Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 14 April 2010

Kerajaan nak kawal pekerja asing, siapa beri permit mereka masuk?

Bolos dan bobos

pekerja asing tak dapat masuk secara halal mahupun haram kalau tak diberi permit oleh ejensi kerajaan yang terlibat...

siapa yang jaga kemasukan warga asing? imegresen atau polis?, makmal pengurusan atau kabinet? Kementrian pelancungan atau kementrian sumber manusia? menteri dalam negeri jangan berdiam diri, ambil tindakan segera...

jangan setakat buat kajian dengan makmal dan tak payah tunggu sampai 3 tahun baru nak bertindak...


Bilangan pekerja asing dihad kepada 1.5 juta

Bilangan
pekerja asing di negara ini akan dikawal dan mungkin dihadkan kepada 1.5 juta sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya ia satu daripada 55 cadangan awal daripada Makmal Pengurusan Warga Asing yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing yang dijadual penghujung bulan ini.

"Angka itu dicadangkan hasil analisis yang mengambil kira kos dan keuntungan kepada ekonomi negara," katanya kepada pemberita di Putrajaya selepas melawat Makmal Pengurusan Warga Asing itu. Turut sama Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Hishammuddin berkata bahawa pada masa ini terdapat 1.8 juta pekerja asing di Malaysia, 39 peratus daripada mereka di sektor pembuatan, 19 peratus pembinaan, 14 peratus perladangan, 12 peratus pembantu rumah, 10 peratus perkhidmatan, dan selebihnya di sektor pertanian.

Mengikut pecahan negara pula, rakyat Indonesia meliputi 50.9 peratus, Bangladesh 17.4 peratus, Nepal 9.7 peratus, Myanmar 7.8 peratus, India 6.3 peratus dan selebihnya Vietnam.

Hishammuddin berkata makmal itu turut membincangkan impak pekerja asing terhadap dasar kerajaan termasuk Model Ekonomi Baru di mana sektor-sektor tertentu yang menjadi fokus negara masih memerlukan pekerja asing.

"Isu keselamatan, keganasan dan layanan majikan kepada pekerja juga diambil kira," katanya.

Makmal itu melibatkan perbincangan selama sebulan bermula 23 Mac lalu, antara 14 kementerian, 11 jabatan dan agensi, 30 organisasi, majikan-majikan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkepentingan.

Subramaniam pula berkata makmal itu mendapati Malaysia masih memerlukan pekerja asing tetapi ia harus dikurangkan kepada suatu tahap yang boleh diuruskan dengan lebih baik.

"Kadar itu boleh dihadkan kepada 1.5 juta orang untuk memenuhi keperluan di dalam beberapa sektor di mana kita tidak boleh elak penggunaan pekerja asing.

"Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam tiga tahun akan datang," katanya.

Subramaniam berharap makmal itu dapat menghasilkan satu kaedah pengurusan supaya pekerja asing akan dibawa masuk melalui satu sistem yang sah dan akan pulang apabila tempoh pekerjaan mereka tamat.

"Isu berkaitan mereka ketika ini adalah cara untuk menguruskan mereka (kerana) ada yang datang tetapi tidak balik. Isu ini diharapkan dapat diselesaikan oleh makmal nanti,” katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch