Foto Raja Gula baru Syed Mokhtar Al-Bukhary dan foto Taikun Robert Kuok Jutawan GulaKEMENTERIAN KAJI CADANGAN TARIK BALIK SUBSIDI GULA - melayauKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat Kabinet tidak lama lagi.
subsidi gula"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.
Beliau berkata, setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.
INI SEMUA TIPU HELAH ….
INI TERJADI KERANA ADA KRONI BARU AMBIL PERNIAGAN GULA…
ROBERT KOUK TELAH BLAH…
SUDAH MASUK MALAON PENYULUDUP BERAS….
LIHAT BAGAIMANA CARA GEROMBOLAN TIPU RAKYAT…
sila baca:
ARKIB : 24/11/2009PENGAMBILAN GULA RAKYAT MALAYSIA MEMBIMBANGKAN - melayauKadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia telah sampai ke tahap amat membimbangkan dan negara akan terus mengalami kos ekonomi dan sosial yang tinggi sekiranya penduduk tidak mengubah gaya hidup mereka, demikian amaran oleh ahli fisioterapi terkenal hari ini.
Dr B.S.Bains berkata, kira-kira 14.5 peratus daripada 26 juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit diabetes dengan bilangannya bertambah pada kadar yang tidak terkawal.
Dr Bains, yang juga presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian klinik Bains, turut memberi amaran mengenai peningkatan penyakit strok atau angin ahmar.
Katanya, kandungan gula yang tinggi dalam banyak makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia merupakan punca utama penyakit diabetes yang sebaliknya berkait rapat dengan penyakit strok.
Dalam temu bual dengan Bernama, Dr. Bains mengenal pasti minuman teh tarik sebagai musuh nombor satu kadar tinggi pengambilan gula.
nota:
Ini untuk mengolah persetujuan orang ramai
bila harga gula naik.
Sebelum dinaikkan maka dibuat berita berita macam ini.
ini samalah macam nak jula ubat flu babi – mula mula takutkan orang ramai
kemudian jual ubat- jamin laris.Yang ini gunakan doktor, bomoh, kang kong untuk
beri nasihat bahaya gula.Kalau betul nak jaga kesihatan warga – kenapa hospital di sawastakan
kalau betul nak jaga kesihatan warga – kenapa kereta tidak dikurangkan
kalau betul nak jaga kesihatan warga – kenapa air di swastakan
kalau betul nak jaga kesihatan warga – kenapa hutan yang mengeluar udara dimusnah
Selama 50 tahun cara ini digunakan – tak kan tak nampak nampak.
Tak kan buta tak dapat baca dan faham.
Ini cara gerombolan mengkuntau berita.
Kalau tak faham lagi – sila hantuk kepala lutut pada tiang talipon kah kah kah
Ulasan TT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan