut baru muncul dari dalam suasana penjara.

Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu.

PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis dan buah-buah komunis. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam kononnya (sekarang sudah sesat).

Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrut dengan unsur-unsur gangster Cina) dan di sinilah muncul satu entiti baru bergelar MERAH atau 36. Satu entiti yang menggabungkan unsur PEKIDA dengan komunisme. Jika dalam PEKIDA Pak Long Burung bertaraf abang, dalam 36 dia bertaraf Ayah.

Kes yang sama terjadi pada penjenayah India. Penjenayah persendirian dan berkumpulan kecil akan menjadi besar selepas keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam. Pelbagai ilmu, teknologi, jaringan, kemahiran akan diperoleh dari situ. Pusat Tahanan Simpang Renggam seumpama University Jenayah Malaysia.

Jadi, KDN perlu mengambil tajuk ini dengan serius. Satu kajian dan sistem pemangkin perlu dilaksanakan kerana ianya membarah dan kembali menyusahkan orang awam.

Pusat Tahanan itu sendiri

Pusat Tahanan Simpang Renggam TIDAK BOLEH ditutup semata-mata kerana taktikal politik Samy Vellu, atau taktikal politik Umno BN itu sendiri. Samy Vellu bagi bola tangguh, UMNO smash untuk kelihatan juara kaum. Kemudian UMNO bagi bola tanggung pulak, MIC smash untuk dilihat juara kaum.

Pusat tahanan itu perlu kekal bagi menahan dan mencegah jenayah. Cuma isu tajuk di atas perlu diselesaikan. Pusat Tahanan perlu kekal sama ada di Simpang Renggam atau dipindahkan ke tengah pulau atau ke mana sahaja. Untuk tajuk pusat tahanan.

Sekali lagi yang perlu diambil tindakan ialah pencegahan rekrut baru dalam pusat tahanan, sistem pemilihan tahanan yang perlu telus, tidak wujud elemen cuai yang mengundang padah pada orang yang tidak bersalah, keselamatan penduduk sekitar sekiranya berlaku kes lari.

Wallahualam. Sumber AT

Lelaki Switzerland Bina Menara Olok-olok Bantah Larangan




Foto lelaki swiss bukan Islam bergaya bergambar disebelah menara buatan sendiri ala menara masjid yang bercat emas. Malulah kaum muslimin, kenapa kita tak bantah, jangan senyap saja saudara

Seorang lelaki Switzerland telah membina sebuah model menara masjid di atas gudangnya bagi membantah larangan pembinaan struktur yang dikaitkan dengan masjid itu, menurut laporan sebuah akhbar pada hari Ahad, sehari selepas ratusan penduduk berkumpul di luar parlimen untuk menentang larangan itu.

Pemilik kedai kasut, Guillaume Morand, yang bukan seorang Islam, membina model menara siap dengan cat berwarna emas, memberi gambaran bantahan terhadap satu pindaan perlembagaan yang diluluskan kerajaan pada akhir bulan lepas.


“Ia memeranjatkan apabila masyarakat Switzerland telah mengundi untuk larangan itu,” Britain TimesOnline memetik Morand sebagai berkata. “Kini kami [orang Switzerland] mendapat sokongan semua pihak-pihak merentasi Eropah. Ini memalukan.”

Morand menyatakan dia melihat larangan itu "memeranjatkan" sekiranya Switzerland dalam masa yang sama menggalakkan orang-orang Arab untuk "melawat negara itu dan membelanjakan wang mereka di sini."

Orang kanan People Party, yang mengusulkan terhadap larangan itu, menuduh Morand telah menggunakan menara untuk publisiti perniagaannya, tetapi Morand menegaskan bahawa menara plastik adalah lambang “keamanan dan toleransi.”

“Menara kepunyaan saya cantik. Boleh dikatakan saya berbangga dan gembira apabila rakyat bercakap mengenainya,” Morand, 46, berkata.

Morand bagaimanapun menyatakan bahawa jiran-jirannya tidak gembira dengan struktur menara itu dan telah "dihujani dengan penghinaan bersifat perkauman,". Akhbar itu turut melaporkan, sejak menara itu telah dinaikkan minggu ini sekurang-kurangnya seorang daripada jiran-jiran Morand telah mengancam untuk meruntuhkannya.

Morand juga berkata polis tempatan telah mengambil gambar struktur itu dan telah mengancam untuk memfailkan satu laporan, yang akan membawa kepada pertarungan guaman tetapi pemilik kedai tidak risau dan berkata “Saya baru sahaja mendapat sepucuk surat daripada seorang hakim. Jika mereka menyaman saya, saya akan lawan. Tiada justifikasi untuk satu hukuman mengenai perkara ini.”

Agama Keamanan

Sementara itu pada hari Sabtu lalu 500 orang telah berkumpul di luar parlimen di Bern untuk mengutuk larangan pembinaan menara, di mana Switzerland hanya mempunyai empat menara masjid setakat ini.

Terdapat tulisan-tulisan pada kadbod yang dibawa semasa perhimpunan seperti "Islam" dan "Kami adalah orang Islam, bukan Hitler," pengelola-pengelola daripada pusat Majlis Islam Switzerland ,bagi menghantar satu mesej Islam itu adalah agama keamanan yang mengajar pengikutnya supaya menghormati kepercayaan-kepercayaan agama lain.

Nicolas Blancho, seorang muslim yang juga penganjur demonstrasi daripada sebuah Pertubuhan Islam Switzerland telah memberitahu hadirin, umat Islam di sini tidak menuntu perlaksanaan undang-undang Syariah di Switzerland, menurut laporan sebuah agensi berita ATS.

Larangan pembinaan menara itu telah menerima kritikan meluas di seluruh dunia, Pesuruhjaya tinggi PBB bahagian hak-hak manusia , Navi Pillay menyebut larangan ini "diskriminasi keterlaluan ini telah memecahbelahkan negara dan ia langkah yang silap diambil oleh kerajaan Switzerland."

Kerajaan Switzerland cuba untuk meyakinkan 400,000 orang Islam, kebanyakannya adalah etnik Balkan dan asal Turki, tindakan larangan ini "bukan suatu penolakan terhadap masyarakat Islam, agama atau budaya."

Switzerland mempunyai kira-kira 200 buah masjid, dengan hanya empat antaranya yang mempunyai menara.

Royalti Minyak: Najib derhaka wasiat bapanya



Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.

Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.

Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.

Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.

Malangnya, Dato’ Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.

Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.

anak derhaka

Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.

Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN.

Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.

Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.

Bajet untuk perlimen sangat sedikit berbanding bajet kepada BTN- Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 12 Dis: Ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Wan Ubaidah Wan Omar menyelar Kerajaan Pusat yang tidak berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan khususnya dalam program Biro Tata Negara (BTN).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung kos BTN yang berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"Untuk kos yang sebegitu besar, kita tidak melihat sebarang kesan yang efektif dan konstruktif terhadap peserta yang menghadirinya," katanya kepada Harakah.

Tegasnya, program yang berbentuk 'doktrinisasi' itu seharusnya menanamkan rasa cintakan negara dan bukannya cintakan Umno-BN.

"Malangnya, dengan kos yang telah 'dihanguskan' itu kerajaan masih perlu menghadapi masalah gejala sosial yang semakin meningkat apabila kes dadah, Aids, pembuangan anak, dan sebagainya bertambah setiap tahun.

"Pihak penganjur sepatutnya memastikan kandungan BTN yang telah dilaksanakan sebelum ini komprehensif dan bukannya menghancurkan golongan belia yang merupakan aset negara," kata Wan Ubaidah yang juga Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan para peserta yang pernah menghadiri kursus ini yang mendakwa pihak penganjur mendoktrin minda mereka agar sayang pada Umno-BN selain mengugut mereka agar tidak menyokong selain parti itu.

pemikiran dikongkong

"Bagaimana hendak melahirkan golongan yang profesional jika pemikiran dikongkong serta ditakutkan? Mungkin sebab itulah gejala rasuah kian berleluasa kerana ramai pengampu yang dilahirkan kursus BTN itu," ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan mengesyorkan agar kos tersebut lebih baik disalurkan bagi membantu pembangunan rakyat termiskin dan infrastruktur kawasan yang memerlukan.

Dalam perkembangan yang sama, isu BTN terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina apabila akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'.

Menurut akhbar itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta.

Chin Tong mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat 'memeranjatkan' kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata beliau lagi, menurut Bajet BTN 2010 itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan dan penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

bajet untuk parlimen sangat sedikit

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk parlimen sangat sedikit," kata ahli parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam http://blog.limkitsiang.com menyelar kerajaan dengan mendedahkan perbelanjaan BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.

Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.

Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

"Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini,"

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Ridzuan Mohamad menyifatkan Kursus BTN sebagai 'tidak sesuai' yang menyuntik sentimen perkauman dan tidak membantu melahirkan kepimpinan dalam persatuan pelajar.

Selain itu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hisyamuddin Che Ali berkata Fakulti Pengajian Islam mengadu bahawa sentimen perkauman sememangnya diajar pada kursus-kursus BTN dengan memaklumkan orang Cina merupakan pendatang yang dibawa masuk ke negara ini.

Isu peruntukan masjid: Badan Pemantau Khas diperlukan - Dap



Foto Masjid Kristal Terengganu, siapa yang memantau peruntukannya, berapa belanjanya, tak tahu dan tak dibentangkan, siapa imam, bilal dan makmum yang mengimarahkannya, lagi tak tahu...

SHAH ALAM - DAP tidak pernah mempertikaikan pembinaan masjid di negara ini, kata Timbalan Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw.

“Apa yang penting, jangan sampai membazir. Sebagai contoh, ada tempat yang mempunyai terlalu banyak rumah ibadat sehingga ada yang kurang digunakan. Ada pula kawasan amat memerlukan rumah ibadat baru kerana yang sedia ada tidak cukup,” katanya.

Dr Seng Giaw ditanya mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib kelmarin bahawa Pas akan membina lebih banyak masjid jika menjadi Kerajaan Persekutuan.

Dr Seng Giaw berkata, mana-mana kerajaan memang bertanggungjawab mengadakan tempat beribadat.

Beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan Badan Pemantau Khas untuk meneliti kawasan-kawasan penempatan yang memerlukan pembinaan rumah ibadat baru selaras dengan keperluan semasa.

Badan khas itu, katanya, amat diperlukan kerana masyarakat negara yang berbilang kaum dan agama boleh memohon untuk pembinaan rumah ibadat, sejajar dengan hak beragama selain tidak merasa terpinggir.

mengelakkan pembaziran wang rakyat

Menurutnya, pembinaan tempat beribadat mengikut keperluan kawasan juga boleh mengelakkan pembaziran wang rakyat kerana pembinaan melebihi keperluan tidak dibenarkan oleh mana-mana agama.

“Kita harus bina ikut keperluan. Apa guna bina masjid, tokong atau kuil jika bilangan tempat beribadat sudah mencukupi di kawasan terbabit. Oleh sebab negara kita mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama, kita amat perlukan dasar yang adil supaya tiada pihak rasa terpinggir,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Isu ini timbul apabila Ahli Parlimen Taiping yang juga Ketua Pemuda DAP Perak, Nga Kor Ming, mengeluarkan kenyataan mengenai perbelanjaan RM748.26 juta bagi pembinaan 611 masjid bagi dari 2000 hingga 2008.

Ketagih dengan duit Petronas, Ekonomi negara makin teruk


Foto logo Petronas yang menjadi GIAN pemimpin Umno BN membelanjakan secara BOROS.

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat.

“Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.”

kian membengkak

Beliau yang juga ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun.

“Penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun, ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

“Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.”

ketagihan tersebut disebabkan amalan boros

Dakwanya lagi, ketagihan tersebut disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan dan pengurusan kerajaan sendiri.

“Kalau projek pembinaan yang asalnya RM4 bilion boleh jadi RM4.5 bilion kerana boros, ketirisan dan rasuah, kerajaan tiada jalan lain kecuali menggunakan dana Petronas melebihi kadar yang sepatutnya.”

“Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.”

Beliau turut meminta Petronas bersikap lebih telus dan tidak melayan ketagihan beberapa pemimpin Umno BN yang dianggap boros, mengamalkan rasuah dan ketirisan dalam menguruskan perbendaharaan negara.

Selangor berhak tentukan sendiri tarikh PRU13 macam Sabah dan Sarawak




Foto MB Selangor Datuk Khalid Ibrahim yang bertegas tidak mahu tarikh PRU13 ditentukan oleh SPR atas nasihat BN sahaja. `Kita bersama pakatan rakyat akan tentukan terikh sendiri' kata beliau.

PETALING JAYA - Kerajaan Selangor berhak tidak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan Kerajaan Pusat dan menetapkan tarikhnya sendiri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh halang jika Kerajaan Negeri mahu memilih tarikh PRU berasingan.

Beliau diminta mengulas rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU ke-12 dalam PRU akan datang.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berusaha untuk kekal sebagai pemerintah di negeri itu selepas PRU-13.

“Kita akan berusaha kalahkan Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu menilai kebaikan dan faedah yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengundi PR,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada 52 sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, semalam.

sistem sekolah percuma

Mengenai rancangan Kerajaan Negeri hendak melaksanakan sistem sekolah percuma untuk semua sekolah di negeri ini, katanya, ia dapat ditimbangkan jika Kerajaan Pusat memberi peruntukan yang cukup.

Katanya, Kerajaan Pusat mendapat RM16 bilion daripada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini, tetapi sehingga 27 Oktober lalu, Kerajaan Negeri hanya menerima RM408.26 juta.

“Saya tidak fikir Kerajaan Pusat akan berikan jumlah yang lebih banyak dan saya faham mereka juga perlukan peruntukan untuk jalankan projek. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat Selangor berhak mendapat 20 peratus daripada jumlah itu untuk kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya.

RM16 bilion dari rakyat Selangor

Katanya, jumlah RM16 bilion itu adalah nilai cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat dan mereka berhak menerima peruntukan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan.

Jumaat, 11 Disember 2009

Setpol PM Najib lebih kuah dari sudu


Foto Dato Shafie Abdullah, Setpol PM yang didakwa menyalahgunakan kuasa ala gengstar. Jawatan lain banyak antaranya Ketua Penerangan Umno WP, Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju,

Kuala Lumpur, 10 Dis – Pemuda PAS Wilayah hari ini, telah menghantar laporan dan permohonan siasatan terhadap beberapa kes salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk shafie Abdullah di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyerahkan sendiri laporan itu kepada pegawai bertugas, En Mohd Yahya Mohd Rashid dan disaksikan sendiri oleh Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, En Hasan Yahya.

Walaubagaimanapun, menurut Kamaruzaman laporan tersebut cuma diterima sebagai maklumat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan sebelum membuka kertas siasatan.

“Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut samada ia jadi kes atau tidak.

“Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di parlimen” tegas beliau.

Ahli Parlimen Wangasa Maju YB Wee Choo Keong telah mendedahkan bahawa Datuk Shafie yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri.

1) Datuk Shafie Abdullah telah menggunakan pengaruhnya menghalang penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari mengambil tindakan meroboh premis haram yang didirikan di atas tanah Rizab DBKL iaitu Restoran Rashatini yang dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan, Rashidi.

Sahabat karib Datuk Shafie itu turut di dakwa menggunakan pengaruh beliau bagi membolehkan restoran tersebut mendapatkan peralatan dan kerusi milik DBKL secara percuma.

2) Datuk Shafie juga telah menggunakan pengaruhnya supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

3) Beliau juga didakwa menggunakan pengaruhnya membantu rakan karibnya, John Tee, Pengarah Urusan Syarikat Evergreen Sdn Bhd bagi mendapatkan kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

4) Datuk Shafie turut menjadikan isterinya sebagai proksi dalam senarai lembaga Pengarah Syarikat Bukit Kiara Development Sdn bhd untuk memudahkan beliau menyalurkan projek-projek kerajaan.

5) Beliau turut memperolehi 30 lot tapak Pasar Malam Uptown Danau Kota menggunakan pengaruhnya.

6) Beliau juga terlibat di dalam kelulusan “development order” untuk membina shoopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan di dalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

Laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan tersebut turut dilampirkan salinan hansard parlimen bertarikh 7 Disember 2009, muka surat 35-38 yang mengandungi butiran-butiran ucapan YB Wee Choo Keong.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch